Ya Allah, sesungguhnya memang satu ujian untuk menguji kesabaranku. Namun mungkin ada hikmahnya..think positive...
Isnin minggu lepas telah menalipon ke Hospital Putrajaya untuk membuat appointment bertemu doktor, tetapi telah diberitahu melalui telefon bahawa kena datang juga...Jumaat lepas telah datang ke hospital bersama suami, selepas menunggu 2 jam, rupa-rupanya bukan dapat bertemu doktor tetapi hanya diberi tarikh dan waktu untuk temujanji, iaitu Rabu 27 May, pukul 11 pagi. Hari ini Rabu, bertolak dari Shah Alam pukul 10:15pg, sampai lebih kurang 10:45 pagi. Wah..kena daftar juga walau sudah ada temujanji... sedang mendaftar..sistem 'hang' lah pulak... berkali2 petugas terpaksa masukkan data ke dalam komputer, akhirnya sudah jam 11pg baru berjaya..hanya hendak print no giliran... diarah pergi ke kaunter A bhgn gynae pula...ingatkan boleh terus masuk jumpa doktor since kata appt jam 11pg.. rupa2 kena tunggu juga... nak tahu jam berapa saya dapat masuk jumpa doktor? Ya... appt pukul 11 pg tapi akhirnya giliran saya bertemu doktor jam 2:45ptg!!!! wahhh...... 3 jam 45 minit saya menunggu.... macam ni tak payah buat appointment lah.... baik walk-in je...
Alhamdulillah saya membawa bersama sebuah buku hasil nukilan seorang penulis dan pendakwah yang juga seorang blogger, Kak Ummi Kalthum Ngah, yang baharu saja diterima semalam. Buku tersebut bertajuk, "Jadi, Anda Mahu Menulis?" Alhamdulillah saya dapat menghabiskan membaca buku tersebut selama saya menunggu...
Banyak perkara menarik yang saya pelajari dari buku tersebut... kebetulan beberapa bab dalam buku tersebut juga saya sendiri telah mengikutinya dari bengkel penulisan yang dikendalikan oleh sifu PTS yang tidak asing lagi iaitu Puan Ainon di Taman Permata.
Di antaranya ialah menulis mengikut teknik Surah Yusuf dari kalamullah itu sendiri. Sungguh kagum bagaimana beliau telah mengkaji dengan mendalam tentang surah ini dan menggunakan teknik tersebut dalam melatih penulis-penulis menulis novel atau penulisan yang lain. Salah satu point nya ialah hampir 90% ayat Al-Quran dalam surah Yusuf adalah berbentuk dialog. Penyampaian dalam bentuk dialog lebih berkesan daripada penyampaian secara pasif.
Salah seorang penulis tersohor tanahair , iaitu penulis sejarah Islam, yang mendapat bimbingan dari Puan Ainon ialah Abdul Latip Talib atau Pak Latip. Pak Latip menggunakan teknik Surah Yusuf ini dalam kesemua novel sejarah Islam yang ditulis oleh beliau.
Kaedah KJ dan lain-lain lagi....yang penting setelah selesai, semangat saya untuk menulis telah naik kembali...terimakasih Kak Ummi Kalthum kerana mengirimkan kepada saya buku tersebut...(dah habis baca tapi belum bayar ;-))....
tapi yang paling penting...
sekarang saya perlu menulis ....
satu tuntutan menulis yang sangat penting dalam hidup saya!
Ya Allah Ya Tuhanku...aku hambaMu yang lemah. Ampunilah daku, jika aku ada berbuat dosa walau sedetik waktu, dengan sengaja atau tidak sengaja. Berilah daku kekuatan untuk meneruskan tugas menulis ini...permudahkan segala urusanku...Ya Allah, Engkau tunjukilah jalan penyelesaian bagi segala permasalahan yang timbul...Hanya kepadaMulah aku berserah... Engkaulah yang Maha Berkuasa. KepunyaanMu lah segala sesuatu yang berada di langit dan di bumi dan di antara keduanya.
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Tagged for Charity I was tagged by mamamia & Zlaa. Tagging originally started by Idham's blog . He is planning on a noble effo...
-
Sepanjang berada di Jepun, salah satu perkara yang diperhatikan adalah kebersihan bandaraya besar seperti Tokyo. Sejak menjejakkan kaki di L...
-
Inikah adab pelajar zaman sekarang? Apakah nilai adab seorang pelajar di zaman ini? Bukan budak sekolah rendah dan juga bukan budak sekolah ...
bravo sis kalau habis buku tu let me know...
ReplyDeletesemoga appt dgn specialist tu ok semua nya.
Harap dah sihat sepenuhnya .
ReplyDeleteSelamat menulis!
Salam hormat wahai Puan Prof.
ReplyDelete1 - Bila sebuat sahaja HOSPITAL KERAJAAN. Persepsi kita terus berubah. Itulah caranya dari sebelum merdeka hingga kini.
2 - Dengan tidak ada perasaan malu, saya ingin bertanya, bolehkah saya meminjam buku - 'Jadi Anda Mahu Menulis.' Sudah ramai yang memberikan perangsang supaya saya menulis, tapi malang sekali, pengetahuan saya di tahap KOSONG.
