Sebenarnya bukan nya minggu ini sahaja sibuk, begitu juga minggu2 lain, tetapi minggu ini yg teramat sibuk...
disamping tugas dipejabat, tugas sbg isteri dan ibu tidak harus dilupakan. Sehinggakan hendak menulis entri berkenaan Hari Ibu pun tak sempat... tapi utk menghilangkan stress tadi sempat menjenguk blog
Ummu Asiah. Berjumpa beliau pada hari Jumaat lepas di bangunan SUK, Shah Alam.
1 Mei lepas kita juga menyambut hari Pekerja. semasa membaca blog Ummu Asiah saya tertarik dgn satu kata2, kerja lain kita boleh minta berhenti atau cuti... tapi tugas sebagai seorang IBU.....
"Motherhood is a tough 24-hr job, 7-days a week and 365-days a year: No Pay, No day-off. Most often unappreciated. And yet RESIGNATION IS IMPOSSIBLE!"
(gambar dimuatturun dari internet)
2 Mei - satu bundle (ITC560) kertas peperiksaan yg masuk perlu ditanda
8 Mei- satu lagi bundle (CSC518) kertas peperiksaan
disamping itu setimbun report FYP (Final Year Project) yg perlu dibaca (utk pelajar SarjanaMuda dan Sarjana)
9 Mei - temujanji dengan rakan blogger Ummu Asiah, tapi sebenarnya ada urusan lain yg memerlukan jasa baik beliau. Terimakasih UmmuAsiah. (**
saya juga tidak sempat menulis entri berkenaan itu. Boleh baca di sini)12 Mei - Melawat dan menilai demo projek FYP (Sarjana Muda - final sem)
13 Mei - menilai pembentangan proposal FYP (Sarjana Muda)
14 Mei - menilai viva Master in Computer Science
15 Mei - menilai pembentangan Latihan Praktik pelajar diploma
- hari terakhir submit marks/grades (termasuk analisis etc)
- Grid Conference
16 Mei - menilai Pembentangan FYP
- Grid Conference
17 Mei - menghadiri kursus
- (
Hana dah sound awal-awal lagi, hari ni dia dapat jemputan birthday party kawan dia, alamak bgmn nak bawa dia sedangkan saya InsyaAllah akan berada di KL pd masa ini..kena mintak tolong jasa baik abang Zaid lah...;-))
20 Mei - Validasi kemasukan markah
- Mesyuarat di UKM