Monday, April 7, 2008

HAPPY 21st BIRTHDAY

HAPPY 21st BIRTHDAY TO KAK LONG ASMA'


Di pagi dinihari 7 April, 21 tahun yang lalu , jam 5.19 pagi bersamaan 9 Sya'aban 1407 H, lahir lah seorang puteri yang diberi nama Asma' (sempena nama sahabiah, Asma' Binti Abu Bakar).
Lahir nun jauh di bumi Amerika Syarikat, iaitu di Universiti Hospital, Columbus, Ohio.

Kak long, Ummi dan Abi (spt biasa Abi mesti tak ingat, ummi yg kena ingatkan!!!) serta semua adik-adik ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kpd kak long, semoga kak long sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam keimanan yang tinggi, sentiasa istiqamah dlm perjuangan hidup kita sbg hamba Allah, sbg seorang anak, sbg seorang pelajar dsbnya.

Jika mengikut masyarakat barat, 21 melambangkan kebebasan, bermakna seorang anak itu sudah bebas dari kongkongan ibu bapanya, tetapi agama Islam tidak begitu. Sebaliknya ia melambangkan bahawa kak long sudah matang, sudah bijak membuat pilihan yang berdasarkan pemikiran seseorang yg sudah dewasa. Dalam Islam dewasa tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja, segala apa yg kaklong lakukan mestilah mengikut lunas2 Islam. Selagi kak long belum berkahwin, Kak Long masih di bawah tanggungjawab ummi dan abi.

Bijaklah dalam membuat keputusan, dan fikirkanlah apa yang terbaik utk kak long, disamping itu batas-batas pergaulan mestilah dijaga. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)


zwani.com

Thursday, April 3, 2008

Pelangi Nan Indah

Semalam selepas pulang dari kerja dan bersiap-siap hendak bersolat maghrib, entah kenapa tiba-tiba terbayang-bayang di mata Allahyarhamah ibu mertua ku. Perasaan rindu meresap dijiwa, lalu aku bersolat maghrib dengan berlinangan air-mata yang tidak dapat ditahan. Terkenang kan saat-saat bersama arwah sepanjang masa di Mekah, Arafah dan Mina.
Usai solat aku terus berdoa dan berselawat sebagai sedekah kepada rohnya di alam barzakh.

Lalu aku teringat satu peristiwa di Mina. Sewaktu kami semua sudah selesai melontar pada hari Tasyriq yg terakhir. Lalu Uztaz yang mengendalikan pakej haji kami pun memaklumkan bahawa 3 buah bas akan datang selepas waktu zohor membawa kami semua pulang ke Mekah.
Selepas makan tengahari, jemaah-jemaah haji pun bersiap-sedia mengemas beg masing-masing. Begitu juga aku pun menolong mengemas barang2 ibu mertua ku. Keadaan ibu mertua yang masih uzur tidak mengizinkan beliau bergerak bebas.

Lebih kurang pukul 2 ptg, ustaz pun memaklumkan bahawa bas sudah sampai. Semua jemaah wanita yang menginap sama khemah dengan kami terus bangun dan masing-masing bergegas keluar dari khemah menuju ke luar kem untuk menaiki bas. Keadaan ibu mertua yang uzur, berjalan perlu dipapah sehingga ke luar khemah, menunggu suami membawa kerusi roda dan menolak arwah menggunakan kerusi roda membuatkan kami ketinggalan di belakang.
Sampai sahaja diluar kem, kami dapati kesemua tempat duduk dalam ketiga-tiga bas telah penuh! Saat itu mmg terasa sedih dalam hati kerana terasa seperti dipinggirkan. Sepatutnya ustaz yang mengendalikan kumpulan kami yang tahu keadaan ibu mertuaku telah menyediakan/mengkhaskan tempat duduk dalam bas utk arwah, tetapi aku terasa seperti semua jemaah (yang lebih sihat dan berupaya) hanya memikirkan diri masing-masing.
Namun aku tersedar dan berisytifar kembali Allah SWT, mungkin ini salah satu ujian Allah, supaya aku bersabar.

Maka berlepas lah ketiga-tiga bas tersebut dengan meninggalkan kami. Satu perkara yang aku sedari, arwah ibu mertuaku tidak sedikit pun berkata-kata atau merungut, beliau hanya diam dan bersabar menunggu.

Tidak berapa lama kemudian, orang Arab yang mengendalikan bas pun datang dan menyuruh kami menaiki sebuah bas lain yang baru sampai. Sebenarnya bas tersebut adalah untuk jemaah haji dari pakej lain, bermakna kami ditumpangkan dalam bas tersebut. Namun begitu, satu perkara yang ingin aku nyatakan ialah keadaan bas tersebut adalah 100% lebih baik dari keadaan ketiga-tiga bas yang telah berlepas tadi. Sehinggakan arwah ibu mertuaku (yang tadinya diam sahaja) juga bersuara, " Macam naik kapalterbang", maksudnya keadaan yang sangat selesa dalam bas tersebut, dan ketika bergerak juga tidak mengeluarkan bunyi bising.

