Bersyukur Alhamdulillah.......Tidak putus-putus bibirku mengucapkan itu
Inikah yang dikatakan pepatah "sejuk perut ibu mengandung" ?
Dua minggu lepas anak ke-3 ku Ammar pulang kerumah pada hujung minggu dari Maahad Tahfiz.
"Ummi, nanti ummi telefon atuk ya kat kampung"
"Kenapa?" tanya ku.
Sambung Ammar, " Nanti bulan Ramadhan Ammar dan seorang lagi kawan nak balik kampung atuk. Ammar dan kawan InsyaAllah nak jadi imam solat Tarawikh kat mesjid kampung atuk, boleh ke?"
"Betul ke Ammar?" tanya ku lagi seakan tidak percaya, walaupun pada masa yang sama hatiku mengucapkan syukur ke hadrat Allah.... Ammar telah pun habis menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada penghujung tahun lepas...Ya Allah, anak ku akan jadi imam solat tarawikh...Ya Allah, Engkau makbulkan doaku..Ya Allah AMin..
Tanpa ku sedari airmataku meleleh membasahi pipi...
Semoga semua anak2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan sentiasa dipelihara Allah dan sentiasa ditunjuki dan berada di jalan yang diredhai oleh ALlah...
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
Cucu Sulong. Pada hari Isnin lepas, 10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang co...
-
Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan.............. Hurm...sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Hanya membaca dalam akhbar...
-
"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" (Al-Baqarah: 196) "Allah mewajipkan manusia mengerjakan ibadah haj...
masyaALLAH, read ur latest entry on Ammar. Beruntung puan & suami, semoga berjaya dunia akhirat. doa kan utk saya yer, semoga Allah akan kurniakan saya cahayamata yg soleh/solehah kelak..ameen
ReplyDeleteMasyAAllah azah.....
ReplyDeletesaya juga sebak membaca, dapat bayangkan kegembiraan ibu dan ayah bila anak berjaya di dunia dan bekal terbaik untuk akhirat...
MasyAAllah...!!
jika ada rezki saya di KL nanti mungkin boleh bertemu...
Pp
Syukur Alhamdulillah wahai Puan.
ReplyDeleteMengalir lagi air mata ini, terasa syahdu ...
Tahniah Kak Azzah. Seorang anak dah jadi hafiz.
ReplyDeleteAlhamdulillah ... K.Azzah. Amat terharu mengetahuinya. Memang tahu Ammar menghafaz tapi tak tahu pulak dia telah menyempurnakan 30 juzuknya. Nak belajar parenting skills dari K.Azzah.
ReplyDeletep/s. mcm jauh, ... tapi sebenarnya terlalu dekat. INA
Alhamdulillah..Akak bertuah sungguh...
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteAmmar masuk maahad after from 3 ke..if dia dah habis end of last year maknanya dia habis in 1 year saja lah ye?. betul ke?.
Untung masuk maahad tahfiz kan, dpt peluang jadi imam. lagipun memang itu pengkhususan mereka so they do not miss school even if for 1 mth will be away from school.
Alhamdulillah, ada ramai lagi anak kak azzah yg boleh ikut jejak Ammar..saya baru dpt sorang..keep praying ada adik2 yg bakal menyusul.