HAPPY 21st ANNIVERSARY
22nd June 1986 ~ 22nd June 2007
Mohd Haslan & Nurazzah
RUMAH TANGGA BAHAGIA
*** sajak ini di salin dari blog loveujordan
nukilan Ustaz Pahrol Md Juoi
RUMAH TANGGA BAHAGIA
Syurga rumah tangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing dengan harapan
Agar rumah tangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedah berbeza
Ada mengatakan
Bahagia itu pada harta....
diukir oleh intan permata
Tak kurang yang merasakan
Bahagia itu pada rupa....
ditempa oleh wajah nan rupawan
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada kemasyhuran
dibaja dek gelaran dan nama
Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
SEMUANYA BUKAN
Pelbagai yang menimbulkan dilema
Mencari benar, mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta...
Kalaulah bahagia itu pada nama....
Kalaulah bahagia itu pada rupa....
Kalaulah bahagia itu pada kuasa....
Kenapa Charles dan Diana berpisah ?
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah?
BAHAGIA ITU DALAM DIRI
Rupanya..
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir, rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu pada kesabaran...
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Oh suamiku, " Innalillah "
BAHAGIA ITU PADA KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila kuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Bila sihat beribadat
Oh isteriku, " Alhamdulillah "
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah yang bermaksud:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati."
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir ilahi
Itulah zikir yang hakiki !
*** sajak ini di salin dari blog loveujordan
nukilan Ustaz Pahrol Md Juoi
Wah! 21 wonderful years:)
ReplyDeleteCongratulations!
So, celebrating today?;)
he worked all day yesterday, today also works...so, maybe tonight. Hurm.. maybe go for candle light dinner? No lah...my hubby not that romantic type.... maybe just go to a nice restaurant somewhere, just the two of us...(thinking how to make an excuse to my youngest daughter... usually she always follow us whenever we go out!! hehehe ... nanti kacau daun !!)
ReplyDeleteMak oiiii dah lamanya kahwin ....
ReplyDeleteHappy Anniversary dear friend !!
Patut le beria nak pinjam sajak
' I '.... hehe.
Semoga bertambah seri hari-hari mendatang... gi 2nd honeymoon... tinggal je anak-anak tu kat bibik for a few nights...
Cheers..salam sama abang ye:)
salam kak azzah
ReplyDeletetahniah dan semoga akan kekal bahagia hingga kehujung nyawa
Nurazzah, HAPPY 21st ANNIVERSARY. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
ReplyDeleteHAPPY 21st ANNIVERSARY. semoga auntie n uncle bahagia sampai bila2
ReplyDeleteNurazzah...HAPPY ANNIVERSARY...moga rumahtangga yang dibina 21 tahun lalu akan terus bahagia dan ceria hingga ke akhir hayat....
ReplyDeleteHAPPY ANNIVERSARY... SEMOGA KEKAL BAHAGIA DUNIA AKHIRAT.
ReplyDeleteUntungnya orang yg kahwin muda-muda ni...
First of all, THANKS TO ALL OF YOU for the wishes. Memang kita sentiasa mengharapkan sebuah perkahwinan yang akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Lumrah alam, di sepanjang perjalanan tersebut, terdapat onak dan duri, atau sesekali badai dan ribut melanda, yg menuntut kebijaksanaan suami dan isteri untuk mengatasinya.
ReplyDeleteFrankly speaking, sesekali macam kurang percaya perkahwinan ku sudah menjangkau 21 tahun...
betulke?? dah lebih 20 tahun?? bila lihat anak yang sulung sudah berumur 20 tahun, memang sah lah...
terasa macam baru beberapa tahun saja, macam baru sahaja melangsungkan perkahwinan... hehehe ... PERASAN MUDA lagi!!! Eh...memang pun muda lagi... muda di hati!!!
Loveujordan,
u lagi lama kahwin dari I, lebih setahun laa kan? Hurm nak gi honeymoon ke mana ya???
salam.
ReplyDeletekak, moga rmhtangga akak diberkati sentiasa, cinta hangat berpanjangan hingga ke syurga :D.
