Ini kisah Hana'. Pertama kali selepas masuk ke sekolah darjah satu, semalam Hana' kena balik seorang (naik bas lah)...Kedua-dua orang abang Hana', iaitu Mu'adz dan Zubair kena stay-back kat sekolah sebab ada program ko-kurikulum... suspen juga ummi dia nih..
Ummi: "Hana' nanti balik Hana' balik seorang tau, abang Muadz dan abg Zubair balik lambat"
Hana' : "Hana dah tau, abang dah cakap tadi"
Ummi : "okay ke? Hana' tak nangis ke? "
Hana' : "taklah.." (menjawab dengan confident)
Ummi: "okay..nanti dah habis sekolah, Hana' terus pergi beratur kat tempat tunggu bas tau. Jangan merayau-rayau kat sekolah tu atau pergi kantin, nanti tak nampak bas dah datang. Nanti kena tinggal bas pulak" (bersungguh-sungguh ummi pesan)
Hana' : "ya..ya...Hana' tau..."
so, semasa bas datang, aku pun berpesan kepada pakcik bas tu, mintak tolong tengokkan si Hana' nih semasa balik nanti...risau juga kot pakcik bas tu tak perasankan dia. Al-maklumlah Hana' ni kecik sangat, bas tu pulak besar... bila naik bas tu rasa tak nampak pun dia...hehehe...
Sebelum pergi mengajar, aku berpesan kepada bibik,
Ummi: "bibik, pukul 3:30ptg nanti tunggu Hana' balik kat depan gate tu"
Bibik : "ok"
Ummi : " bik, tunggu Hana' turun bas tau..takut jatuh nanti.. dah lah tangga bas tu tinggi, si Hana' tu kecik, bawa beg sekolah lagik ..." (heee..risau betul ummi dia nih!)
Bila petang aku bertanya kepada Hana' :
Ummi: "Hana' tadi balik sekolah ok..? Tak nangis? "
Hana' menjawab dengan gaya yang meyakinkan: "Ummi...Hana' kan dah besar...(ewahhh)... buat apa nak nangis...kat dalam bas tu ramai lagi kawan Hana' yang lain.."
....begitulah ceritanya...dah besar rupanya anak bongsuku ini......
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Friday, January 23, 2009
Monday, January 19, 2009
Firman Allah SWT Mengenai Yahudi
Surah AnNisaa'. Ayat 046. Di antara orang-orang Yahudi itu ada yang mengubah perkataan-perkataan dari tempatnya, sambil mengatakan: "Kami dengar, tetapi tidak kami turuti, dan dengarlah dengan tidak didengarkan dan Raaina (peliharalah kami)"; mereka memutar-mutar (perkataan) dengan lidahnya dan mencela agama. Dan kalau mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami turut, dan dengarkanlah dan perhatikanlah kami", sesungguhnya itulah yang lebih baik dan lebih betul untuk mereka. Tetapi Allah mengutuki mereka kerana kekafirannya. Hanya sedikit saja mereka beriman. |
Surah AlBaqarah. Ayat 120.
Orang Yahudi tidak akan senang kepada engkau, begitupun orang Kristian, hanyalah jika engkau mengikut agama mereka. Katakan: Sesungguhnya pimpinan Allah itulah pimpinan yang benar, dan kalau engkau turut kemahuan mereka, sesudah pengetahuan datang kepadamu, tentulah Allah tidak lagi menjadi Pelindung dan Penolong bagimu.
Sumber: http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/sumberutama.php
Sumber: http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/sumberutama.php
Saturday, January 17, 2009
Hadis berkenaan Yahudi
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1326.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Sebelum kiamat terjadi kamu akan memerangi orang Yahudi, sampai sebuah batu di mana orang Yahudi bersembunyi di baliknya, berkata: "Hai orang Islam! Inilah orang Yahudi di balikku! Bunuhlah dia!"
Sumber: http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/webhadis
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1822.
Dari Abdullah bin Umar r.a. sesungguhnya dia mengatakan, bahawa ada beberapa orang Yahudi datang kepada Rasulullah saw. Mereka memberitakan kepada beliau tentang seorang laki-laki dan seorang perempuan melakukan perzinaan. Lalu Rasulullah saw. menanyakan kepada mereka: "Apakah yang kamu dapati dalam Taurat tentang soal rejam?" Mereka menjawab: "Orang berzina itu kami beri malu dan dipukul." Kata Abdullah bin Salam (kepada orang Yahudi): "Kamu dusta! Dalam Taurat ada hukuman rejam." Lalu mereka kemukakan Kitab Taurat dan dibuka. Ada seorang di antara mereka meletakkan tangannya untuk menutup ayat rejam itu dan dibacanya hanya yang sebelum dan yang sesudah ayat rejam itu. Lalu Abdullah bin Salam menyuruh orang itu mengangkat tangannya dan kebetulan di situ ada ayat berkenaan dengan rejam. Orang Yahudi tadi berkata: "Benar dia, Ya Muhammad! Di situ ada ayat tentang hukuman rejam." Rasulullah memerintahkan supaya kedua orang yang berzina itu direjam. Saya melihat laki-laki melindungi perempuan supaya jangan kena batu.Sumber: http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/webhadis
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Cucu Sulong. Pada hari Isnin lepas, 10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang co...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Hobi 3 - Membaca N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh d...