Semoga 10 malam terakhir Ramadhan membawa penuh erti bagi diri kita.
Bukan bersuka ria kerana Raya hampir menjelang, bukan sibuk membeli-belah, memasak kuih-muih dsb, tetapi terlalu sedih kerana Ramadhan yang Mulia ini, yang penuh keberkatan dan Rahmat dari Allah swt semakin menghampiri ke hujungnya, semakin hampir meninggalkan kita...
dan nanti kita harus menunggu setahun lagi utk kedatangan Ramadhan berikutnya,
di mana, kita sendiri pun tidak tahu samada kita masih di sini, di bumi Allah ini,
samada umur kita masih panjang lagi untuk berjumpa lagi Ramadhan yang berikutnya...
Marilah kita memperbanyakkan amal-ibadat kita di 10 malam terakhir Ramadhan ini...
banyakkanlah sujud menyembah Allah .....
banyakkan lah membaca ayat-ayat Allah ....
banyakkanlah berdoa kepada Allah ....
semoga segala amal ibadat kita yang kerdil ini diterima olehNya...
Amin.
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Cucu Sulong. Pada hari Isnin lepas, 10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang co...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Hobi 3 - Membaca N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh d...
betul kak.. terlalu banyak dosa yang nak dipinta ampun, terlalu banyak doa yang ingin dipohon...
ReplyDeleteramadhan kian berlalu. sedih kan?
Salam Nurazzah...lamanya akak tak berkunjung ke mari...
ReplyDeleteSedih bila Ramadhan hampir berlalu pergi...semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhir kita...
Akak ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat Azzah sekeluarga...Maaf zahir batin...andai pernah terkasar bahasa...terlepas kata...
Sila ke blog akak ambil e-kad raya ..khas buat teman2 blogger...nak kirim yang betul2 tak berkesempatan dah...
salam,
ReplyDeletememang ramadan kali ni terasa cepat berlalu dan 10 malam terakhr pun dah hampir berlalu, semoga kita semua di berkati .Amin.
SELAMAT HARI RAYA BUAT AZAH SEFAMILY. MAAF ZAHIR BATIN.
btw, hana macam mimi , suka sangat bertanya soalan cepumas yang baik juga buat kita sebab kena berfikir dan mencari jawapan terbaik . kisses untuk hana comel tu .
Salam, insyaallah, ibadat kita diterima:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak Azzah, Pohon maaf kalau ada salah silap
ReplyDeleteJumpa lagi lepas raya! :)
Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Kak Azza. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Banyak buat kuih raya ke?
ReplyDelete