Sunday, January 27, 2013

Outing Together

Kehidupan kita sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan.  Tidak kira urusan rasmi atau tidak rasmi, urusan kerja, urusan rumahtangga, urusan anak-anak, urusan persekolahan, dan pelbagai lagi.. Semuanya menuntut masa yang kita ada. Masa yang kita ada iaitu 24 jam sehari semalam.   Setiap manusia, insan di muka bumi ini mempunyai 24 jam sehari semalam, tidak kurang dan tidak lebih...namun begitu, mengapakah kita selalu mendengar orang berkata (termasuklah diri saya sendiri) ... "Tak cukup masa..!" , "kalau boleh satu hari nak lebih dari 24 jam", .. "saya tak ada masa nak buat itu, nak buat ini" , dan ada juga yang rasa ada banyak masa lapang....dan macam-macam lagi ...

Sebenarnya yang membezakan setiap orang adalah bagaimana seseorang itu menguruskan masa yang ada. ... dan bagaimana kita meletakkan "keutamaan" atau priority kepada sesuatu perkara yang hendak kita lakukan.  

Dengan tugasan baru yang saya pikul ini, menuntut agar saya lebih pandai membahagikan masa yang ada, di antara tugasan rumah tangga sebagai seorang isteri, ibu , tugasan di tempat kerja, tugasan rasmi dan tugasan tidak rasmi. 

 Dicelah-celah kesibukan tersebut, kita perlu pandai "mencuri" masa untuk bersama anak-anak yang sudah semakin dewasa dan mereka juga sudah mempunyai kehidupan sendiri yang perlu diuruskan dengan baik juga. 

          Ini antara detik-detik yang sangat dihargai, All girls in the family...bukan senang sekarang dapat bersama-sama pada sesuatu masa...

Hendak bersama-sama dengan kelapan-lepan orang anak juga sudah semakin sukar.  Samada seorang anak itu bekerja, ada yang di asrama, ada yang keluar bermain bersama kawan-kawan, ada yang balik bercuti ke kampung... Ya Allah, sedang rindukan suasana di mana semua anak-anak dapat bersama.  Doaku agar Allah dapat pertemukan kami sekeluarga bersama-sama lagi di masa akan datang, InsyaAllah...
Ameen. 

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI

Ya Allah, berilah ku panduan dan pedoman...Ilhamkan dan tunjukilah kepada ku cara bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang adil, pemimpin yang senang di dekati oleh anak buah tetapi pada waktu yang sama dihormati oleh ramai orang...Ya Allah hanya pada MU aku berserah...
 

 1. BERIMAN DAN ADIL 

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.

 2. MENGENALI DAKWAH 

Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

 3. MENGENALI JIWA 

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya.

Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

 a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.
 b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.
 c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.
 d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....