Monday, June 30, 2008

Demam Bola

Update: 30 June 2008
================


Alhamdulillah akhirnya Euro 2008 sampai ke penghujungnya.
Ramai lah isteri-isteri, ibu-ibu dan anak-anak yang bersyukur kelegaan...

Isteri-isteri tak mengeluh lagi asyik kena tidur berseorangan...kerana cik abang sanggup tidur depan TV atau kalau nak thrill lagi melepak kat kedai mamak dengan member-member bersorak tengok bola...


Ibu-ibu tak perlu berleter lagi nak kejutkan anak-anak ke sekolah yang sangat liat nak bangun kerana semalaman berjaga malam tengok bola...

Anak-anak tersenyum kembali mendapat 'ayah' mereka yang sebenar... kerana sebelum ini kalau cakap dengan ayah, atau bertanya soalan, asyik dapat jawapan bolaaa.......memanjang.....tak ada topik lain, asyik-asyik bola, asyik bola...

Semalam final antara Jerman dan Sepanyol....semua anak-anak sokong
Sepanyol.... bersorak keriangan kerana pasukan mereka menang ....

gol kemenangan di tendang masuk oleh Fernando Torres.....

Torres lifts the ball over Jens Lehmann and into the Germany net
=======================================================
Sekarang musim demam bola...

setiap malam tv di rumahku akan sentiasa terpasang... rancangan apa?

apalagi .... bola lah .... Euro 2008 ......

apalagi sekarang Zaid sedang bercuti semester... TV setiap malam telah dibooking oleh Zaid ...

tetapi kadang-kadang apabila saya terjaga malam, keluar bilik menjenguk ..rupa-rupanya TV yang sedang tengok Zaid...hehehe

jika dia tertidur, alamat siang hari pun TV akan sentiasa terbuka pada saluran bola....

jika tiada perlawanan, dia nak dengar komen penganalisis bola pulak...siapa lagi kalau bukan Shebby ...

bola....bola...bola....

macam iklan dulu...

tidur bola, makan bola, minum .... coca-cola...opppssss...coke dilarang dalam rumah saya...
anak2 tidak digalakkan (dibenarkan) minum coke...

Alahai...tengok bola aje lah saya sampai hujung bulan ni....

tengoklah gambar Zaid 2 tahun lepas, semasa baru beli kasut Adidas (melayang seratus lebih), siap ambik gambar macam David Beckham....punyalah minat bola ...


Kalau anak-anak saya tengok accessories bola seperti di bawah, mesti teringin nak belikan... teringat tahun lepas pakat simpan duit raya sebab nak beli kasut bola/futsal .. cakap dengan anak-anak, nak beli kasut kena simpan duit sendiri...





Monday, June 23, 2008

Happy 22nd Anniversary!!!

Bengkel Mahligai Kasih
Kasih Disemai Kasih Dituai
Semakin Hari Semakin Sayang

Bengkel ini diadakan pada 21 Jun 2008, anjuran JIM Selangor di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM, Shah Alam.

Sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke-22 pada 22 Jun, aku mengajak suamiku agar menghadiri bengkel ini, (fully sponsored....) apabila menyedari bahawa fasilitatornya adalah Pak Utih yang terkenal itu. Sesiapa yang tidak mengenali Pak Utih, sila layari laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Sebenarnya ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinanku kepada suami, di mana aku rasakan ini lah hadiah yang paling sesuai buat masa ini terutama selepas 22 tahun berkahwin, semoga ia akan memperbaharui semula ikatan perkahwinan kami yang telah lama tersimpul.

