Friday, May 20, 2016

Pertunangan

Anak ketiga, Ammar telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Julai 2015. Alhamdulillah. 
Itu bermakna, sudah dua orang anak ku melangsungkan perkahwinan, iaitu Zaid, anak ke-2 pada 22 Mei 2013, dan Ammar, anak ketiga.
Kakak sulung, Asma' masih belom bertemu jodoh... (pada ketika itu - 2015) ..betullah apa yang dikatakan, jodoh pertemuan itu semua di dalam pengetahuan Allah. Walau apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat mempercepatkan atau melambatkan kedatangan jodoh itu..persoalan jodoh adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Namun sebagai seorang ibu, hati ku masih mengharapkan agar anak sulung akan bertemu jodoh sebelum umurnya memasuki angka 30an...ketika itu umur nya sudah melepasi angka 28. Bohonglah jika dikatakan aku tidak berbuat apa-apa. Ramai sudah sahabat-sahabat seperjuangan, sahabat-sahabat yang sama belajar ketika di USA dahulu, aku risik. Pantang sahaja tahu sahabat ada anak bujang, akan ku risik.. dengan harapan dapat berbesan dengan sahabat-sahabat satu perjuangan dalam jemaah.  Namun, seorang demi seorang memberikan jawapan yang negative. Bukannya mereka tidak sudi, tetapi jawapan yang diberi selalunya anak mereka belum bersedia hendak mendirikan rumahtangga atau anak mereka tidak mahu beristerikan wanita bekerjaya doktor! Agak kecewa juga hatiku... Sehinggakan sampai suatu ketika, aku seakan terkejut dari lamunan! Apakah yang aku lakukan ini? Oh! seperti hendak menjual anak!!! Lalu aku berishtifar .. Apakah aku tidak menyakini ketentuan Allah? Soal jodoh adalah takdir Allah ... aku kena yakin dengan takdir Allah... akhirnya diriku menjadi lebih tenang dan aman ...Mengapakah aku perlu mengharapkan dari manusia? sedangkan apa yang sepatutnya yang aku perlu lakukan adalah memohon pada Allah ...Bukankah itu yang selalu aku mohon dalam doakan diakhir setiap solat fardhu...? Aku berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kurniakan lah jodoh yang terbaik buat anakku Asma', yang sekufu dengan dirinya, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui." Lalu hampir setiap malam aku bangun solat tahajjud dan solat hajat, aku panjatkan doa buat anak-anak semuanya terutama anak sulungku...
  Benarlah janji Allah itu amat benar....! tidak lama selepas itu, Asma' memberitahuku bahawa sudah ada yang bertanya. Kawan baiknya yang menjadi perantaraan, yang mencadangkan kawan sama belajar.. Pada ketika itu, diriku yang terlebih excited pula.. namun nasihatku kepada Asma', buatlah solat Istikharah terlebih dahulu. Aku tidak memilih siapakah bakal menantuku, tidak semestinya berasal dari keluarga yang berada. Cukuplah ilmu dan agama yang menjadi pegangan hidup ...
Alhamdulillah, dipendekkan cerita ... 25 Disember 2015, berlangsunglah majlis pertunangan Asma' bersama Rahimi. Dan majlis perkahwinan akan berlangsung 3 bulan dari tarikh tersebut.

Asma' dan Rahimi, Semoga berbahagia hingga ke Jannah...
 25 Disember 2016

Bersama besan , orang Kelantan
Semuanya menggunakan barangan yang ada di rumah... Jambangan bunga putih adalah ihsan dari Wedding Sentinel ...sarung-sarung kusyen dibeli ketika melawat Jordan 8 tahun yang lalu ...
Malahan semua dulang hantaran digubah oleh daku dan menantu ku, Wijhan.






