Sunday, March 6, 2011

Masa berlalu ....

Sebenarnya tidak tahu hendak update apa...seperti tidak keluar sebarang idea menulis... asalnya pelbagai perkara hendak diupdate, namun begitu sebaik sahaja jariku menekan-nekan papan kekunci, fikiran terus blank... 
tetapi suatu perkara yang saya sangat hendak berkongsi dengan rakan sekelian...
mengapa saya rasa masa berlalu begitu pantas? atau masa itu tetap sama, ia adalah titik titik masa yang tidak bergerak...yang bergerak adalah kita..makhluk ALLAH SWT ...

Mengapa saya katakan begitu? 


Kerana saya masih terbayang sambutan tahun baru 2011, 
perasaan saya seperti semalam sahaja...
tetapi apabila lihat kalendar...sekarang sudah bulan March 2011....
sudah bulan 3????

Thursday, March 3, 2011

Simpul Biawak

Pernahkah anda mendengar istilah ini: Simpul Biawak? Semasa saya kecil pernah mendengar ibu berkata 'Simpul Biawak'...waktu itu saya tidak pasti apa yang ibu perkatakan...apabila bertanya kepada ibu, ibu pun memberi penerangan. Namun dalam hati tertanya-tanya, "Apa kena-mengena 'biawak' dengan sakit itu?" Adakah keadaan biawak 'tersimpul' sama seperti keadaan urat kaki kita yang seakan-akan tersimpul semasa mengalami sakit tersebut??? 

Sepanjang saya mengandung sebanyak 9 kali, tak pernah sekali pun saya kena 'SImpul Biawak' ini... selalunya mereka mengatakan kebarangkalian orang mengandung hendak mendapat sakit ini adalah tinggi... tetapi malam semalam semasa sedang tidur, tiba-tiba saya merasa sangat kejang di betis saya, memang terasa seperti urat kaki tersimpul...sakitnya bukan kepalang...saya tiba-tiba terjerit mengadoi kesakitan... Alhamdulillah cik abang ada kat sebelah...terkejut dia terus bangun dan buat apa yang sepatutnya, tinggikan kaki dan tegakkan tapak kaki dan tolak ke arah badan kita...sangat-sangat menolong..sekejap saya dah baik semula...
Masih mencari bagaimana orang-orang tua dahulu mengaitkan 'biawak' dengan sakit ini.... ada sesiapa yang tahu?

Wednesday, March 2, 2011

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....