Semasa kami sampai sudah agak ramai peserta yang hadir dalam dewan. Memang sudah rezeki ditakdirkan Allah, kerusi kosong yang ada ialah di sebelah Wardina, personaliti TV yang tidak asing lagi. Beliau juga hadir bersama suami, Ikhwan. Memang tidak dinafikan Wardina sungguh baik dan ramah sekali, sangat mudah berbicara dan tidak lokek senyuman manis beliau. Baru ku ketahui rupanya beliau sedang mengandungkan anak yang ke-3 (sudah 5 bulan) sbb setiap pagi dalam rancangan MHI bila melihat beliau kadang-kala bersama Mazidul berceloteh, tidak perasan bahawa beliau sendang mengandung. Dah namanya selebriti, mengandung pun nampak vogue! ( selepas tu kecoh juga ummi bagi tau anak2 yg ummi duduk sebelah Wardina...hehehe..)

Wardina di sebelah tersenyum manis

Untuk pengetahuan semua, memang saya dan suami merasai tidak rugi kami menghadiri bengkel ini, yang diadakan secara santai sambil "refresh memory" back the memory lane.... 22 years ago....Oh...alangkah manisnya .... tersenyum-senyum simpul tatkala mengingati saat2 lalu ...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Al-Quran, Ar Ruum : 21)


Terdapat 3 sesi yang diatur sepanjang bengkel tersebut:

1. Memahami perbezaan asas Lelaki dan Wanita
2. Mengenali Pasangan dan Tips Kerjasama

3. Membina Nilai CINTA

Dalam sesi pertama bengkel tersebut, kami disedarkan bahawa kita suami isteri memang berbeza. Suami adalah seorang lelaki dan isteri pula adalah seorang wanita yang mempunyai hardware dan software yang tersendiri. Hanya melalui komunikasi yang effektif sahaja, kita boleh mengenali antara satu sama lagi.

Perbezaan antara suami isteri dari sudut nilai kerja, Perbezaan pembangunan dan binaan otak sejak janin juga dibincangkan beserta contoh-contoh yang menghiburkan dan berkesan. Selain dari itu dibincangkan juga
  • Beza Cara Melihat
  • Beza Cara Mendengar
  • Beza Cara Berfikir
  • Beza Bila Stress
  • Beza menguruskan Stress
  • Beza berkomunikasi
  • Beza kehendak seksual
Sesi yang kedua pula memberi tunjuk ajar bagaimana kita dapat mengenali pasangan masing-masing dan tip-tip untuk menjalinkan kerjasama antara suami dan isteri.
  • Apa yang isteri bimbang - Apa yang suami lemah?
  • Apa yang dihargainya
  • Kehendaknya bila stress
  • Melayan Tetamu datang
  • Semasa shopping
  • Tips balik kampung raya
  • Perbuatan suami yg menceriakan isteri
  • Perbuatan isteri yang memachokan suami
Dalam sesi ke tiga pula, satu Simulasi Menyambut Ulangtahun perkahwinan telah dilakukan bersama-sama antara pasangan suami isteri.
Kami juga diajar bagaimana pasangan suami isteri patut berkongsi Nilai Keluarga Bersama
dan akhir sekali membuat M.O.U. CINTA bersama....

Dalam salah satu sesi kursus berkenaan, kami dikehendaki menulis@menceritakan pengorbanan yang belum pernah kami ceritakan. Selepas menulis kami dikehendaki membacakan kepada pasangan masing-masing,

..............................(nama pasangan), Selama kita
menjadi pasangan suami isteri,
pengorbananmu tidak ternilai harganya.

Pada hari ini, kuceritakan satu
peristiwa pengorbananmu yang belum
pernah ku ceritakan padamu.

Ianya amat bernilai pada diriku:

.................................................
..............................................
.............................................

.................................................
....................................................
..............................................

..............................(nama pasangan) AKU CINTA PADAMU

.......................................... Tandatangan



Sesi terakhir sambil semua pasangan berdiri sambil memeluk pasangan masing-masing, membisikkan lagu Kopratasa ke telinga isteri masing2 ...(aduish sungguh syahdu mendengar suami ku menyanyikannya , walaupun suaranya bukanlah sesedap suara Anuar Zain atau M. Nasir, tetapi mendengar suami menyanyikan dengan bersungguh-sungguh sambil memandang tepat ke mataku..membuatkan ku tidak sedar air mataku meleleh . )

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

lirik lagu: Kopratasa

sooo many things happened in the last few days!!!

