Thursday, January 6, 2011

Tidak Ingat Langsung!

Petang tadi anak saya, Zubair dah balik rumah. Sebenarnya doktor nak tahan sampai esok..sebab esok nak buka jahitan di kaki nya tu, tapi sejak pagi dia asyik nangis aje (mengikut kata Abang Ammar yang jaga Zubair sejak pagi) nangis nak balik rumah...boring katanya duduk di hospital...pusing-pusing wad nampak nurse dan doktor aje... bila bawa dia tengok kat tingkap wad (wad tingkat 7) ..terus nangis lagi kata " nak turun sana, nak turun sana" sambil tunjuk ke bawah.... 
dia nak balik rumah nak main dengan kawan-kawan...
bila tanya dia memang tak ingat langsung tentang kemalangan tersebut...
dia cuma ingat, dia naik basikal...lepas tu putih aja..kepas tu oren, lepas tu oren...
dia jawab bila abang Zaid tanya...
tadi sampai aje rumah, terus dia nak naik tingkat atas, cakap nak main komputer. Selepas dah penat main komputer, dia turun semula, lepas tu dia keluar ke depan rumah... bila tanya dia cakap, nak pergi rumah kawan dia nak main bola... dia tak ingat bahawa dia tu sakit baru balik hospital...

Ya Allah, aku berdoa agar Engkau sembuhkanlah anak ku sehingga kembali normal seperti sediakala...Amin

Syukur ALhamdulilah!

 Perkembangn terkini anak saya, Zubair. Alhamdulillah dia sudah sedar dan sudah boleh bercakap.  Namun begitu perlu selalu bercakap dan berbual-bual dengan dia agar ingatannya kembali pulih seperti sediakala.
Yang paling saya syukur sangat-sangat dia kenal saya  sebagai umminya apabila ditanya..syukur Alhamdulillah.
 Ini tatkala dia masih belum sedar sepenuhnya.
 
Ini pula ialah luka dan jahitan dikepala Zubair. 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan kathira, semoga Allah membalas kebaikan anda semua, yang tidak putus-putus tolong mendoakan agar anak saya kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak panggilan dan sms (ada antaranya tidak dapat saya balas kerana waktu itu sedang menguruskan hal anak saya) yang saya terima. Begitu juga emel, komen dsbnya... tidak lupa kunjungan dan lawatan oleh jiran-jiran, kawan2 semua yang prihatin...sangat-sangat saya hargai.
Yang paling saya hargai, kakak saya yang saya panggil kak Long, dan anak-anak beliau yang sanggup datang dari Nilai, walaupun beliau penat baru balik kerja, tapi sanggup menunggu bersama-sama saya memberi sokongan moral di ER di Hospital Sg Buloh sehingga pukul 1 pagi.  Begitu juga Abang Ngah dan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor Bahru, membawa emak saya (nenek Zubair) datang melawat di hospital.
SilverSarina, atau sekarang sudah ada blog baru dan dikenali sebagai WanMommy, blogger pertama yang saya contact semasa di ER DEMC menunggu result CT Scan, memohon beliau maklumkan kepada rakan bloggers/FBians yang mengenali saya agar mendoakan kesihatan anak saya.  Jazakillahu khaitan kathira Rina, sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan terkini anak saya, utk di update kepada rakan2 yang lain..
Yang paling saya terkejut dan tidak sangka, mendapat panggilan dari Simah, seorang blogger yang bermastautin di Turkey. Walaupun kami tidak pernah bertemu muka dan beliau sudah lama tidak update blog, tetapi kami masih berhubung di ruangan FB. 

Begitu juga sms dari Kak Elle, dari Singapura, dan msg dari Neeza, nun jauh di Saudi.   Babazahra' yang bekerja di Libya (tapi skrg sedang bercuti di tanahair),   zlaa dan D dari UK,
Walaupun masing-masing dah tak aktif berlogging, tetapi masih berhubung di FB. Abang Long yang bersusah payah bersama anak-anak tahfiz bersolat hajat, ummi365, Kak Nong, Mulan , Kak Zakie, yang sentiasa tinggal komen di blog, bloggers dan juga rakan sekerja, Sevendrops, waterlily dan Dr Naimah, dan ramai lagi bloggers lain yang tidak sempat saya nak sebut satu-persatu nama-nama anda....(jangan kecil hati ya...you're always in my heart!)

Sesungguhnya ukhuwwah antara kita, bloggers dan FBians, walau di mana anda berada di muka bumi ini, sangat kuat... itulah kuasa dunia alam maya ini. Jika kita berkawan dengan ikhlas dan jujur, dan mengambil perkara yang baik-baik sahaja, InsyaAllah kita akan rasa kemanisannya..  

p/s: Untuk mereka yang bukan bloggers, saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda semua.  Tidak putus2 ada sahaja sahabat yang datang melawat setiap hari, baik saudara-mara, mu'allim/mu'allimah (guru sekolah), rakan sekerja, jiran, bloggers, FBians dan ibu bapa rakan-rakan Zubair yang datang melawat dll...

Sunday, January 2, 2011

Permulaan yang Muram

Kedatangan tahun baru 2011 disambut muram...malah tiada sambutan langsung dan saya langsung tidak ingat bahawa tahun sudah pun bertukar ganti...2010 --> 2011
Ini adalah kerana pada 30 Disember yang lalu, anak ke-7 saya, Zubair berumur 11 tahun, telah kemalangan setelah dilanggar kereta semasa sedang bermain basikal di taman perumahan

Status anak saya sekarang dia masih di wad neurosurgeri di Hospital Sg Buloh di bawah observation doc. Terdapat 3 luka yang besar di kepala sebelah kanan, semua telah dijahit. CT Scan juga telah dibuat, doc kata ada kelihatan sedikit blood clot tetapi kecil, doktor akan monitor lagi.  Jika tiada perubahan doc tidak akan buat apa-apa ...let it be sebab doc kata kanak2 selalu cepat sembuh sendiri ... harap tiada apa-apa... tapi anak masih macam mamai-mamai lagi, ... bila panggil dia adalah buka mata tapi masih belum respond sepenuhnya

oh ya...lupa nak cakap, Alhamdulillah sebab tiada apa-apa yang patah dan tiada fracture di kepala...Harapan saya agar rakan sekelian dapat mendoakan agar tiada internal bleeding yang serius... doakan agar sembuh seperti sediakala... Terimakasih semua...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....