Malam Jumaat minggu lepas, akhawat surau At-Taqwa telah bersama-sama menziarahi jiran-jiran kami yang akan berangkat Ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sebagai Tetamu Allah SWT ..
Pesanan Nabi Muhammad SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak akan
sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga
tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni. Tambahan pula zaman sekarang menyebabkan masyarakat khususnya yang tinggal di bandar kurang
berinteraksi dengan jiran. Masing-masing sibuk bekerja dengan waktu tidak menentu
telah mendorong melakukan hal masing-masing.
Sabda Baginda SAW bermaksud:
“Sesiapa
beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik
kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka
hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah
ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)
Insyaallah ..Semoga semua mereka akan mendapat haji yang mabrur ...
Ameen
Yang bertudung biru di tengah adalah jiran SEBELAH RUMAH saya...tetapi dek kesibukan kerja, saya pun jarang dapat berbual dengan beliau...tegur pun sambil keluar masuk rumah semasa hendak pergi dan balik dari kerja ... (hurrmmm.... ) jadi semasa majlis sebegini lah baru dapat duduk berbual bertanyakan khabar masing-masing dengan tenang dan aman ... dan dapat bersalam dan berpelukan untuk mengeratkan ukhuwwah ....
Bersalaman dan bermaafan
Semoga Allah memelihara ukhuwwah kami semua di kejiranan ini...
Ameen
Ameen




masyaAllah bestnyer!!
ReplyDeletesemoga lepas nie kita pulak yang mengikut jejak mereka..
Allahuma amin..
http://nurainishahroni.blogspot.com/
Salam aini shahroni....Alhamdulillah ...suka sangat sebab dapat jiran-jiran yang baik begini ...
ReplyDelete