Wednesday, July 18, 2007

Bulan IT Selangor 2007

Bulan IT Selangor 2007

Sempena Bulan IT Selangor 2007 , satu Ekspo ICT 2007 telah di adakan di SACC Mall , Shah Alam dari 13 - 15 hb Julai yang lalu. Bulan IT ini adalah acara tahunan yang di adakan oleh SUK negeri Selangor.

Untuk memberi sokongan (sebab ada kaitan dengan bidang tugas ku), hari Ahad yang lepas telah membawa anak2 ke sana melawat tapak Ekspo.





Banyak pihak samada dari pihak kerajaan dan industri telah mengambil bahagian dlm ekspo ini. Terdapat booth yg menyediakan hadiah bagi sesiapa yg berjaya menjawab soalan kuiz yg disediakan, seperti booth MBSA (Majlis Bandaran Shah Alam) dan SUK negeri Selangor.
Anak2 rasa teruja menjawab soalan-soalan tersebut, dpt hadiah pen canggih dan beg!!!


Friday, July 6, 2007

Tajuk Johor atau Tambak Johor?

'Tajuk Johor' atau 'Tambak Johor'?

Selepas membaca n3 di blog penulis Abdul Latip Talib mengenai buku terbarunya yang akan terbit di akhir bulan July ini bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri. Pak Latip mengatakan senikata lagu 'Tanjung Puteri' in akan dicetak di belakang novel tersebut. Cuma yang saya musykilkan ialah samada 'Tajuk' atau 'Tambak'... sebab selalu dengar ibu saya menyanyi lagu tu sejak saya kecil .... ibu nyanyi 'Tambak Johor....' , tapi bila saya surf www.imeem.com saya jumpa lagu ini yang dinyanyikan oleh artis Othman Hamzah. Bila saya hayati betul2 memang dia sebut 'Tajuk Johor...'
Entahlah.....tapi saya memang suka sangat lagu nih...mendayu-dayu...(anak2 Johor sila lah pastikan ya... Pak Latip kata sangat mustahak sebab nak cetak senikata ni kat belakang novel terbarunya...)
*Pak Latip, saya nak booking siap2 keluaran sulung novel nih ya... ;-)


Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri

Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Wednesday, July 4, 2007

From Russia With Love

30 June 2007 From Russia With Love

Hari Sabtu yg lepas, seorang lagi rakan blogger bertandang ke rumah ku (Actually dia sahabat anak sulung ku, Asma', yg sedang menuntut di Moscow, Russia)

Wanie menelefon ku pagi hari mengatakan akan datang bersama parents dalam pukul 10 - 11 pg.. aku pun mengarahkan bibik membuat persiapan utk masak sedikit juadah buat tetamu yg akan hadir... apa ya nak masak? Okay lah masak spaggetti..

Dalam pukul 10:15 Wanie menelefon semula mengatakan tak jadi datang sebab kereta ayahnya ada masalah.
Jadi aku pun kata, " kalau macam tu takpalah.."(actually dalam hati dah frust dah....hehehe..)

"Bila Wanie balik Russia semula", Tanya ku...

"bulan September nanti.." kata Wanie

"Ohh..kalau macam tu..nanti Wanie datang selepas Asma' balik pertengahan Ogos ya, boleh jumpa dia sekali .."

"baiklah makcik" kata Wanie.

Dalam pukul 11 lebih Wanie telefon semula.. "makcik ..oklah sekejap lagi saya sampai... kereta ayah dah okay.."

so, selepas itu Wanie bersama ayah dan adiknya sampai ke rumahku...
mula2 Ayah dan adik Wanie tak mahu masuk sebab nak singgah sekejap sahaja..
. tapi aku insist jugak dia orang singgah sekejap..sudilah makan spaggetti makcik masak...

Selepas menjamu selera dan berborak-borak sekejap...Wanie, ayah dan adiknya pun meminta diri utk beredar kerana ada urusan lain...

Guess what... Dapat souvenir dari Moscow, Russia....!!

Sekotak coklat

dan fridge magnet ....

Thanks a lot, Wanie

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....