 



Saturday, May 14, 2016

Guru@pensyarah@pendidik

Selepas habis kelas pagi tadi. "Madam, jom kami belanja minum sempena Hari Guru " ..Thanks all my awesome Master of Computer Science students ..weekdays they are working, and sacrifice their weekends studying ...salute to them..Thank you for remembering me as your "teacher" ...baru semalam baru cakap dengan my friend, selalu hari guru ni hanya disambut utk cikgu sekolah... pensyarah tak pernah orang ucap Selamat Hari Guru walaupun tugas kami juga mendidik ...

SELAMAT HARI GURU 
buat SEMUA pendidik di luar sana 

Thursday, May 12, 2016

Rindu Menulis

Allahu Akbar. Kerinduan yang memuncak hendak menulis di blog ini. Terlalu banyak cerita yang hendak dicoretkan...namun lepas satu...satu cerita-cerita itu datang dan pergi silih berganti di kotak fikiran ini...... ibaratkan jari-jemari kita sedang skrol satu-persatu gambar atau wassup di smartphone kita...
Di manakah hendak bermula? Tiba-tiba suatu perkara terlintas di fikiran....

Masih adakah lagi rakan-rakan blogger yang hendak membaca apa yang akan ditulis nanti? laju sahaja mataku pelihat ke sebelah kanan blog.... di mana senarai rakan-rakan blogger tertera...
Wahhhh...nampaknya mereka masih lagi aktif menulis, walaupun masing-masing juga aktif di facebook. To name a few,  KakIna KL dengan blog Tertunailah Hasrat dihati, Mulan dengan blog Peace, Love & Harmony, Al-Lavenderi dengan blog Komensen , dan lain-lain lagi yang tidak dapat nak senarai semua di sini.  Tidak lupa juga rakan-rakan sekerja yang bergelar blogger juga ...masih aktif menulis ... Dr. Marina, Dr Nasiroh dan Dr Zalilah .... masih juga berupaya menulis ... entah kenapa sejak memegang jawatan admin tiga tahun yang lalu ... sedikit demi sedikit mood hendak update blog semakin berkurangan dan akhirnya blog ku menjadi seperti rumah usang yang ditinggalkan berhabuk bersawang dan dipenuhi semak-samun dan lalang yang semakin tinggi dan panjang menutupi rumah usang tersebut.....
Kekangan masa yang sangat mencemburui ku ... beban tugas yang semakin bertambah ... menjadikan seolah-olah 24 jam sehari seperti tidak mencukupi ... tugas mengupdate blog yang dilakukan di sebelah malam selalunya, diganti dengan tugas-tugas lain ... akhirnya selalunya diri ini yang juga sudah semakin dimakan usia...tertidur keletihan yang amat sangat ....tanpa dapat berbuat apa-apa ke atas blog ini ...

Hampir-hampir juga diri ini tidak dapat mengingati password yang digunakan untuk masuk ke blog ini sebentar tadi, beberapa kali percubaan dilakukan baru lah dapat login! hahaha ... Apakah petandanya itu? Lupa ? Ya... faktor usia juga mungkin .... banyak perkara didapati semakin sukar untuk mengingati dalam jangka masa yang panjang atau lama ... banyak perkara juga telah lupa ... sudah semestinya faktor usia... walaupun pelbagai usaha dilakukan sejak dulu seperti makan kismis , tapi semakin kita berusia semakin kita kerap lupa ! Apatah lagi jika sudah masuk ke era 5-series ini!

Ya! Sesuatu perlu dilakukan... nampak gaya kena tukar layout baru, nak kena beli langsir baru nih... sofa baru ...cat baru ...bagi nampak ceria sikit ...tapi itu juga memerlukan masa untuk duduk mengadap laptop ini ... hurrmm.. kita lihat bgmn nanti ...mungkin perlu perancangan rapi...lakukan satu-persatu ... pertama sekali ...kena tebas semak-samun ni dulu, ambil penyapu dan sapu habuk dan sawang tu dulu ...puuhh....puhhh...

ok...cukup sampai disini dulu untuk hari ini ... sekadar pembuka kata dan pengenalan dahulu ... nak pergi jenguk jiran-jiran jap ...tanya khabar mereka ...

wassalam..
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....