Thursday, June 6, 2013

20 Mei 2013

20 Mei 2013 - SELAMAT HARI LAHIR buat anakku yang ke-7, 
ZUBAIR MOHD HASLAN

Ummi minta maaf sebab terlewat tulis post about your birthday, adik (even though he has a little sister, Zubair sudah terbiasa bahasakan dirinya "adik"),  Little sis, Hana', will always call him by the nick name "Abang Wei"...
Walaupun ummi tahu adik takkan dapat baca posting ini sebab adik berada di asrama, ummi tetap nak ucapkan 
SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA ALLAH AKAN MELIMPAHKAN KEBERKATAN DAN KERAHMATAN BUAT DIRIMU, WAHAI ANAKKU.

(This post has been in draft for two weeks!  Ya Allah...dalam kesibukan
 daku merindukan saat-saat lapang menulis di blog. 
Kerinduan menulis sudah bertamu lagi di hati!)
 

Tuesday, May 21, 2013

Mei 2013

Syukur Alhamdulillah Syukur Alhamdulillah Syukur Alhamdulillah

 Walaupun diri ini terlampau sibuk dengan pelbagai urusan dunia, sekurang-kurang daku terasa sungguh damai apabila mengadu kepadaNya di waktu dinihari.  Sesungguhnya amat tepat sekali bila dikatakan (oleh rakanku diblog beliau ) di antara obat hati adalah mendirikan solat malam.

Bulan Mei ini adalah bulan yang paling mencabar dalam kerjaya ku selama ini..apabila satu demi satu keputusan yang ktitikal terpaksa aku lakukan... aku tidak mahu begitu, tetapi demi tugas terpaksa juga aku lakukan..

Namun begitu, di saat diri ini hampir terbaring lesu dek kepenatan dan kelelahan kerja demi kerja yang mendatang... hatiku tersenyum puas melihat hasil nya 
Alhamdulillah .. Semoga kejayaan kakak dan abang-abang akan menjadi pendorong buat adik-adik yang lain



Friday, April 26, 2013

April 7th

Happy Birthday Kak Long !

Mesyuarat Meja Bulat Bulanan.

Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru sekarang dapat post. Maafkan ummi Kak Long ...
7hb April .. adalah harijadi Kak Long ... ummi pun sibuk, tak sempat nak masak special, maka kami decided nak pergi makan di Chinese Muslim Restoran ADAM LAI, di Seksyen 15, Shah Alam. Masuk kali ini sudah beberapa kali juga kami pergi makan disitu... boleh tahan sedap makanannya.

Kami sampai agak awal. Sementara menunggu makanan siap, kami adakan mesyuarat meja bulat bulanan keluarga, atau lebih senang dipanggil USRAH keluarga. Pelbagai perkara dibincangkan ...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat meluahkan perasaan masing-masing semasa mesyuarat ini... jika ada rasa tidak puas hati, boleh disuarakan, tetapi dengan semangat yang harmoni...Semasa USRAH ini jugalah kami dapat bertemu muka dan berbual-bual sesama sendiri.  Walaupun duduk serumah, tetapi  masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk kerja dan belajar sehingga kadang-kala sudah hendak berbual dgn anak-anak ini... oleh itu, USRAH ini adalah medan untuk kami bertemu sekeluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.  Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:


1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

 Makanan sudah sampai ..Alhamdulillah sudah boleh makan
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALlah di atas rezeki MU Allah ..Syukur Alhamdulillah kerana telah meminjamkan umur setahun lagi buat anakku ...semoga hayat yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya di jalanMU Ya Allah ..Ameen.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....