Selepas kenduri, satu mesyuarat keluarga telah diadakan untuk membincangkan semua hal yang berkaitan. Berkenaan harta pusaka dll. Alhamdulillah tiada perselisihan pendapat antara adik-beradik. Semua hal dapat dibincangkan dengan baik dan dipersetujui bersama. Abang suami yg sulung (Abd Halim) telah mempengerusikan mesyuarat dengan adik bungsu (Hasnan) menjadi setiausaha (mencatitkan minit mesy. etc).
Masalahnya, bila dan di manakah hendak mengadakan perjumpaan Hari Raya ini? Ini adalah kerana rumah kampung ibu mertua sudah agak uzur dan byk yg rosak akibat banjir besar yg melanda Johor pada tahun lalu (gambar di atas adalah di rumah kakak ipar di sebuah taman perumahan). Cadangan dari abang sulung, kami akan bergilir-gilir menjadi host...semua yg hadir setuju, lalu perjumpaan Hari Raya kami yg pertama InsyaAllah pd hujung tahun ini akan di adakan di Mersing (rumah abang yg sulung)... semua anak-anak bersorak keriangan kerana rumah Pak Long mereka di tepi pantai...dpt mandi laut lah....
Kemudian ada yg bertanya bila (iaitu hari Raya ke berapa?)... ketika ini saya teringat kisah Prof Kamil yg menulis ttg adik-beradiknya, lalu saya mengemukakan cadangan serupa...(Prof...thanks kerana memberi idea).. saya mengatakan Hari Raya pertama dan kedua semua beraya di rumah ipar-duai, kami akan berkumpul pd hari raya ke-3. (tersengih besar semua ipar...termasuk saya lah tu! hehehe..). Alhamdulillah cadangan saya diterima...
Mesyuarat ditangguhkan sehingga perjumpaan seterusnya pada jam 2:00 pagi.
Lebuhraya hai lebuhraya....!!!
Esok pagi (Ahad 10Feb 2008) kami bertolak balik ke Shah Alam. Perjalanan yg biasanya hanya mengambil masa 4 jam... menjadi 8 jam!!! Bayangkan kami bertolak jam 9 pagi dan sampai ke Shah Alam jam 5 ptg...
Kenderaan beratur sepanjang lebuhraya sehingga sayup mata memandang.......
Sebelum memasuki lebuhraya, kami menyusuri jalan pantai dari Batu Pahat sehingga ke Melaka. Singgah sebentar di tepi pantai Melaka.
Syukur bila semua sudah sepakat.
ReplyDeleteBila melihat kepada anak Puan Prof yang seramai 8 orang itu, abang long teringat pada satu cerita di tv, satu ketika dahulu, iaitu - 7 BRIDES FOR 7 BROTHERS.
Salam.
ReplyDeleteSaja nak menyampuk pasal jem di lebuhraya masa cuti CNY baru ni. Kami balik dari Dungun ke KL ambil masa 7 jam. Ada 2 accident dan beberapa kereta rosak.. Kehidupan org Malaysia ni sama je, siapa punya raya pun, semua akan balik kampung.
Mudah kerja kalau hidup sepakat....
ReplyDeleteSalah satu sebab kenapa kami prefer duduk rumah bila cuti panjang ialah malas nak menempuh kesesakan jalanraya.
Abang Long,
ReplyDeleteAlhamdulillah.
hehehe...saya suka tengok cerita "Eight is Enough"
ROFI,
semasa kami balik tu, tiada kemalangan berlaku, cuma nampak sepanjang lebuhraya adalah 2-3 kereta yg panas engine sahaja...
Itulah kelebihan Malaysia yg mempunyai masyarakat majmuk...kita berpeluang bercuti beberapa kali sempena cuti perayaan kaum...
kalau takde cuti panjang begini, entahkan berapa kali sahaja "orang-orang bandar" nak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa masing-masing yang sudah tua...
mamamia,
ReplyDeleteYa, Alhamdulillah, semoga ianya berpanjangan hingga bila-bila...
Alahai...kalau boleh kami pun nak duduk rumah saje...tapi sbb ada hal mustahak tu yang kena balik juga...
azzah8,
ReplyDelete:-)
keluarga sepakat membawa berkat.
yes - love in the house is enough...
idham
al-hamdulilah...
