Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana sekali lagi memberi kami sekeluarga peluang untuk balik ke kampung dan berbuka puasa bersama-sama ayah bonda tercinta ...
walaupun hanya balik tak sampai sehari, tapi sekurang-kurang terserlah di wajah ayah bonda kegembiraan yang tidak dapat di nyatakan dengan kata-kata ... kesemua adik-beradikku pulang bersama keluarga masing-masing (tak ramai pun adik-beradik, 4 orang sahaja...)
Cuma kali ini tidak semua anak ku ada bersama : Kak Long Asma' ada program di KL, Ammar menjadi imam solat Terawikh di Surau Al-Islah, Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, dan Mu'adz beriktikaf fi Mesjid Negeri bersama-sama rakan sekelasnya.
Yang penting dapat bersama-sama ayah bonda tercinta...
Hatiku begitu sayu tatkala melihat ayahku ... matanya sudah tidak berapa nampak sangat ... aku terpaksa datang dekat duduk disebelahnya dan ketika kucium tangan dan pipinya, daku bisikkan, "abah, ini Uda, Uda balik nak buka puasa dengan abah" terdengar getar dalam suaraku ..hampir tumpah air mata tapi aku berusaha membendungnya ...
Umur abah sudah 88 tahun...jalan terpaksa berpapah dan betongkat kerana kaki/lutut abah sudah tidak kuat dan mata kurang jelas... makan mesti ada seseorang yang menyuapnya, kerana jika abah makan sendiri memang kelihatan seperti anak-anak yang baru belajar makan, berserakan....kasihan abah...
Alhamdulillah anak saudara ku Faizah, yang baharu sahaja kahwin pada bulan Jun tempohari ada duduk bersama atoknya. Oleh itu, Faizah lah yang rajin menjaga abah...
Terimakasih Faizah..
InsyaAllah, Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kesihatan yang baik dan kelapangan masa, agar kami dapat pulang selalu ke kampung untuk menjenguk abah dan mak.
InsyaAllah..Ameen
Assalamu'alaikum Azzah,
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi ikuti tulisan di blog kakcik. :)
tetiba sayu pula baca coretan kak Azzah ni. Saya pun balik jumpa emak dan ayah awal Ramadhan ni.
ReplyDeleteSelamat berpuasa ya kak...
Menitis airmata I baca n3 ni .. I miss my arwah Abah dan dapat bayangkan bagaimana walau keuzuran ayah Nur Azzah , mesti terselit rasa gembira bila anak2 dan cucu2 kembali berbuka bersama .
ReplyDeletesama2 mak ude..tanggujwb kite sume utk jaga atok n tok wan..kite membantu ape2 yg mampu..
ReplyDeleteWa'alaikumsalam kakCik,
ReplyDeletesama-sama kasih .. :-)
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Yus,
ReplyDeleteSalam Ramadhan Al-Mubarak buat Yus sekeluarga juga :-)
silversarina,
ReplyDeleteAl-Fatihah dan doa buat Allahyarham Abah Silversarina.
Nurazzah8
Faizah, terimakasih ...
ReplyDeletemak Uda
Salam Azzah...selamat berpuasa...
ReplyDeleteSeronok dpt bersama keluarga ye... semoga ayah azzah akan sentiasa sihat... ameen...
hem... teringat pula pada mak IM yang lumpuh sebelah badan. adik perempuan IM sanggup berhenti kerja untuk menjaganya.
ReplyDeleteterasa bersalah sebab lama tak balik jenguk mak.
terima kasih atas catatan ini yang menyedarkan IM pada jasa mak pada IM selama ini...
Kak aNIe, Selamat Berpuasa untuk akak sekeluarga ...terimakasih di atas doa akak tu... rindu kat akak sebenarnya ..tapi tgk akak selalu bz duk berulang-alik ke Melaka ...
ReplyDeleteIM,
ReplyDeletesaya tabik spring pd IM, sebab sangat sabar dan tabah dalam menempuh segala dugaan hidup..walau apa pun yg berlaku, IM tetap berdiri teguh...Semoga Allah SWT terus mengurniakan kpd IM iman yang jitu and unggul, Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan Rahmat dan Kasih sayangNYA serta murahkan rezeki IM ...InsyaAllah
Ameen...