Wednesday, February 9, 2011

Tiada Pilihan?

Dalam kehidupan ini kita selalu perlu membuat pilihan. Kadang-kala kita perlu memilih dari dua atau lebih pilihan...namun ada juga kita TIADA pilihan... apatah lagi jika keputusan segera perlu dibuat...lalu kita seakan terpaksa menerima pilihan tersebut, walaupun pilihan yang diberi tidak menepati citarasa atau pun kehendak kita...
Saya telah membuat keputusan untuk menghantar anak saya ke sebuah sek berasrama agama seperti yang telah ditawarkan... walaupun saya cuba meyakinkan anak saya bahawa segala-galanya akan menjadi baik , namun di hati kecil saya sendiri saya meragui nya..kerana anak saya tiada pilihan lain melainkan untuk memasuki aliran yang diberi...saya tahu bahawa dia tidak menyukai beberapa subjek yang perlu diambil dalam aliran tersebut. 
Adakah saya kejam kerana memaksa beliau? Hurmmm...saya rasa saya akan memberi peluang kepada beliau sehingga hujung minggu ini, sekiranya dia masih tidak suka dan tidak dapat menghayati subjek yang dipelajari, kemungkinan saya akan membiarkan beliau kembali ke sekolah lamanya, di mana beliau dapat mempelajari subjek yang digemari beliau...


Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

segmen 1000 blog oleh Ben Ashaari.....
.jom join! saje suke2..untuk memeriahkan dunia blog....

Iman

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0038.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:"Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
 
sumber: webhadis
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....