ReplyDeletesemuanya berkerjasama...
semoga kekal bahagia...
bagus dapat bersepakat terutama dalam berhariraya..senyum penuh makna:)
ReplyDeletesalam azzah, bestkan kalau semua adik-beradik bersepakat... CNY i x balik tpg pun, sbb x sanggup menempuh jem, 2 yrs ago rasenye dah terkena cam tu lah, my hubby pulak cukup x sabor kalau pasal jem ni, sudahnye i yg drove all the way fr KL-Tpg, tension betul masa tu driving sbb merayap cam semut!! this time around lak anak2x yg kat asrama balik cuti, but by sat sorang tu dah nak balik asrama, yg sorang lagi ahad dah nak dihantar, jadi takat 2 hr cuti memerap kat rumah je, anak i yg form 5 tu asyik buat homework aje, dah nak balik skolah pun x habis-habis homeworknye.. ish.. kesian jugak..
ReplyDeleteSalam Azzah,
ReplyDeleterasanya satu Malaya jam kot masa cuti CNY hari tu...
Hikmah dari kepulangan kedua-dua ibu ayah yang saya rasai ialah kita adik beradik & ipar duai jadi bertambah rapat. Agaknya berkat doa mereka dulu. Semuga di jauhkan Allah dari cerita seram adik beradik berebut harta dan sebagai selepas kepulangan ibu ayah! Ngeri!
Meriah nya orang anak ramai....bila nak mai jalan-jalan Penang. Kirim salam kat Asma'. CikMilah pun selalu ziarah yellow roses tu...:)
salam idham,
ReplyDelete"Bulat air oleh pembuluh,
bulat kata oleh muafakat"
mama ranggie,
ya, berdoalah semoga kerjasama ini dpt berkekalan. Amin.
silversarina,
ReplyDeleteALhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha kami ini...sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah jua yg menentukan. Kita hanya perlu berusaha dan berdoa agar segalanya dipermudahkan dan diRahmati oleh Allah.
wani,
ReplyDeleteapa khabar?
Anak2 I pun sama, semasa balik kpg tu, bwk buku dan siapkan homework kat kampung...
cikMilah,
semoga dijauhkan Allah drpd terjadi perebutan harta-pusaka oleh adik-beradik. InsyaAllah jika dibawa berbincang dan perasaan bertolak-ansur sesama sendiri, perkara ini boleh dielakkan.
My personal opinion, sbb tu tak payah simpan harta banyak2, nanti jadi rebutan anak2. I dah siap kata dgn anak2, belajar betul2, kerja, cari duit sendiri, beli rumah dan kereta sendiri...etc.. umi dan abi tak ada simpan harta banyak...
Ada seseorang yg I kenal, dia siap belikan anak dia sorang satu rumah (anak kecik2 lagi)...boleh lah sbb anak dia cuma 3 orang sahaja... kalau I ... alamak.... nak kena beli 8 buah rumah...sbb anak I 8 orang!!! ... hehehe...
Penang...hurm...hajat hati mmg nak jalan sana... so far dlm hidup I baru 2 kali pergi! sekali semasa I kecik2, sekali pd tahun 2004 (itu pun sbb pergi attend conference..kalau tak tak pernah pergi )...
nak jalan kena plan awal2, maklumlah anak ramai...nak cari masa cuti utk semua orang serentak sangatlah susah... tapi kalau jadi pergi nanti I contact cikMilah...kena siap masak utk kami boleh ka? atau pekena nasi kandaq ka? (ckp bunyi stail org Penang lah tu... hehehe)
Salam Kak Zah
ReplyDeleteBila nak date nie???
salam kak azzah, kawasan itu memang sesak..kena banyak sabar ye melaluinya..hihihi
ReplyDeletePB...datang lah rumah akak..boleh rasa air zam-zam...
ReplyDeleteepel,
InsyaAllah mmg kena sabar byk2... tapi sian kat driver... manual pulak tu bukannya auto... sampai rumah terus lepak...
sy tengok gambar traffic jam tu, automatic kaki jadi lenguh huhu :) kak azzah sihat?
ReplyDelete