Tuesday, November 6, 2012

Kelahiran & kematian

Assalamu'alaikum wrt wbt semua pengunjung dan pembaca blog ini...
Hari ini tatkala membuka dan membaca emel di tempat kerja, 2 emel menarik perhatian ku.
Satu emel memaklumkan mengenai pemergian bapa mertua salah seorang Timbalan Dekan di fakulti (innalillahi wainnailaihiraajiuun), manakala emel berikutnya pula memaklumkan berita  kelahiran seorang bayi lelaki kepada salah seorang pensyarah di fakulti ini.

 Setelah beberapa ketika, barulah ku sedar akan hakikat nya...kelahiran dan kematian ...adalah fitrah dari Allah , ia adalah ketentuan dari Allah SWT

Kelahiran,
Satu fasa bermulanya kehidupan,
Kematian,
Satu kepastian bagi yang bernyawa,
Setiap kelahiran,
Akan berakhir dengan kematian,
Namun setiap kematian,
Belum tentu bermula dengan kelahiran.

Andai kematian berlaku sebelum kelahiran
Kesedihan dan kekecewaan akan berlaku
Pada insan yang mendambakan dunia
Tetapi tidak pada insan yang beriman
Kerana mereka tahu,
Syafaat Allah menanti di pintu syurga,
Yang lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa,
Penjamin saat seksaan berlaku di neraka.
(petikan: Iman Mawaddah di sini
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kita perhatikan hakikat kelahiran dan kematian, kita akan temui jawapannya dalam syariat ajaran agama islam itu sendiri.
1) Semasa kelahiran, azan akan dikumandangkan ke telinga bayi yang baharu lahir, sedangkan di saat kematian, jasad disolatkan tanpa azan.
2) Semasa kelahiran, bayi akan dibersihkan tubuhnya, begitu juga semasa kematian, jasad si mati akan di mandikan dan dibersihkan ..
3) Semasa kelahiran, bayi itu dilahirkan dari tempat yang sempit dan gelap, iaitu dalam rahim ibunya...dan apabila berlaku kematian, jasad manusia akan di masukkan ke tempat yang sempit dan gelap juga ..
4) Allah SWT menciptakan manusia itu asalnya dari tanah, dan manusia kan dikembalikan kepada tanah juga selepas kematian..
 

Saturday, November 3, 2012

Pemanggang Ajaib

Kehidupan sebagai seorang wanita berkerjaya tanpa pembantu rumah  sangt-sangat memerlukan peralatan yang dapat membantu memudahkan dan memendekkan masa memasak. 
Sudah beberapa kali membaca di blog-blog rakan-rakan blogger mengenai pemanggang ajaib ini, apatah lagi apabila chef blogger masakan yang terkenal Cik Mat Gebu juga ada menwar-warkan mengenai pemanggang ajaib ini di blog beliau ..begitu juga dengan rakan-rakan fb ..
Alhamdulillah baru-baru ini sahabat lama saya di mana beliau juga rakan blogger telah message saya dan bertanyakan samada saya hendak membeli pemanggang ajaib ini dengan harga dealer... Alhamdulillah rezeki di depan mata, harga murah dan saya juga tidak perlu mencari ke sana ke mari, sahabat saya akan hantar terus ke depan rumah TANPA caj penghantaran! Terus saya order 2 ...satu untuk saya dan satu lagi untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, niat di hati samada hendak beri kepada emak ? atau hendak jual dengan kakak? atau nak simpan nanti boleh boleh hadiah anak dara nak kahwin? Hurmmm ..sangat jauh melayang pemikiran saya ... namun itu adalah bagus kan? memandang jauh ke hadapan ..
 Pemanggang Ajaib cap IKAN..
Sehingga hari ini belum berkesempatan lagi nak membakar ikan dalam pemanggang ajaib ini...hajat hati hendak membakar ikan Pari nak cicah dengan air asam dan sambal kicap ...tapi dek kesibukan masa, belum sempat nak ke pasar membeli ikan nak bakar ...
Insyaallah suatu hari nanti bila dah bakar saya akan ambil gambar dan pos di sini...

Friday, November 2, 2012

ACM-ICPC Al-Khawarizmi Programming Competition 2012

2 hari akan datang saya akan sangat sibuk dengan program berikut:
 


50 pasukan yang mewakili IPTA & IPTS dari seluruh Malaysia akan memerah otak dan menguji kecekapan dan kepandaian mereka menyelesaikan masalah secara berkomputer dengan menulis program dalam Bahasa Pengaturcaraan JAVA atau C++ 
 


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....