Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Wednesday, March 13, 2013
Sunday, March 10, 2013
30 tahun berlalu
1982, itu tahun aku menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah berasrama penuh di selatan tanah air. Kenangan bersama rakan sekelas masih terpahat dalam ingatan ku. Pada 22hb Feb dan 23hb Feb 2013, selepas 30 tahun berpisah membawa haluan masing-masing dalam bidang pengajian yang dipilih, tercampak ke benua yang berasingan, kembali ke tanah air selepas tamat belajar, mendapat pekerjaan, mendirikan rumah tangga ....sehingga lah umur hampir mencecah setengah abad ... Alhamdulillah Allah izinkan bagi kami bertemu kembali menyambung silaturrahim yang terputus. Syukur Alhamdulillah kita ucapkan juga kepada kemajuan teknologi , dengan adanya internet, www dan dengan terciptanya satu alat hubungan komunikasi sosial ..iaitu FACEBOOK, maka kami dapat menjejaki kembali rakan-rakan sekelas ini.
Selepas selesai tugasan di Dungun pada tengahari 22hb Feb 2013, aku mengatur rancangan hendak bertemu salah seorang ex-classmate yang bertugas dan tinggal di Kuala Terengganu. ..Haslina Laili @ Ayi. Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran ke USA manakala Ayi ke Australia.
Bersama Ayi di hadapan Mesjid Kristal
1982 - 2013
Kubah Mesjid Kristal
Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam
Signboard TAMAN TAMADUN ISLAM
Selesai membawaku berjalan-jalan ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, sempat juga mencapai sehelai dua kain batik di Pasar Payang, akhirnya Ayi menghantarku ke stesyen bas di KT untuk menaiki bas ke Kota Bharu, Kelantan.
Terimakasih Ayi kerana membelikan Azzah tiket bas ke KB .. InsyaAllah semoga bertemu kembali ...
poster yang tergantung besar di stesyen bas KT ..rupa-rupanya PM hendak datang melawat KT pada hari esoknya, 23 hb Feb 2013
Monday, March 4, 2013
Bloggers Pantai Timur
Dunia blogging telah menemukan ku dengan
ramai insan-insan istimewa. Penulis-penulis tersohor tanah air, seperti Abdul Latip Talib @ Pak Latip, para
ilmuan , chef2 terkenal di dunia blogging seperti Che Mat Gebu @ Adnan
Ibrahim dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN, Chef Hanieliza dari blog Hanieliza's Cooking dan ramai lagi ...masing-masing dengan keistimewaan tersendiri.
Telah mengenali bloggers Mulan, Mak Lang dan Kak Hanieliza / chef Hanieliza sejak era mula berblogging pada 2007 lagi ... waktu itu tiada facebook, hurmm..bukan tiada, tetapi facebook masih belum dikenali ramai ...
Pada waktu itu, blog adalah medium utama dalam berhubung di alam maya ...
Telah beberapa kali berjumpa dengan Chef Hanieliza, perkenalan di alam maya terus terjalin ke alam realiti. Pertama kali bertemu Chef hanieliza semasa Kak Liza datang ke Mesjid Negeri Shah Alam untuk membuat demo masakan, ada saya ceritakan di sini. Kemudian saya berkunjung ke rumah anak Kak Liza di Klang untuk membeli buku masakan beliau yang terkenal.
Cuma dengan Mulan dan Mak Lang sahaja yang masih belum ketemu sejak tahun 2007 hingga 2012. Beberapa kali merancang hendak bertemu apabila Mulan ke KL tetapi selalu tidak berkesempatan. begitu juga dengan MakLang, beberapa kali ingin bertemu apabila MakLang ke KL mengikut suami atau mengajar kelas Ribbon Embroidery nya tapi masih belum diizinkan ALlah untuk bertemu. Ada sahaja perkara yang hendak ku lakukan semasa MakLang datang ke KL. MakLang ni bukan sahaja pandai masak seperti Kak Liza, tetapi juga pandai membuat craft Ribbon Embroidery , boleh lihat di blog MakLang lagi satu Ribbon Chanteq.
20hb Feb 2013 melakar sejarah dalam dunia berblogging bagiku kerana setelah sekian lama mengenali mereka di alam maya, akhirnya diizinkan ALlah jua kami bertemu. Tugasan kerja memaksa ku pergi jauh ke daerah Dungun di Terengganu. Sengaja ku tempah tiket kapalterbang awal pagi agar ku mempunyai masa untuk bertemu sahabat bloggers Pantai Timur ini...
