Entri tertunda. Sebenarnya hendak membuat entri ini pada 22 June 2011 namun kesibukan dalam membuat persiapan untuk perjalanan ke negara "Land of the Prophets" menyebabkan entri ini hanya dapat ditulis pada hari ini. Alhamdulillah sewaktu saya menulis ini diri ini sedang berada di rumah anak saya di Irbid, jordan. Alhamdulillah juga dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan kesihatan yang baik serta umur yang masih dipinjamkan oleh Allah ...dapatlah diri ini menjejakkan kaki buat kali ke-2 ke negara Jordan ini, atau dalam Bahasa Arab nya Al-Urdun...
22 June 2011 - Genaplah perkahwinan kami selama 25 tahun...kiranya ini sambutan Jubli Perak buat kami berdua...
Alhamdulillah, SYUKUR ke Hadrat Allah SWT ...kerana masih mengizinkan kami menghirup udara segar ini untuk meneruskan kehidupan berumahtangga dengan zuriat seramai 8 orang dan semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan sentiasa memelihara iman mereka agar sentiasa berada di jalan Allah.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-25
tahniah yang pertama : ulang tahun perkahwinan
ReplyDeletetahniah yang kedua : anak dah berjaya menjadi seorang doktor
tahniah yang ke tiga : dpt jugak gie konvo
selamat ulang tahun perkahwinan kak azzah. semoga dipermudahkan semua urusan semasa di sana nanti.
ReplyDeletekalau ada souvenir jgn lupa kami kat sini :)
Salam pB dan shafarina,
ReplyDeleteterimakasih di atas ucapan tersebut walaupun dah belated...sudah semakin tua ....anak2 pun dah besar2 ....
shafarina...tgk2 lah nnt apa yg ada nak buat souvenir ...;-)
kak Azzah
Irbid, Jordan