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam seminggu yang berlalu... banyak topik yang hendak ku tulis, tak tahu mana nak mula dahulu ....

22

Rasanya elok saya mulakan dengan angka 22. Ya... kenapa dengan angka 22???

Kerana pada tahun ini pada 22hb Jun ialah ulangtahun perkahwinan ku yang ke-22 ...

Wahh..cantik nombor tu, kalau dapat plet kereta 2222 kan bagus.... (berangan saja...)

Alhamdulillah tak sedar dah 22 tahun kami berkahwin, sepanjang 22 tahun ini lah berbagai perkara pahit manis masam masin semua telah kami lalui... seperti roda berpusing, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah... semua ini adalah ujian dan cobaan dari Allah SWT. Allah hendak melihat samada kita berupaya mengharungi semua ini demi untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Aku hadiahkan kpd suamiku sempena ulangtahun perkahwinan ini pendaftaran percuma (special tau!!) untuk menghadiri bengkel Mahligai Kasih, Kasih Disemai Kasih DiTuai, Semakin Hari Semakin Sayang, anjuran JIM Negeri Selangor yang diadakan pada hari Sabtu 21 Jun (sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami) - akan ku tulis sebuah entry khas untuk ini.

Hari ulangtahun perkahwinan pada tahun ini kami raikan nun jauh di utara di kanpung Titi Serong, Parit Buntar, Perak. Sebenarnya pagi-pagi lagi kami telah bertolak ke Perak untuk menghadiri kenduri perkahwinan Hazimin @ penghuniSahara . Saya mengenali beliau melalui anak saya yang berlajar di Jordan.MB Perak, Hazimin, Faatihah, dan isteri MB Perak

Hazimin juga lulusan Uni di Jordan, begitu juga dgn isterinya.
Hazimin adalah rakan baik dan rakan kongsi Zaid anak SilverSarina. Sebenarnya isteri Hazimin ialah anak Menteri Besar Perak sekarang. Kedua-duanya anak sulung dalam keluarga masing-masing. Saya mendapat jemputan dari Hazimin. Oleh itu saya datang kenduri yang di adakan di rumah Hazimin, di sebuah kampung yang berlatar-belakang sawah padi dan bukit-bukau .... sungguh cantik pemandangan di kampung tersebut, sehingga sewaktu dalam perjalanan pulang, kami berhenti di tepi jalan / sawah untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik , dengan pohon kelapa melambai-lembai ditiup angin.

Bertolak jam 9 pagi, kami sampai ke rumah pengantin lebih kurang jam 1 tengahari. Keadaan mendung dan mula hujan apabila kami sampai. sedang memerhati di mana hendak parking kereta, rombongan pengantin dari rumah pengantin perempuan pun sampai. Lalu kami tunggu sebentar memberi laluan kepada rombongan pengantin.


Berpakaian sedondong serba hijau ( spt hijau epal, warga kegemaran ku juga), kelihatan ibu bapa pengantin perempuan (Dato Ir Mohd Nizar & isteri) turun dari kereta. Dibelakang menaiki MPV Merc kelihatan pasangan pengantin juga berpakaian sama warna hijau. semasa melintas disebelah kereta kelihatan Hazimin tersenyum memandang (manis senyum pengantin baru...pengantin barulah katakan. .. berdarah manis !)


Orang ramai mula membanjiri kawasan khemah, sehingga kami kena beratur panjang untuk mengambil makanan dan menunggu giliran untuk duduk makan (semua kerusi sudah penuh)!!) Mungkin satu kampung datang meraikan perkahwinan Hazimin, al-maklumlah sudah menjadi menantu MB, seluruh kampung tumpang gembira.

Lebih kurang jam 2:30 ptg, kami beransur pulang, kerana perjalanan masih jauh ke Shah ALam.
ALhamdulillah selamat sampai ke Shah Alam apabila hampir masuk waktu maghrib.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....