Friday, September 3, 2010

Peluang Sekali Setahun

Peluang ini hanya datang setahun sekali, itupun jika umur kita masih panjang untuk menempuhi nya lagi pada tahun akan datang. Ramadhan semakin menghampiri ke penghujung, marilah kita sama-sama berlumba-lumba mengutip peluang yang Allah beri ini untuk bekalan di sana nanti, InsyaAllah... 
di samping memperbanyakan ibadah dan solat malam serta berdoa, kita digalakkan bersedekah dan menderma sebanyak mungkin di bulan Ramadhan yang mulia ini...Allah akan melipat gandakan amalan sedekah dan derma kita...Oleh itu, peluang anda masih lagi terbuka untuk menderma kepada tabung kutipan Surau Kompleks Pendidikan Hira' (seperti entri sebelum ini) ...marilah kita sama-sama berebut-rebut memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini...


Wednesday, September 1, 2010

Surau Kompleks Pendidikan Hira', Jeram, Kuala Selangor


Salam semua sahabat alam maya... demi untuk memenuh kan tabung kutipan derma untuk Surau sekolah anak saya seperti yang akan saya nyatakan di bawah. Di harap sangat sahabat semua dapat kiranya membantu, apatah lagi sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan menderma dan bersedeqah.

Alhamdulillah surau ini baharu siap dibina dengan kos sebanyak ~ RM1.7 JUTA. Setakat ini dengan hasil kutipan dari para ibu bapa dan juga alumni Hira' serta orang ramai, sebanyak ~ RM700, 000 telah pun berjaya dikutip dan dibayar kepada pihak kontraktor. Pihak sekolah dan Maahad Tahfiz masih lagi kekurangan sebanyak ~ RM1 JUTA lagi untuk dijelaskan kpd kontraktor.

Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita rebut peluang ini utk melipat gandakan lagi amalan kita,

Setiap sen yang anda belanjakan, InsyaAllah akan sentiasa dilipat gandakan oleh Allah SWT selama mana surau berkenaan sentiasa digunakan untuk tujuan beribadah dan menuntut ilmu oleh anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Qur'an Hira' dan Sek Menengah Islam Hira'.

"Bandingkan derma orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkali gandakan pahala bagi setiap yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah:261

Saya sertakan juga di sini no akaun BIMB JKPKD (Jawatankuasa Pembangunan dan Kutipan Derma) Hira' untuk sesiapa yang mahu menderma terus kepada pihak sekolah:
BIMB 120 100 100 19026
***************************
Serba sedikit sejarah Institusi Pendidikan Hira' (IPH)

IPH telah di asaskan pada tahun 1985 dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira' (SRI Hira'). Diikuti pula dengan penubuhan Sekolah Menengah Islam Hira' (SMI Hira') pada tahun 1991 dan seterusnya Maahad Tahfiz AlQuran Hira' (MTQ Hira') patahun 1995. Kini SRI Hira' mempunyai seramai 927 orang murid dan beroperasi di kampung Batu Belah, Klang. SMI Hira' mempunyai jumlah pelajar seramai 420 orang dan MTQ Hira' dengan jumlah pelajar seramai 131 orang dan beroperasi di atas tanah seluas 10 ekar di Kompleks Pendidikan Hira', Jeram, Kuala Selangor.

KPH dianggarkan dapat menampung seramai 1000 orang pelajar apabila siap sepenuhnya. Buat masa ini pengambilan pelajar adalah terhad walaupun permintaan orang ramai adalah tinggi oleh kerana kekangan tempat terutamanya asrama.

Sebelum ini, ruang solat diguna bersama dengan dewan makan. Sehubungan dengan itu, pembinaan surau yang berasingan menjadi satu perkara yang mendesak agar para pelajar di KPH dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan selesa dan sempurna

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Setahun sudah berlalu, Ramadhan muncul kembali. Alhamdulillah semoga segala amalan kita di tahun sudah diterima Allah SWT, di Ramadhan kali ini, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk merebut segala peluang yang ada yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk menambah amalan kita pada tahun baru ini pula....
Oleh itu, saya mulai dengan memohon ampun maaf di atas segala keterlanjuran kata dalam penulisan saya di blog ini, jika ada yang tersinggung atau terkecil hati harap kiranya dapat dimaafkan dari hujung kaki hingga hujung rambut..
Jika semasa kecil kita sangat menanti kedatangan Ramadhan kerana selepas selesai berpuasa sebulan Ramadhan, kita akan menyambut Hari Raya...memang itu yang dinantikan oleh kanak-kanak ... kedatangan Hari Raya, dapat berjalan ke rumah sanak-saudara disamping dapat mengumpul duit raya sebanyak mungkin...tetapi apabila umur semakin meningkat dan dalam penantian meniti usia ke destinasi yang kekal abadi, keutamaan kita bukan lagi menghias rumah, bukan lagi membelek samada hendak menukar langsir baru atau kusyen baru, bukan lagi mengira berapa banyak baju baru yang hendak dibeli sempena menyambut Hari Raya, bukan lagi mengira berapa jenis kuih raya yang akan kita hidangkan di atas meja kelak,
tetapi keutamaan sekarang ialah berapa banyak amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini, samada kita bersolat terawikh setiap malam disamping amalan fardhu, samada kita dapat menghabiskan membaca Al-Quran dan bertadarus bersama-sama keluarga tersayang dan juga rakan-rakan dipejabat...berapa banyak kita dapat menderma dan bersedeqah sepanjang bulan Ramadhan ini.....samada kita dapat mengejar dan beramal sebanyak mungkin di malam Lailatul Qadr ..dan sepatutnya semakin Ramadhan menghampiri ke penghujungnya, kita menjadi semakin sayu dan sedih ....


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....