3 - Seorang tabib menyatakan kepada saya, "ada ketikanya, kamu tidak tahu yang kamu ada sesuatu bakat, tetapi apabila kamu meneruskan melakukan sesuatu secara istiqamah, InsyaAllah, itulah sebenarnya bakat kamu yang terpendam." Berminggu - minggu lamanya saya termenung dan memikirkan kata - kata itu, dan selama itulah saya terus menulis pelbagai perkara didalam blog.
Wallahu'aklam bissawab.
kak azzah,
ReplyDeletesemoga diberi ilham dariNya untuk menulis! Bg saya, saya percaya pada Tahajjud & Dhuha - kita begitu hampir dgnNya...
Good luck!;)
Salam Azzah...semoga apa jua yang azzah usahakan akan berjaya...
ReplyDeleteKenapa azzah ada appmnt. dengan specialist...ada masalah kesihatan ke?
Apa-apa pun akak doakan semuanya baik2 sahaja...
Assalamualaikum warahmatullah,
ReplyDeleteMy dearest Nurazzah,
Terima kasih di atas kata-kata yang amat bermakna dalam entri ini...Saya amat menghargainya.
Menjadi penulis hidupnya sepi. Namun dengan adanya kata-kata dari sahabat begini, mampu memacu semangat bagi terus mara berjihad dengan mata pena...
"We make a living by earning..
We make a life by giving..."
~ Winston Churchill~
"If you would not be forgotten,
as soon as you are dead and rotten,
either write things worth reading,
or do things worth the writing."
~ Benjamin Franklin~
Wassalam...
Tulis Nurazzah jangan tak tulis! Dengan adanya semangat berkobar-kobar untuk menulis ini, besar kemungkinan buku Nurazzah akan keluar dahulu dari buku saya.
ReplyDeleteAnyway dapat berita anak-anak kita bakal Dokturah itu sedang menghadapi peperiksaan. Sama-samalah kita berdoa untuk kejayaan mereka.
Kak Elle,
ReplyDeleteALhamdulillah dah habis dah baca buku sebelum dapat jumpa doktor...:-)
Appt dgn specialist tu ok, Alhamdulillah... on treatment skrg...
Silversarina,
ReplyDeleteDoakan semoga sihat semula, masih dalam treatment...6 months lagik kena jumpa semula doktor..
Abang Long,
ReplyDeleteHarapan saya sebab "Hospital Putrajaya" kan... expectation tinggi agar tidak seperti hospital "kerajaan" yang lain...
sebab saya pernah melahirkan anak yang bongsu di situ pada tahun 2002 dahulu.. masa tu perkhidmatan mereka tip top... agaknya sebab baru buka... terutama di kawasan yg diiystiharkan sbg sebuah kawasan yang elit begitu...
2) buku tu saya dah order daripada Puan Ummi Khaltum Ngah, sila beri alamat penuh rumah dan no telefon..
D, I really need it.....thanks a lot... ya..akak setuju dengan D...
ReplyDeleteTahhajjud & Dhuha memang sudah semestinya menjadi amalan harian kita...
Kak aNie,
ReplyDeletenanti Azzah tel akak cerita ya...
Kak Ummi Khaltum Ngah,
ReplyDeleteJazakillahu khairan khathira kerana bersusah payah mengirimkan buku tersebut kepada saya. Sebenarnya selepas saya menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Puan Ainon dahulu, mmg bersemangat hendak menulis.
Saya juga telah mula merangka beberapa bab untuk dimasukkan ke dalam buku yang hendak di tulis.. hajat hati ingin bermula dengan menulis jibunsyi... selepas fasa pertama..saya peram sehingga sekarang.. tidak dapat menyambungnya... saya tidak mahu memberi pelbagai alasan.
Namun saya sekarang sedang menulis satu perkara yang perlu saya selesaikan ... THESIS saya!!! doakan semoga semuanya selesai... Amin...
Mak Teh... bukan buku... saya sekarang sedang berjuang menyiapkan penulisan thesis saya...
ReplyDeletesemoga kak azzah dipermudahkan untuk mendapat idea dan menulis...
ReplyDeleteSalam hormat wahai Puan Prof.
ReplyDeleteMohon maaf, atas beberapa masalah teknikal maka saya terpaksa memberikan butiran disini:
Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.
No. 16, Lot 552,
Lorong Sungai Udang,
Teluk Gadung Kecil,
41250 Klang,
Selangor.
TERIMA KASIH
Azzah, sori masih tak reti nak balas YM tru hphone... Take care, hope everything is ok...
ReplyDeleteSemoga Nurazzah sihat dan teruskan minat untuk menulis. Kalau Prof yang tulis buku pasti hebat. Saya doakan berjaya. Amin.
ReplyDeleteAzzah,
ReplyDeleteTeruskan melangkah azah... satu perjalanan yang panjang, penamatnya ialah satu kesaksian "Maha Luasnya ilmu milik Tuhan"