Akhirnya kami sampai ke Mekah ketika hampir masuk waktu maghrib. Bas tidak dapat masuk sehingga ke depan hotel kerana kebanyakan jalan sudah ditutup dan kedudukan hotel kami menginap mmg tersangat dekat dengan mesjid. Untuk pengetahuan, semasa musim haji, apabila hampir masuk waktu solat, semua jalan berhampiran Mesjidil Haram akan ditutup untuk keselamatan dan memudahkan jemaah haji berjalan ke mesjid (keadaan ketika itu sangat sesak kerana kesemua jemaah haji telah pulang semula ke Mekah selepas melontar di Mina, berjuta-juta jemaah haji pd ketika itu).

Wbgmnpun, bas dpt juga berhenti sehampir yang boleh, lalu kami pun berjalan menuju balik ke hotel (Abang iparku menolak arwah ibu mertua dengan kerusi roda). Sampai sahaja di bilik penginapan, seorang rakan sebilik belum sampai lagi. Kemudiannya baru aku dapat tahu bhw dari ketiga-tiga bas yang telah berlepas awal tadi, hanya sebuah yang sampai awal, yang kedua, pemandunya menurunkan jemaah di "seberang sana" mesjid. Bermakna mereka kena berjalan membawa beg mengelilingi mesjid utk sampai ke hotel. Bas ketiga sampai lewat dari kami dan jemaah haji di dalam terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke hotel.

Apabila menyedari peristiwa tersebut, aku pun terus bersyukur kepada Allah SWT kerana peristiwa kami ketinggalan bas itu sebenarnya ada hikmah di sebaliknya. Kami dapat naik bas yang lebih baik keadaannya, dan kami tidak perlu berjalan jauh ke hotel dan kami sampai lebih awal dari mereka yang bertolak awal.

SubhanAllah, AllahuAkbar....sesungguh nya Allah itu Maha Mengetahui...
Peristiwa ini membuatkan diri ini semakin insaf dan menyedari setiap sesuatu yang Allah berikan kpd kita itu ada hikmah disebaliknya walaupun pada awalnya kita menganggap seperti sesuatu musibah.

lalu aku teringat satu sms yang aku terima selepas PRU 12 berbunyi begini ........

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari
kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis minta matahari
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
PELANGI yang indah.......!!

*** gambar ini di salin dari blog cikMilah (I berkenan sangat gambar pelangi yg dilukis ini.. sangat cantik!!!)***

Sunday, March 30, 2008

24th March 2007 Wadi Rum - A breathtaking Scenery

A Year after - Jordan Revisited
24th March 2007
Wadi Rum - Desert of Mountains, A breathtaking Scenery
"A journey to Wadi Rum is a journey to another world. A vast, silent place, timeless and starkly beautiful, Wadi Rum lies at three hour drive south of Amman, a little over an hour's drive south-east of Petra and some 70 km north-east of Aqaba.

The uniquely shaped massive mountains rise out of the rose-red desert sand in this magnificent desert scenery of strange beauty, with towering cliffs of weathered stone.

All around, there is emptiness and silence. In this immense space, man is dwarfed to insignificance."

Started our journey to Wadi Rum from Aqaba around 11am. Here was what we saw all the way from Aqaba to Wadi Rum... rows and rows of rock mountains

... mula-mula tu rasa pelik betul, sbb dah biasa kat malaysia kalau bukit atau gunung tu mesti hijau aje penuh dgn pokok... bila tiba kat sini tengok bukit dan gunung semua togel jek.. tanah, batu pasir...

Saat ini lah baru terasa betapa diri ini selalu lalai dan leka, tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Sedangkan disekeliling kita (terutama di Malaysia) penuh dgn pepohon menghijau dan air bersih yang mudah didapati.





Sedangkan di Jordan, air untuk minuman dan masakan wajib dibeli kerana air ya
ng didapati dari paip air tidak boleh diminum terus kerana kandungan klorin yang sangat tinggi.







At
last we arrived at the junction that exited to Wadi Rum Protected Area around 1pm.






I
t took us around 1/2 hour to reach the Visitor Center. On the way to Visitor Center, we stop by and took some photos at the "Camel Crossing" sign board... ha ha ha... teringat di Malaysia ada tak sign board "Lembu melintas" ???




Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan, and guess what??? Betul-betul ada unta melintas di hadapan kereta kami! Nasib baik Sumayyah drive perlahan saja... kami pun sempatlah berhentikan kereta dan bagi laluan kpd unta tu utk melintas jalan... he he he...

Akhirnya dapat ambil gambar unta melintas jalan utk ditunjukkan kpd anak2 ku di Malaysia..!


Visitor Centre

This large, stylish visitor centre is just opened a couple of years ago, opposite the Seven Pillars of Wisdom, the mountain named after Lawrence of Arabia's book, to provide the main gateway to the protected area.








The Visitor Center with Seven Pillars of Wisdom
at the background


It has all the facilities, information and services visitors will need, including reception areas, interpretation halls, restaurants and craft shops. It also has conference facilities and offices for the site management team.

All vehicle tours operate out of the centre and entrance fees to the protected area are collected at the gates, so all visitors are required to call in before proceeding with their itinerary.

