16
Jun 2012, bertempat di Stadium Merdeka, konsert Maher Zain"FORGIVE
ME" World Tour
Hana dan sepupunya Filzah, anak Kak Long
Saya
bukanlah peminat tegar Maher Zain, namun begitu sangat suka mendengar
nasyid-nasyid dendangan beliau. Saya tahu bahawa Maher Zain akan mengadakan
sekali lagi konsert di Malaysia, tetapi tidak bercadang hendak membeli tiket ke
konsert tersebut.. (sebenarnya mmg rasa tiketnya sangat MAHAL ..tiket paling
murah berharga RM78 .. sehingga yg paling mahal RM600 - ini utk VIP) .hurmm ...
setaraf lah dengan status beliau sebagai seorang penyanyi bertaraf
antarabangsa) .
Pagi
Sabtu, 16hb Jun 2012, mendapat panggilan dari kakak saya, Kak Long.
Rupa-rupanya beliau hendak offer TIKET FREE ke konsert Maher Zain...kerana ada
beberapa orang kawan beliau yang mendapat tiket dari majikan mereka, iaitu
Tourism Malaysia, tetapi tidak dapat menghadirkan diri ..Sebenarnya TOURISM
Malaysia adalah salah sebuah organisasi yang menjadi penaja konsert tersebut
...
Alhamdulillah
...rezeki Allah nak bagi, walaupun saya memang tidak mampu hendak membeli tiket
ke konsert tersebut seisi keluarga ..., akhirnya dapat juga pergi. Tetapi
ada satu masalah! kak Long hanya beri 2 tiket..jadi perlulah memilih siapakah
yang akan pergi ... sekali lagi peluang dilorongkan di depan mata, anak-anak
yang lain masing-masing ada program masing-masing....mereka tidak mahu pergi!
Akhirnya tinggal lah saya dengan Hana, anak bongsu saya... Jadi pergilah kami
ke Stadium Merdeka selepas usai Solat Asar...kami berjanji akan berjumpa Kak
Long di hadapan stadium.
Keadaan di hadapan gate masuk.
Gate belum buka lagi ...
Rupa-rupanya inilah harga tiket kami
(-RM60) Alhamdulillah FREE..kalau tidak, idak ler teman nak membelinya
...hehehe
Semasa menunggu gate dibuka,
terserempak dengan rombongan IMAM MUDA...
Sudah pukul 7:30 ..orang ramai
mula berbaris ... belum boleh masuk lagi ..
saya tunggu di tepi dulu. Tunggu kak
Long dan anak2 beliau dan Hana' pergi solat Magrib dahulu.
Di
dalam stadium ... nak gelak pun ada..tiket harga RM200++ dan tiket harga RM600
... sama sahaja tempat duduknya kerusi plastik (macam di warung / beli di Giant
tu aje) di tengah padang berhadapan . Cuma bezanya, tiket RM600 duduk
depan sekali dekat dengan pentas... yg RM298 dan RM238 ... duduk belakang sikit
...
Lama
juga menunggu sehingga pukul 8:30 mlm ..baharu lah Maher Zain keluar dan
memulakan konsert beliau. Sebelum itu penonton dihiburkan oleh 2 orang penyanyi
yang lain.
Kesan
lampu (pencahayaan) dan suara (audio) yang superb! Thumbs Up.....
Akhir
sekali kami pulang dengan perasaan yang sangat puas hati ...
TAHNIAH...
semua yang terlibat.








kalau mahersin tiket mahal tetap penuh.. kalau artis malaysia alamat kosong la kot hehe
ReplyDelete