Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Menziarahi orang sakit

Petang tadi kami ke KPJ Seremban untuk menziarahi kakak ku yang sakit, Alhamdulillah walau bagaimana sibukpun saya dan keluarga,  dapat juga kami meluangkan masa untuk menziarahi beliau. 
Semoga beliau cepat sembuh...

Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-

Maksudnya:
 
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: 
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 
Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara:
Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.

Friday, October 29, 2010

PERHATIAN! PERHATIAN!

Salam sejahtera untuk semua para pembaca blog ini.
Saya ingin memohon pertolongan semua untuk memberikan kepada saya,
apakah soalan-soalan/ topik yang akan anda tanya jika hendak mencari maklumat mengenai sesuatu hadis dari sesebuah enjin carian hadis? 
Soalan-soalan ini akan saya gunakan dalam research/kajian yang sedang saya jalankan.
Contohnya, cuba klik ke link MUTIARA HADIS di sini,
terdapat satu kotak query/pertanyaan di sebelah bawah enjin carian hadis itu,

*** Sila nyatakan soalan(query) anda di bahagian komen entri ini. 
Maklumbalas dari anda semua sangat-sangat saya hargai. ***
Saya dahului dengan ucapan terimakasih.

Wednesday, May 5, 2010

Hadith of the day - Sabar

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0758.
Dari Abu Said r.a., katanya: "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah saw., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka minta lagi, terus diberi oleh beliau, diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah. Sabda beliau, "Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang ku simpan. (Ingatlah!) siapa yang ingin terpelihara dari minta-minta, Allah akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah yang diberikanNya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0666.
Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahawa itulah Nabi saw. Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. (Lalu ia terus menemui Nabi saw.) Katanya kepada Nabi, "(Maaf Tuan), Saya tidak mengenal Tuan." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan kena musibah."
 
Malay Hadith Search Engine:
http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Thursday, April 22, 2010

Webhadis ~ MUTIARA HADIS

Salam semua dipagi Khamis yang indah ini.  
Saya ingin war-warkan kepada semua pengunjung, khasnya pembaca buku Travelog Dakwah yang ditulis oleh Prof Kamil , bahawa link ke laman webhadis, MUTIARA HADIS, yang baru seperti tertera di bawah.

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Harap dapat menafaat dari sedikit sumbangan yang saya dan rakan sepasukan cuba hasilkan demi untuk mempermudahkan semua memahami terjemahan hadis-hadis dalam Bahasa Melayu. 
Sila majukan kepada kami jika ada sebarang komen/cadangan dsbnya kepada

nurazzah@tmsk.uitm.edu.my atau nurazzah@salam.uitm.edu.my
normaly@tmsk.uitm.edu.my
zainab@tmsk.uitm.edu.my

Tuesday, February 23, 2010

Webhadis MUTIARA HADIS

Salam sejahtera bagi semua pengunjung dan pengguna webhadis MUTIARA HADIS
http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/webhadis/


Kami memohon maaf kerana webhadis ini tidak dapat di capai buat sementara waktu kerana masalah teknikal di server lama fakulti..
kami sedang dalam proses pemindahan ke server baru ...
InsyaAllah akan dapat dicapai dalam masa terdekat...
mohon doa dari semua agar masalah ini dapat di atasi secepatnya...


Buat masa ini anda akan mendapat mesej berikut jika cuba mencapai URL tersebut:
You don't have permission to access /~ir/webhadis/index.php on this server

Saturday, January 17, 2009

Hadis berkenaan Yahudi

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1326.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1822.
Dari Abdullah bin Umar r.a. sesungguhnya dia mengatakan, bahawa ada beberapa orang Yahudi datang kepada Rasulullah saw. Mereka memberitakan kepada beliau tentang seorang laki-laki dan seorang perempuan melakukan perzinaan. Lalu Rasulullah saw. menanyakan kepada mereka: "Apakah yang kamu dapati dalam Taurat tentang soal rejam?" Mereka menjawab: "Orang berzina itu kami beri malu dan dipukul." Kata Abdullah bin Salam (kepada orang Yahudi): "Kamu dusta! Dalam Taurat ada hukuman rejam." Lalu mereka kemukakan Kitab Taurat dan dibuka. Ada seorang di antara mereka meletakkan tangannya untuk menutup ayat rejam itu dan dibacanya hanya yang sebelum dan yang sesudah ayat rejam itu. Lalu Abdullah bin Salam menyuruh orang itu mengangkat tangannya dan kebetulan di situ ada ayat berkenaan dengan rejam. Orang Yahudi tadi berkata: "Benar dia, Ya Muhammad! Di situ ada ayat tentang hukuman rejam." Rasulullah memerintahkan supaya kedua orang yang berzina itu direjam. Saya melihat laki-laki melindungi perempuan supaya jangan kena batu.

Sumber: http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/webhadis
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....