..er, la ni akak masih sentiasa berjauhan ke?
kaklong,
ReplyDeleteterimakasih di atas doa kak long itu. Memang itulah yg akak harapkan,
buat masa ini, baru sebulan ni hubby dah balik kerja di KL.... Alhamdulillah syukur sangat, lain rasa bila suami ada di sisi... 'semangat' tu lain... selalu tu bila 'single', walaupun akak bebas ke sana ke mari, nampak macam strong and independent ajekan... tapi hati ini Allah saja yang tahu.. tahu tak? kadang kala tu dulu bila akak gi shopping groceries sorang2 kat GIANT tu, jealous semacam bila tgk org lain ada hubby tolong tolakkan troley... mesra2 gitu... kita ni tolak lah troley yg berat tu sorang2 !!! kalau anak bujang tu ikut boleh lah dia tolong tolakkan...
Happy anniversari..
ReplyDeleteWow..dah 21 tahun...apa rahsia ni?
tahniah dan semoga berkekalan hingga ke anak,cucu,cicit..
Salam. Happy 21st Anniversary. Semuga cinta masih hangat membara.
ReplyDeletefaizabelle79,
ReplyDeletethank You. Rahsia? Bertolak ansur dan saling faham-memahami, dan banyak lagi... ;-)
zlaa,
yaa...Terimakasih. bukan setakat 'hangat' tapi 'Panas'...!!!! hehehe... ;-)
happy 21st annivessary ummi...
ReplyDeleteAsma',
ReplyDeleteThank You very much dear... tahun ni best lah...sbb abi ada sama kat sini... tahun2 lepas asyik dapat wish thru sms jek... itu pun lepas ummi tanya abi..hehehe.. kalau tak abi pun tak ingat...biasalah kan abi...!!?? ;-)
salam auntie..happy anniversary~!!huhu..sorry lmbt wish plak..hehe.
ReplyDeletelagi satu,bagus btol anas bace buku smbil masak!haha..kalah saye..huhu :)
iman,
ReplyDeleteSalam kembali. Thanks a lot. Lambat tak pe..asalkan ada , ye tak?
pasal Anas... kak long dia pun kalah!! huhu...
Happy 21st Anniversary. Semoga sentiasa "HANGAT". Semoga SELAMAT, Semoga SELAMAT. Semoga SELAMAT.
ReplyDelete:) happy annivessary.....nuazzah...
ReplyDeletesemoga terus bahagia!
idham
abang long & Idham,
ReplyDeleteThanks for your wishes and do'a... InsyaAllah...sentiasa berusaha agar mendapat keberkatan Allah dalam melayari kehidupan berumah-tangga.
Idham,
u lagi lama pengalaman dari saya...anak u yg sulong sudah bekerja dan buat Master... ni kena tanya tips.. dari org yg lebih banyak pengalaman...!
maybe kena selalu bubble bath together macam u sambil urut2 kaki ...*wink3...tapi rumah I takde bath tub…huhu… nanti lah bila I nak renovate rumah boleh beli Jacuzzi terus… huhu..
salam, kak azah. selamat ulangtahun perkahwinan ke21. maaf terlewat. tapi harapannya tetap mendoakan agar kasih-sayang berpanjangan dan dirahmati Allah selalu.
ReplyDeleteTake care. Salam kepada keluarga.
mama sarah,
ReplyDeleteterimakasih banyak di atas ucapan yang diberi.
happy anniversary too :).
ReplyDeleteSemoga kekal hingga akhir hayat~
maisarah,
ReplyDeleteThanks a lot.
dah balik kampus ke? Bila start semester baru? Salam pada ummi.
Salam
ReplyDeleteHappy 21st Annivessary..semoga berbahgia selalu...
Bahagia itu pada kesyukuran...I like that.Thanks for sharing
ReplyDeletenur,
ReplyDeletethanks a lot.
adiejin,
lama tak menjenguk...tengah pikir nama jenama apa nak bagi kat komputer u..hehe..
IA, Allah sentiasa memelihara mereka yg tidak lupa bersyukur di atas nikmat yg Allah kurniakan. setiap saat, setiap detik di atas roh dan nyawa yg Allah pinjamkan kpd kita...
Salamz nurazzah8, pekabo? wat pe hr nih.. lama tak kemari.. saja jek. alahaii
ReplyDeletepokcik mersik,
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Saya di sini Alhamdulillah, baik. Lama pokcik tak berkunjung ke teratak hamba. pokcik sihat ke?
thanx linkin me... ohya harapnya x terlambat lagi, happy anniversary... kena share secret la sampai 21 tuh :)
ReplyDeletebanji,
ReplyDeleteterimakasih di atas ucapan tersebut... rahsia?... hurm.. bertolak-ansur dan saling faham-memahami...daan sentiasa memohon keberkatan Allah swt..