Allahu Akbar. Kerinduan yang memuncak hendak menulis di blog ini. Terlalu banyak cerita yang hendak dicoretkan...namun lepas satu...satu cerita-cerita itu datang dan pergi silih berganti di kotak fikiran ini...... ibaratkan jari-jemari kita sedang skrol satu-persatu gambar atau wassup di smartphone kita...
Di manakah hendak bermula? Tiba-tiba suatu perkara terlintas di fikiran....
Masih adakah lagi rakan-rakan blogger yang hendak membaca apa yang akan ditulis nanti? laju sahaja mataku pelihat ke sebelah kanan blog.... di mana senarai rakan-rakan blogger tertera...
Wahhhh...nampaknya mereka masih lagi aktif menulis, walaupun masing-masing juga aktif di facebook. To name a few, KakIna KL dengan blog Tertunailah Hasrat dihati, Mulan dengan blog Peace, Love & Harmony, Al-Lavenderi dengan blog Komensen , dan lain-lain lagi yang tidak dapat nak senarai semua di sini. Tidak lupa juga rakan-rakan sekerja yang bergelar blogger juga ...masih aktif menulis ... Dr. Marina, Dr Nasiroh dan Dr Zalilah .... masih juga berupaya menulis ... entah kenapa sejak memegang jawatan admin tiga tahun yang lalu ... sedikit demi sedikit mood hendak update blog semakin berkurangan dan akhirnya blog ku menjadi seperti rumah usang yang ditinggalkan berhabuk bersawang dan dipenuhi semak-samun dan lalang yang semakin tinggi dan panjang menutupi rumah usang tersebut.....
Kekangan masa yang sangat mencemburui ku ... beban tugas yang semakin bertambah ... menjadikan seolah-olah 24 jam sehari seperti tidak mencukupi ... tugas mengupdate blog yang dilakukan di sebelah malam selalunya, diganti dengan tugas-tugas lain ... akhirnya selalunya diri ini yang juga sudah semakin dimakan usia...tertidur keletihan yang amat sangat ....tanpa dapat berbuat apa-apa ke atas blog ini ...
Hampir-hampir juga diri ini tidak dapat mengingati password yang digunakan untuk masuk ke blog ini sebentar tadi, beberapa kali percubaan dilakukan baru lah dapat login! hahaha ... Apakah petandanya itu? Lupa ? Ya... faktor usia juga mungkin .... banyak perkara didapati semakin sukar untuk mengingati dalam jangka masa yang panjang atau lama ... banyak perkara juga telah lupa ... sudah semestinya faktor usia... walaupun pelbagai usaha dilakukan sejak dulu seperti makan kismis , tapi semakin kita berusia semakin kita kerap lupa ! Apatah lagi jika sudah masuk ke era 5-series ini!
Ya! Sesuatu perlu dilakukan... nampak gaya kena tukar layout baru, nak kena beli langsir baru nih... sofa baru ...cat baru ...bagi nampak ceria sikit ...tapi itu juga memerlukan masa untuk duduk mengadap laptop ini ... hurrmm.. kita lihat bgmn nanti ...mungkin perlu perancangan rapi...lakukan satu-persatu ... pertama sekali ...kena tebas semak-samun ni dulu, ambil penyapu dan sapu habuk dan sawang tu dulu ...puuhh....puhhh...
ok...cukup sampai disini dulu untuk hari ini ... sekadar pembuka kata dan pengenalan dahulu ... nak pergi jenguk jiran-jiran jap ...tanya khabar mereka ...
wassalam..
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Showing posts with label menulis. Show all posts

Thursday, May 12, 2016
Wednesday, May 27, 2009
Menulis
Ya Allah, sesungguhnya memang satu ujian untuk menguji kesabaranku. Namun mungkin ada hikmahnya..think positive...
Isnin minggu lepas telah menalipon ke Hospital Putrajaya untuk membuat appointment bertemu doktor, tetapi telah diberitahu melalui telefon bahawa kena datang juga...Jumaat lepas telah datang ke hospital bersama suami, selepas menunggu 2 jam, rupa-rupanya bukan dapat bertemu doktor tetapi hanya diberi tarikh dan waktu untuk temujanji, iaitu Rabu 27 May, pukul 11 pagi. Hari ini Rabu, bertolak dari Shah Alam pukul 10:15pg, sampai lebih kurang 10:45 pagi. Wah..kena daftar juga walau sudah ada temujanji... sedang mendaftar..sistem 'hang' lah pulak... berkali2 petugas terpaksa masukkan data ke dalam komputer, akhirnya sudah jam 11pg baru berjaya..hanya hendak print no giliran... diarah pergi ke kaunter A bhgn gynae pula...ingatkan boleh terus masuk jumpa doktor since kata appt jam 11pg.. rupa2 kena tunggu juga... nak tahu jam berapa saya dapat masuk jumpa doktor? Ya... appt pukul 11 pg tapi akhirnya giliran saya bertemu doktor jam 2:45ptg!!!! wahhh...... 3 jam 45 minit saya menunggu.... macam ni tak payah buat appointment lah.... baik walk-in je...
Alhamdulillah saya membawa bersama sebuah buku hasil nukilan seorang penulis dan pendakwah yang juga seorang blogger, Kak Ummi Kalthum Ngah, yang baharu saja diterima semalam. Buku tersebut bertajuk, "Jadi, Anda Mahu Menulis?" Alhamdulillah saya dapat menghabiskan membaca buku tersebut selama saya menunggu...
Banyak perkara menarik yang saya pelajari dari buku tersebut... kebetulan beberapa bab dalam buku tersebut juga saya sendiri telah mengikutinya dari bengkel penulisan yang dikendalikan oleh sifu PTS yang tidak asing lagi iaitu Puan Ainon di Taman Permata.
Di antaranya ialah menulis mengikut teknik Surah Yusuf dari kalamullah itu sendiri. Sungguh kagum bagaimana beliau telah mengkaji dengan mendalam tentang surah ini dan menggunakan teknik tersebut dalam melatih penulis-penulis menulis novel atau penulisan yang lain. Salah satu point nya ialah hampir 90% ayat Al-Quran dalam surah Yusuf adalah berbentuk dialog. Penyampaian dalam bentuk dialog lebih berkesan daripada penyampaian secara pasif.
Salah seorang penulis tersohor tanahair , iaitu penulis sejarah Islam, yang mendapat bimbingan dari Puan Ainon ialah Abdul Latip Talib atau Pak Latip. Pak Latip menggunakan teknik Surah Yusuf ini dalam kesemua novel sejarah Islam yang ditulis oleh beliau.
Kaedah KJ dan lain-lain lagi....yang penting setelah selesai, semangat saya untuk menulis telah naik kembali...terimakasih Kak Ummi Kalthum kerana mengirimkan kepada saya buku tersebut...(dah habis baca tapi belum bayar ;-))....
tapi yang paling penting...
sekarang saya perlu menulis ....
satu tuntutan menulis yang sangat penting dalam hidup saya!
Ya Allah Ya Tuhanku...aku hambaMu yang lemah. Ampunilah daku, jika aku ada berbuat dosa walau sedetik waktu, dengan sengaja atau tidak sengaja. Berilah daku kekuatan untuk meneruskan tugas menulis ini...permudahkan segala urusanku...Ya Allah, Engkau tunjukilah jalan penyelesaian bagi segala permasalahan yang timbul...Hanya kepadaMulah aku berserah... Engkaulah yang Maha Berkuasa. KepunyaanMu lah segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi dan di antara keduanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Cucu Sulong. Pada hari Isnin lepas, 10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang co...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Hobi 3 - Membaca N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh d...