Thursday, November 15, 2012

GUGUR NYA AIRMATA BUAT SAUDARA SEAGAMAKU DI GAZA

YA ALLAH ...AKU TIDAK MAMPU SEBENARNYA HENDAK MENEKAN HURUF-HURUF DI PAPAN KEKUNCI INI ... HATI KU BAGAI DIROBEK-ROBEK OLEH KEKEJAMAN  REGIM TENTERA ISRAEL KE ATAS PENDUDUK GAZA..  ..OLEH ITU AKU TIDAK SANGGUP HENDAK MELETAKKAN SEBARANG GAMBAR DI POST INI ...

AL-FATIHAH BAGI MEREKA YANG GUGUR SYAHID ... 

SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN LAH KECUNDANG DI MEDAN PERANG, TETAPI MEREKA SEBENARNYA BANGKIT UNTUK MENEMUI YANG MAHA AGUNG, ALLAH SWT ... GEMBIRALAH ANDA SEMUA DI SISI TUHANMU ...

p/s: dalam hati kecil ku ..apa yang dapat aku lakukan? sekecil-kecil iman, hanya dapat membenci dalam hati, tetapi takkan itu sahaja yang dapat aku lakukan ? 
boikot? Ya, sekurang-kurang aku boleh memboikot barangan/atau apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel .. anak-anak ku ..no more McDonalds/KFC/Pizza hut ..etc ...


Wednesday, November 14, 2012

Grilled Salmon

Assalamu'alaikum wrt wbt.  Salam Maal hijrah buat semua pembaca blog ini dan rakan taulan .. pejam celik pejam celik ..sudah setahun berlalu ... buku amalan kita juga akan diganti baru ... ALhamdulillah ...sempat juga di akhir waktu 'Asar tadi membaca doa akhir tahun dan selepas maghrib membaca doa awal tahun ...

Tengahari tadi, adalah percubaan pertama menggunakan pemanggang ajaib IKAN yang saya baru beli tempohari.  Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan ... 
Beberapa hari lepas saya ada membeli 2 hiris ikan salmon..tengok sangat cantik dan segar ..lalu terfikir hendak mencuba menggunakan pemanggang ajaib tersebut..

 Ini semasa sedang dipanggang, ...

Yummy...rasanya pun tidak menghampakan...sedapppp
 Selepas di hidang dengan tomato, carrot dan cauli flower...
sepatutnya ada broccoli, tapi since brocolli tak ada kat rumah ..guna apa yang ada saja lah kan


Menunya, sangat senang ...

Bahan-bahannya: 
2 hiris ikan salmon
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (di tumbuk2 juga)
1 sudu teh basil
4 sudu minyak zaitun
hirisan daun parsley  
tomato, carrot, cauli flower dan brocolli
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Lumurkan kesemua bahan ke atas ikan Salmon, perapkan selama 1 jam
2.  panaskan kuali (saya guna pemanggang Ajaib ), dan letak ikan ..bakar sehingga isi ikan kelihatan sudah masak ..(jangan terlalu lama, nanti isi ikan Salmon akan jadi keras...)
3. Ketika hampir masak, letakkan sayur2an 
4. Angkat dan hidangkan ..

(sumber: resepi asal saya tanya Mr google ajer...lepas tu pandai-pandailah adjust kan..)

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1433/1434 H

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). 

Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada segala tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, Insya Allah….

Doa Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

sumber: http://bungamuslim.blogspot.com/2011/11/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun.html
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....