"Kak, ada terima berita tak? Khabarnya sahabat kita, Dalilah (di kalangan bloggers lebih dikenali sebagai Raden Galoh) sedang tenat, ada di kpg bonda beliau di Banting."
Kali terakhir aku membaca blog beliau ONE BREAST BOUNCING yang diupdate sebelum beliau pergi menunaikan umrah kira-kira sebulan yang lalu. Airmataku meleleh sewaktu membacanya, seolah-olah aku turut sama merasai penderitaan beliau mengharungi dan melawan penyakit itu...namun aku tahu, bak kata pepatah, "berat bahu melihat(atau mendengar) , berat lagi bahu yang memikulnya"..
Terus terpaku merenung skrin handphone...mulutku terkumat kamit ... membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa, semoga Allah permudahkan bagi beliau mengharungi saat-saat ini. Samada hayat beliau masih panjang, atau Allah lebih sayang, sesiapa yang mengenali beliau, Dalilah Tamrin aka Raden Galoh, marilah kita sama-sama berdoa untuk beliau.
Raden Galoh berdiri no 3 dari sebelah kiri (barisan tengah)
Di majlis itu juga, kami dapat membeli buku beliau yang akan dilancar semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 pada minggu hadapannya. Buku Raden Galoh yang bertajuk ..."Kanser Payudaraku "
Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Engkau ampunkanlah dosa-dosa beliau dan kurangkan kesakitan yang ditanggung oleh beliau, Engkau Permudahkan segalanya sehingga ke akhirnya...Amin.

Salam Azzah...sedih membaca entry ini...akak tak tau nak cakap macamaner...semoga segalanya dipermudahkan dan dikurangkan kesakitan yang ditanggungnya...Ameen
ReplyDeleteDia sudah pergi ..........
ReplyDeleteSalam Nurazzah8,
ReplyDeleteAl Fatihah untuk Dalillah Tamrin, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yg beriman
salam pn Azzah...
ReplyDeletesalam takziah buat keluarganya... semoga arwah ditempatkan bersama2 org2 yg beriman..
alfaatihah .... ameen
as salam, saya melakukan blog walking, membaca entri teman2 yg.menyayangi kak dalilah dan mengenali arwah semasa hidupnya. Saya hanya berkesempatan mengenali arwah beberapa bulan melalui blog dan FB.
ReplyDeleteSemoga Allah mengasihaninya di sana sebagaimana kita mengasihaninya di bumi Allah ini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete