Happy 16th Birthday to Anas
Myspace Happy Birthday Comments
Semalam 18hb Julai 2008 ialah birthday Anas yang ke-16. (anak ke-4)
Ummi ucapkan Selamat Hari Lahir, Semoga Anas menjadi anak yang soleh dan mewarisi ciri-ciri sahabah Rasulullah SAW, Anas Bin Malik ...
Sempena nama sahabah Anas Bin Malik r.a. Anas Bin Malik adalah seorang sahabah yang sentiasa mengabdikan diri kpd Allah SWT dan yang berikrar akan sentiasa patuh dan taat kpd Rasulullah saw. Di serahkan pada umur 10 tahun untuk menjadi pembantu Rasulullah saw oleh ibunya Ummu Sulaim. Ketika menyerahkan Anas kpd Rasulullah saw, ibunya berkata, " Wahai Rasulullah, Aku serahkan Anas anakku sebagai pembantu mu, mohonlah keredhaan Allah baginya".
Rasulullah saw pun mencium di antara keningnya dan memohon agar Allah merestui dan meredhai Anas Bin Malik . Baginda berkata,"Ya Allah, kurniakanlah kpd dia rezeki dan anak yang banyak. Redhailah hidupnya dan semoga dia akan masuk syurga".
Dengan ini Anas Bin Malik hidup sehingga umurnya 99 tahun (ada byk pendapat, namun semuanya melebihi 90tahun) dan mempunyai kekayaan yang melimpah (ada yang meriwayatkan beliau mempunyai kebun yang mengeluarkan buah2an 2 kali setahun) dan anak yang ramai (ada yg mengatakan 80 orang, 78 lelaki dan 2 perempuan).
Selain daripada itu beliau juga banyak meriwayatkan hadis daripada nabi saw.
Bermaksud kemesraan/cinta/kasih, kami berharap agar Anas akan sentiasa menjadi anak yang mencetuskan kemesraan dan kasih-sayang dalam keluarga kami. Juga peminat no. 1 bolasepak...penyokong setia Chelsea...!!



