Monday, October 4, 2010

"Lorong Terbuka"

Sudah menjadi trend di kota raya utk menganjurkan "Rumah Terbuka" atau Open House sempena Syawal menjelang. Malam semalam Lorong di mana rumahku terletak menganjurkan "Lorong Terbuka" utk semua rumah-rumah yang terletak di lorong ini. 
Tujuannya adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara jiran tetangga yang mana kebanyakan dari kami bekerja dan sibuk sehingga tiada masa hendak berkenalan dengan jiran-jiran. Sedangkan seperti yang kita maklum bahawa dalam Islam kita perlu berbaik-baik dengan jiran tetangga, kerana jika kita dalam kesusahan atau memerlukan pertolongan, orang yang paling hampir dengan kita adalah jiran tetangga. Saudara mara adalah jauh... jika hendak dikatakan, jiran boleh diharapkan di kala susah dan senang...

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0039.
Dari Abu Syuraih Al Khuza'iy r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang beriman dengan Allah, dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
 Alhamdulillah acara Open Street malam tadi berjalan dengan sangat jayanya. Hampir keseluruhan jiran dari lorong kami, iaitu JALAN YAKUT 7/13, SEKSYEN 7, Shah Alam
datang menjayakan program...hurm..ramai jiran yang kenal dan ramai juga yang tidak kenal...Oleh itu, dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi jiran-jiran yang tinggal di sini...

 Antara yang awal datang...ini hanya 1/3 sahaja..
 Jiran sebelah rumah..jiran baik ni!
 seperiuk besar sup Kambing !!!
 yang muda juga tidak ketinggalan beramah mesra
 Jiran dari bangsa lain juga dijemput sama
 masa ni belum ramai lagi...
 Masing-masing berbual sambil makan
Yang bertudung merah, rakan sekerja yang menjadi jiran
 Chef 'Char Kuey Tiaw' in action
 jiran dari kaum bapa..dan AJK Surau,,,
 Yours Truly...hurm..nampak belakang aje lah...
 WOW..! Bau gorengan Kuey Tiaw yg sungguh menyelerakan
 Beratur-beratr menunggu giliran
 Tidak ketinggalan anak-anak gadis yang menyewa di lorong ini..

 Full House...tempat duduk semua penuh sehingga ada yang terpaksa duduk di kaki lima
takpa..lebih meriah dan terasa kemesraan antara kami

AJK kuat ni...terimakasih kerana menganjurkan "Hari Raya Open Street 2010"
Objektif tercapai!


Sunday, October 3, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER

ben ashaari,com
Di kalangan blogger di Malaysia, nama Ben Ashaari sangat terkenal, dan blog beliau ben ashaari.com sentiasa mendapat kunjungan ramai pembaca-pembaca blog samada blogger tegar, blogger sambilan atau 'silent reader'.  Banyak topik-topik hangat dan menarik yang dihidangkan di blog beliau ...
hari ini juga semasa singgah di blog Ben, blog list beliau untuk bulan Oktober masih dibuka hingga tengah malam ini ..teringin juga nak join blog list beliau...

Saturday, October 2, 2010

Lapang dalam Hidup

Setelah membaca suatu artikel Cerna Minda dalam majalah SOLUSI keluaran terbaru, saya inign berkongsi sedikit pandangan dari pembacaaan tersebut.Semasa mula mendapat pekerjaan, gaji kita kecil, lalu kita kata, tidak mengapa lama-kelamaan gaji kita akan semakin meningkat dengan pertambahan tahun kita bekerja dan juga kenaikan pangkat. Namun begitu, tahun demi tahun berlalu, satu demi satu kenaikan pangkat kita raih, jumlah gaji juga sudah semakin meningkat, adakah persoalan utama sudah tercapai? Adakah hidup kita semakin lapang?
Perkara kedua, dalam usia perkahwinan 10 tahun pertama, anak-anak kurniaan Tuhan semakin bertambah dan mungkin juga seban tahun atau selang setahun mendapat anak. Kita katakan, tak apalah, sekarang anak-anak masih kecil, nanti mereka sudah besar dan sekolah, lapanglah kita, tidak kelam kabut seperti sekarang. Persoalannya, adakah semakin umur anak-anak meningkat dewasa, hidup kita semakin lapang?
Ketiga, orang juga selalu berkata, sekarang sibuk bekerja, nantilah bila dah pencen, lapang lah hidup kita, baru boleh belajar itu dan ini, terutama hendak mengaji bab agama...dah pencen baru hendak belajar agama. Persoalannya, adakah selepas pencen hidup kita semakin lapang?
Fikir-fikirkan lah dan kongsi pendapat anda...

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....