Perancangan dibuat awal agar sebaik sahaja aku mendarat di Kuala Terengganu, dengan menaiki van UiTM Dungun Terengganu akan terus ke Dungun, ..namun kita merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang. Sebaik sampai sahaja di lapangan terbang Kuala Terengganu, rakan-rakan sekerja yang menaiki pesawat bersama hendak bersarapan pagi terlebih dahulu dan kemudian mereka hendak berjalan-jalan di KT. Mereka ramai, aku seorang sahaja yang hendak ke Dungun dahulu. Aku mengalah, tetapi dalam hati risau kerana sedar MakLang, Kak Liza dan Mulan sudah pun bersusah-payah memasak dan kami merancang hendak berpiknik ditepi pantai. Ligat otak ku berfikir, bagaimana caranya hendak ke Dungun bersendirian... lalu aku menyuruh driver van menunggu sebentar sementara aku masuk semula ke airport dan bertanyakan teksi dari airport ke Dungun. WOW! terkejut juga apabila diberitahu bahawa tambangnya RM100! hurm... Plan A tak jadi, fikir Plan B pula. Lalu terus bersama-sama mereka menaiki van ke pekan KT, menghantar mereka ke restoran untuk bersarapan...al-maklumlah kami sudah keluar rumah dari awal jam 4 pagi lagi hendak ke LCCT..selepas menghantar rakan-rakanku, aku meminta driver van menghantarku ke stesyen teksi ... tanya-tanya ...mereka hendak tambang RM80 satu teksi... aduish...masih mahal ... Plan B tidak jadi lalu terus ke Plan C... pergi ke stesyen bas... pusing2 tanya, bas ekspres pukul 8:30pg sudah berlepas, next bas adalah pukul 10:30 pg oleh .. nak naik bas henti-henti pun sudah berlepas... lalu aku duduk menunggu ... lebih kurang setengah jam kemudian ternampak bas Maju Ekspress tulis hendak ke Dungun, Alhamdulillah akhirnya jam 9:30 pg dapat menaiki bas Maju Ekspres ke Dungun.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam... tidak ramai penumpang dan bas bergerak agak laju juga... lebihkurang jam 10:30pg sudah kelihatan bangunan dan kedai tertulis perkataan "Dungun" ..bermakna kami sudah tiba ke daerah Dungun... tapi bas masih belum berhenti. Bila nak sampai stesyen bas Dungun ni? tertanya2 dalam hati. "Ah...mungkin belum sampai lagi agaknya" ..
Tiba-tiba telefonku berbunyi! tengok nama tertera nama Kak Liza. Terus kuangkat. "As-Salam kak", aku menyapa.
Kedengaran suara Kak Liza dihujung talian. "Wa'alaikumsalam Azzah. Azzah kat mana sekarang? " tanya Kak Liza.
Terus kujawab, "dalam bas kak."
Tiba-tiba Kak Liza terkejut,"Eh, Azzah, stesyen bas Dungun dah lepas dah. Kita bertembung tadi di traffic light. Kenapa bas tak berhenti sana? ok Azzah suruh driver bas berhenti kat depan tu ada Sek Men Sains Dungun. Azzah turun dan tunggu situ, akak patah balikambil Azzah."
"Ok kak. Terimakasih." jawab ku. Terus aku bangun dan berjalan terhoyong-hayang dalam bas menuju ke pemandu dan bertanya, "pakcik tak berhenti ke di Stesyen bas Dungun? Saya nak turun situ... tak apalah..turunkan saya di depan tu di Sek Men Sains Dungun. "
"Oh..awak nak turun Dungun ke?" tanya pakcik bas tu.
wahhhh..terkejut saya, pakcik ni tak tahu ke saya nak turun Dungun, Alhamdulillah Kak liza and the geng nampak bas saya ni tadi, kalau tidak dah terlajak sampai ke Kerteh dan terus ke Kuantan pulak! huhuhu... gelihati pun ada ...satu sejarah dalam hidup ..dah lama tak naik bas ...
Turun sahaja bas, saya terus menunggu di depan SMS Dungun, tiba-tiba ternampak ada satu stesyen minyak Petronas kat depan, terus saya melintas jalan dan menuju ke toilet ...sejak pagi turun dari kapalterbang tadi tidak berkesempatan ke toilet ...
keluar sahaja saya terpandang kan kereta Honda CRV putih kepunyaan MakLang (setelah MakLang mention dalam fb kata nak bawa CRV ni) ...teruja sungguh makcik-makcik bloggers ni dapat berjumpa bersama. Kami bersalam berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa, sedangkan sememangnya kami belum pernah berjumpa, hanya bertegur sapa dan bertemu di alam maya , namun Allah telah mengikat hati-hati kami seumpama saudara sendiri layaknya. Naik sahaja kereta makLang terus kami bergerak menuju ke tepi pantai Dungun .. Alhamdulillah lama tak tengok pantai ...cantik dan sayu melihat ombak menghempas pantai dan pepohon meliuk lentok dibuai bayu laut ...
Kereta terus dipandu kehadapan mencari port yang sesuai untuk kami berpiknik...akhirnya kami bertemu sebuah wakaf yang masih tiada pengunjung berteduh di bawahnya ..
wahhh..sungguh terharu melihat betapa banyaknya makanan yang dibawa oleh sahabat ku bertiga, seperti hendak menjamu 20 orang sahaja!
Alhamdulillah, Akhirnya impian ku hendak bertemu makcik bloggers dari Pantai Timur tercapai jua, cuma 2 orang lagi makcik bloggers tidak dapat hadir iaitu SilverSarina dan Fa Atip. InsyaAllah sehingga bertemu kembali!!! Illalliqa...maassalamah...

lalu hari ini dalam sejarah ... pertemuan 4 orang makcik bloggers ...
dari kiri: Mulan, Mak Lang, nurazzah8 dan Chef Hanieliza(gambar ni kurang clear ...)
Pertemuan dengan Makcik bloggers Pantai Timur
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Cucu Sulong. Pada hari Isnin lepas, 10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang co...
-
Sepanjang berada di Jepun, salah satu perkara yang diperhatikan adalah kebersihan bandaraya besar seperti Tokyo. Sejak menjejakkan kaki di L...
-
Hobi 3 - Membaca N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh d...