Showing posts with label surau At-Taqwa. Show all posts
Showing posts with label surau At-Taqwa. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

Solat Hari Raya

Dulu-dulu semasa kecil saya memang tidak pernah solat Hari Raya ..tak tahu pun bagaimana. Sebab lazimnya hanya kaum lelaki yang pergi solat, kaum perempuan sibuk di rumah menyediakan juadah untuk para jemaah selepas solat Raya dan menyiapkan hal rumah-tangga.
Kali pertama saya solat Hari Raya ialah pada tahun 1984, iaitu semasa kali pertama menyambut Hari Raya di perantauan. Tapi kini apabila kesedaran Islam sudah semakin baik dan kaum wanita telah ramai mengambil peluang untuk sama-sama bersolat Hari Raya di Surau atau Mesjid-mesjid ...
Apakah hukum solat sunat Hari Raya bagi kaum wanita? 

Mengikut pembacaan saya dari mereka yang lebih 'ariff, terdapat dua pendapat: pertama yang mengatakan bahawa Solat Sunat Hari raya ini adalah Sunat Mu'akkad, dan kedua yang mengatakan ianya adalah wajib atau fardhu 'ain bagi yang tiada keuzuran.

Pendapat pertama adalah berdasarkan hadis nabi yang mengatakan solat wajib hanyalah solat lima waktu. (sumber: di sini)

Manakalan pendapat kedua adalah berdasarkan hadis di bawah:
 
Solat hari raya merupakan salah satu lambang syiar Islam yang terbesar dan terpenting, sehinggakan Nabi saw mengarahkan semua wanita yang haid dan kanak-kanak yang tiada kewajipan pada mereka turut keluar beramai-ramai bagi menyaksikan hari kebesaran dan kemenangan Islam ini.

Maka dengan itu, perbahasan di kalangan para Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah majoriti mereka dan termasuk perkataan Imam Ibnu Taimiyah akan kewajipan setiap mukallaf yang tiada keuzurann untuk menunaikan solat hari raya ini.

Perkara ini dapat dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW dari Ummi Atiyah yang bermaksud :

Ummi atiyah berkata : “Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka, wanita yang berhaid dan anak-anak gadis pada hari raya aidil fitri dan aidiladha keluar ke musolla (tanah Lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata : “ Wahai RAsulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai tudung? Maka Nabi Saw Berkata : “Suruh agar saudaranya meminjamkan tudungnya!”.(HR Bukhari dan Muslim)

Hal ini juga  diterangkan  oleh al-Allamah Siddiq Hasan Khan katanya :

“Ketahuilah bahawa Nabi saw sentiasa memelihara solat 2 hari raya ini, baginda tidaklah pernah meninggalkan pada suatu hari antara hariraya-hariraya itu, dan beliau menyuruhkan orang ramai supaya keluar ke musalla untuk solat, sehingga beliau memerintahkan supaya orang-orang perempuan yang merdeka, yang keuzuran dan dalam keadaan haid keluar beramai-ramai. Baginda menyuruh perempuan yang berhaid agar tidak solat di mana semua mereka akan menyaksikan kebaikan dan bersama-sama menjalankan seruan untuk orang-orang Islam, sehingga baginda menyuruhkan wanita yang tiada tudung agar diberi pinjam tudung kepadanya. Semua ini menunjukkan bahawa solat ini merupakan suatu kewajipan muakkad ke atas setiap orang, bukan kifayah, sedangkan perintah keluar itu menentukan kewajipan solat bagi  sesiapa yang tiada keuzuran .”


 Jemaah Wanita di Surau At-Taqwa semasa duduk mendengar khutbah Hari Raya. Alhamdulillah, ramai yang datang memenuhi Surau At-Taqwa..sehingga ada yang terpaksa solat di dalam bilik mengaji di belakang kerana ruang ini sudah penuh...

Monday, August 11, 2008

Anak Jiran Anak Kita

Program "Anak Jiran Anak Kita" ini dianjurkan oleh AJK Surau At-Taqwa Sek 7 Shah Alam (surau di kawasan perumahan rumah saya) bersama Pertubuhan Mawaddah Malaysia pada hari Ahad 10 hb Ogos 2008 semalam.

Bermula jam 8:30 pg hingga 10:00 malam, pelbagai program telah diaturkan untuk semua penduduk Sek 7, Shah Alam.

Sebelah pagi terdapat ceramah oleh Ustaz Nadzmi berkisar tentang remaja dan keluarga (ibubapa dan anak2 remaja wajib hadir bersama), pada waktu yang sama terdapat acara mewarna bagi anak2 kecil hingga 6 tahun.

Bagi anak2 sekolah rendah terdapat acara Hafazan Al-Quran dan Hadis ...

Selepas ceramah Ustaz Nadzmi, ceramah dan perasmian program oleh YB Khalid Samad ...

diikuti dengan acara sukan, kanak2 dan remaja perempuan bertanding dalam acara bola jaring, kanak2 dan remaja lelaki dalan acara bola sepak dan futsal.
Terdapat juga pertandingan antara bapa vs anak (bola sepak) dan ibu vs anak (bola jaring)...

sebelah malam pula satu ceramah yang sangat berkesan oleh YB Dr Hassan Ali disekitar tajuk Anak Jiran Anak Kita... beliau yang merupa seorang tokoh motivasi satu masa dahulu menyampaikan ceramah dengan sangat berkesan sekali... balik sahaja pd malamnya sebelum tidur aku berbincang bersama suami mengenai apa yang disampaikan oleh beliau...

Yang paling terkesan ialah apabila beliau mengatakan, sebelum masing-masing dapat menanamkan sifat kasih-sayang kepada anak-anak jiran, adakah anak2 kita sendiri, diri kita sendiri, mempunyai perasaan kasih-sayang kepada 3 perkara utama? dan jika tiada perasaan sayang kepada 3 perkara utama ini jangan lah kita harapkan dapat menyayangi anak-anak jiran pula!

Apakah tiga perkara utama itu, yang perlu kita menanamkan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya??

3 perkara yang perlu kita kasih dan sayang (mengikut turutan):

1) Allah SWT
2) Nabi Muhammad SAW
3) berjihad di jalan Allah

Marilah kita tanya diri kita sendiri ..... adakah kita telah ataupun sedang berusaha utk menyayangi 3 perkara di atas????
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....