Sunday, May 4, 2008

Harga barang naik

Apa nak dikata sekarang...walaupun berbagai pihak cuba menafikan dan masing2 berkata semuanya dibawah kawalan, tapi yang terasa nya kita sebagai pengguna...
sedikit-sedikit harga barang-barang groceries semakin naik dan semakin mahal...

semalam ingat nak tambah barang keperluan dapur dan beli sedikit makanan kering utk bekalan Ammar di asrama nanti...

kemudian belilah beras 2 kampit (satu beras wangi dan satu lagi beras super, sbb kalau masak nasi kebiasaannya suami dan anak2 tak suka jika masak beras wangi sahaja- sbb terlampau berkanji mcm pulut pulak. Jadi saya campurkan beras super (1 cawan beras wangi, 1 cawan beras super)

Minyak 2 botol (ni pun ada diskaun, kalau tak harga biasa lagi mahal, tapi limited 2 bottles per customer), roti dll....

Ini yang kami beli..................
tapi terkejut sungguh bila tengok bil..........nak tahu? semuanya jumlah RM320.30

banyak ni aje dah tiga ratus lebih!!!!! ....

kat lembah klang sahaja ke atau kat negeri lain tak effect sangat.....???

Banyak manakah anda berbelanja utk seisi rumah?

Saturday, April 26, 2008

Rahsia Murah Rezeki

Rahsia Murah Rezeki

Subuh tadi selepas solat dan menunggu suami pulang dari surau, terdengar kuliah subuh di TV (tak ingat channel berapa) oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah mengenai Rahsia Murah Rezeki.
Oleh itu saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekelian dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini.

Dato' juga menerangkan tentang konsep rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta kekayaan spt yg selalu kita anggapkan. Tetapi rezeki adalah lebih luas definisi nya. Beliau memberi contoh seperti: Mendapat anak itu rezeki, mendapat anak dan isteri yang solehah itu rezeki, mendapat jiran yang baik dan bertolerensi itu rezeki, mendapat rakan2 yg baik itu rezeki dan macam2 lagi....

Beliau mengatakan sebelum kita hendak mengetahui apakah Rahsia Murah Rezeki, kita hendaklah mengenal pasti apakah punca-punca masalah rezeki menjadi sempit.

Punca masalah Sempit rezeki:
  1. Tidak mengingati Allah swt
  2. Meninggalkan solat 5 waktu
  3. Enggan membayar zakat
  4. Derhaka kepada ibu-bapa
  5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
  6. banyak dosa besar
  7. Makan harta riba
  8. Makan harta anak-yatim
  9. Suka berbohong/ menipu
  10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
  11. membiarkan ahli keluarga derhaka
  12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki - jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc...dan beliau menambah..."burung2 susah nak terbang" - ini kata-kata beliau sendiri ya...kalau tak faham tanyalah Dato'...hehehe)
  13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)
  14. Suka mengadu-domba
  15. Suka menabur fitnah
Petua Menambah rezeki

  1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo'a
  2. Banyakkan bermunajat kepada Allah - di waktu malam
  3. Taat/patuh kpd orang tua
  4. Banyakkan membaca Al-Qur'an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur'an dan bertafakur mengingati Allah)
  5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
  6. Melakukan Solat sunat Isra' dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang)
  7. Tawakkal kepada Allah
  8. Banyak bersedekah dengan ikhlas
  9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
  10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
  11. Menunaikan haji dan umrah
  12. Membentuk silaturrahim
  13. Berumahtangga (bagi yg belum)
  14. Berhijrah ke Jalan Allah
  15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat...)

Wednesday, April 23, 2008

Confirm...Alhamdulillah!!!!

Legaaaaa..........Alhamdulillah.....

sahabat baikku yang selalu mengunjungi sudah tiga purnama tidak kelihatan...

hati berdebar-debar...

tetapi semalam..... dia tersenyum-senyum datang...

dan saya pun lebih lagi tersenyum lebar...

Lega rasa hati............kerana jika tidak Nurazzah8 akan jadi Nurazzah9!!!!
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....