Sebaik tiba di visitor’s center Wadi Rum, mata terpukau dek kecantikan dan keunikan
bentuk mukabumi di situ yang tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana. Di belakang Visitor Center, boleh dilihat sebuah gunung yang diberi nama Seven Pillars of Wisdom. Tanah, pasir serta bukit-bukau yang terjadi hasil belahan yang dahsyat akibat gangguan pergerakan plat bumi sehingga memecahkan batuan granit yang terlalu besar dan tebing
batuan pasir dari banjaran gunung Afro-Arab. Ahli arkeologi percaya kawasan ini telah didiami sejak kurun ke 8 sebelum masihi dan dikenali sebagai Wadi Iram.

We took sometime to check which package(trip) we wanted to take, since there are many packages(trips) that we can choose from. FYI Wadi Rum is such a vast area, around 2-6km wide and 130km long.

After discussing with the girls, we decided to take the Burdah Rock Bridge package.
It means that we will take a tour via Al-Hsany Sand Dune, Alameleh, Um Ishrin, Lawrence House, Um Froth Rock Bridge. This package costs us JD54 (RM270).

Ok..here we are...on the pick-up truck, ready to explore Wadi Rum- the desert of mountains.



This is a stupendous, timeless place, virtually untouched by humanity and its destructive forces. Here, it is the weather and winds that have carved the imposing, towering skyscrapers, so elegantly described by T.E. Lawrence as “vast, echoing and god-like”..






Berhempas pulas mendaki Al-Hsany Sand Dunes, akhirnya berjaya .... Allahuakbar ... terpesona melihat pasirnya yg merah sayup mata memandang





Di puncak Al-Hsany Sand Dunes bersama Asma'.















Terdapat mat
a air panas yang terpancut dan segar telah menyebabkan Wadi Rum menjadi tumpuan kafilah perdagangan yang menuju ke Syria dan Palestin dari tanah hijaz. Kawasan ini juga dipercayai merupakan kawasan penempatan penduduk ‘Aad, Thamud, Lihyan dan Ma’in.





Alameleh Inscription




W
adi Rum suatu ketika dahulu merupakan pusat kawalan Putera Hussein dan T. E. Lawrence semasa perang Dunia 1 mewakili pemberontakan arab terhadap turki uthmaniyyah. Lawrence menjadi lagenda kerana peranannya dalam penentangan terhadap turki dan memihak arab.








The Bedouin camels and tent near the Um-Ishrin Mountain

Surah Faatir (Pencipta) . Ayat 027.
Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit? Lalu Kami hasilkan kerananya buah-buahan yang bermacam warnanya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis (bahagian-bahagian) yang putih dan merah, bermacam-macam warnanya, dan yang sangat hitam rupanya.



Hati terpesona melihat sekeliling ciptaan Allah, dikelilingi gunung-ganang berbatu, diiringi tiupan angin yang dingin, saat ini jiwa dan fikiran rasa sangat tenang, bagaikan waktu tidak bergerak...



Subhanallah, Allahuakbar... ..


Peninggalan Rumah Lawrence of Arabia terletak di salah satu gunung di Wadi Rum. Dipercayai dahulu T.E. Lawrence tinggal di sini. Yang kelihatan hanyalah batu bata yang digunakan dan sebahagian dinding rumah tersebut tanpa atapnya.



Lawrence house
Suatu masa dulu pernah menonton movie
"Lawrence of Arabia", tidak pernah menduga suatu masa kakiku akan menjejak ke tempat sebenar peperangan yg berlaku.

Akhirnya kami sampai ke penghujung Wadi Rum iaitu Um-Froth Rock Bridge. Ketinggian nya ialah lebih kurang 15 meter. Asma', Lina dan Gba ingin menakluki jambatan batu semulajadi itu, lalu dengan dipandu oleh jurupandu kami, Pak Arab Badwi itu, akhirnya mereka berjaya sampai ke atas.


Auntie Azzah hanya menunggu di bawah sahaja memandangkan kecerunan bukit yang perlu didaki rasanya tidak mengizinkan saya sampai ke atas jambatan batu tersebut. Tambahan pula sakit lutut ku tidak mengizinkan ku mendaki bukit yg curam tersebut.



Dalam perjalanan pulang semula ke Visitor's Center, kami berpeluang menikmati suasana matahari terbenam.








MasyaAllah....Subhanallah.....Allahuakbar..... Tidak terungkap kata-kata di kala melihat fenomena tersebut....hanya bait-bait zikir yang mampu aku sebutkan di dalam hati...mengkagumi Kebesaran Allah SWT.











Dalam BURRAH CANYON

 


Dan kami juga berpeluang melalui Burrah Canyon dalam perjalanan pulang. Ia adalah sebuah canyon yg sangat panjang dan cantik... Saat itu dirasakan suasana sungguh sepi, hanya kedengaran deruman enjin pick-up truck yang membawa kami. Apabila sesekali pemandu Pak Arab Badwi berhenti utk memastikan enjin berfungsi dgn baik, di kala itu hanya kendengaran tiupan angin. Bagaikan waktu berhenti berdetik....
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....