Apakah PROMED? Ia adalah singkatan kepada PROgramming and MultimEDia design competition, atau dalam bahasa ialah Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia.Pada hari Sabtu(8 sept 2007) dan Ahad(9 Sept 2007) yg lalu, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif(FTMSK), UiTM telah menganjurkan PROMED2007 di peringkat kebangsaan. Secara khususnya penganjur utama adalah SIG Programming & Computer Sc Education , di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer, FTMSK. (Anda boleh rujuk Website PROMED2007 di sini)
Tajaan utama adalah daripada kerajaan Negeri Selangor (SUK) .
35 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengaturcaraan dan 29 pasukan dalam Pertandingan Reka Cipta Multimedia. Pasukan2 ini mewakili IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia, di antaranya UM, USIM (Uni Sains Islam M'sia), Kolej Pulytech Mara, UNIMAS, Institut Profesional Baitulmal, Uni M'sia Pahang, Uni Darul Iman M'sia, Uni M'sia Sabah, IIUM, UTeM, MMU, INTEC UiTM, FTMSK UiTM Pahang, Perak, Terengganu, Perlis, Johor, Sarawak.Hadiah yang ditawarkan ialah:
| PERTAMA | : | Wang tunai RM1000 , trofi dan sijil |
| KEDUA | : | Wang tunai RM700 , trofi dan sijil |
| KETIGA | : | Wang tunai RM500 , trofi dan sijil |
| Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan. | ||
Acara telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada AJK PROMED 2007.
Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Pengaturcaraan:
JOHAN : International Education Centre (INTEC), UiTM Sek 17Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Reka Cipta Multimedia:
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Perak
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Shah Alam
JOHAN : Universiti Malaysia Sabah (UMS)Tahniah kepada semua pemenang.
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Shah Alam
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Terengganu
Apakah tugas saya?