Thursday, April 22, 2010

Webhadis ~ MUTIARA HADIS

Salam semua dipagi Khamis yang indah ini.  
Saya ingin war-warkan kepada semua pengunjung, khasnya pembaca buku Travelog Dakwah yang ditulis oleh Prof Kamil , bahawa link ke laman webhadis, MUTIARA HADIS, yang baru seperti tertera di bawah.

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Harap dapat menafaat dari sedikit sumbangan yang saya dan rakan sepasukan cuba hasilkan demi untuk mempermudahkan semua memahami terjemahan hadis-hadis dalam Bahasa Melayu. 
Sila majukan kepada kami jika ada sebarang komen/cadangan dsbnya kepada

nurazzah@tmsk.uitm.edu.my atau nurazzah@salam.uitm.edu.my
normaly@tmsk.uitm.edu.my
zainab@tmsk.uitm.edu.my

Wednesday, April 7, 2010

HAPPY BIRTHDAY KAK LONG ASMA'

23 tahun yang lalu, tanggal 7 April, lahirlah seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Asma' di Columbus, Ohio, USA.


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)



zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds
 
 With Asma', in front of JUST , Irbid, Jordan

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour 2010

Jangan lupa malam ini 27hb Mac 2010 jam 8:30 - 9:30 malam...tahun lepas kami sekeluarga juga join earth hour ini...tapi yang tak bestnya banyak rumah jiran tak ambil peduli tentang earth hour ini...sebenarnya berbillion dollar dapat dijimatkan dalam masa 1 jam earth hour ini dijalankan jika mendapat sokongan semua penduduk.....
sebenarnya kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk bumi ini ...Ya ... penduduk bumi ini termasuklah anda dan saya ... berapa dunia ini sudah tenat dengan segalanya ... betapa penduduk bumi ini sendiri yg menyumbang kpd kehancuran dan kerosakan muka bumi ini...

maklumat  lanjut...sila rujuk http://ehm.my/


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....