Sesi persekolahan 2012 sudah bermula. Anak-anak yang belajar di peringkat U juga sudah kembali ke kolej masing-masing. 3 orang sudah kembali ke asrama semula .. tinggal Hana yang bongsu di rumah ... masih bersekolah rendah, darjah 4...bersama-sama abang Zaid yang masih di UiTM Shah Alam...
Ibu bapa juga ramai yang sudah kembali bekerja selepas menghabiskan cuti hujung tahun dan awal tahun untuk menghantar anak-anak ke sekolah semula ...
Selepas 2 bulan riuh-rendah rumah...kini kembali sunyi... hatiku juga sudah mula membibitkan rasa rindu ...
salam
ReplyDeletebegitulah lumrah hidup...dulu..kita meninggalkan ibu ayah,keluarga..utk belajar,berkeluarga...skrg kita pulak ditinggalkan oleh anak2...lama2..kita suami isteri ja yg menunggu kat rumah...
Kamsiah,
ReplyDeleteya..betul..memang itu lumrah kehidupan..kitaran dulu kita sebagai anak, skarang kita pula ditinggalkan anak2 ...
Azzah8