Menerima berita pada hari ini dari kampung, isteri salah seorang anak saudara ku telah bersalin anak kembar, kedua-duanya lelaki. Masih belum ada nama lagi nampaknya ... Setinggi -tinggi TAHNIAH kepada Ikmal Hafidz dan Nursuzyyana Hj Supian
gambar ihsan Mr Google
Teringat kisah diri sendiri dahulu...selalu berangan-angan ingin mendapat anak kembar.. tapi tak ada rezeki ..
Keluarga sebelah ibuku ada beberapa orang kembar: Pakcik saudara dan sepupuku juga ada kembar ..suka sangat tengok anak kembar, walaupun faham sangat mesti tenaga dan masa dan sumber kewangan juga akan bertambah jika mendapat anak kembar...envy sangat-sangat mereka yang mempunyai anak kembar..
Apatah lagi bila tengok orang dapat anak kembar 3, 4 .... macam seorang rakan blogger ku ini .. MAMA KEMBAR 3 ...seronok membaca keletah 3 orang anak kembar nya ...
Doa-doa adalah bakal cucu-cucu ku yang kembar ...! hehehe
gambar ihsan Mr Google
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Cucu Sulong. Pada hari Isnin lepas, 10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang co...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Hobi 3 - Membaca N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh d...