Thursday, May 31, 2012

82,888

Assalamu'alaikum semua sahabat blogger...hari ini bila klik di blog, terlihat di counter sebelah kanan skrin...
angka 82,888
Tiada apa yang istimewa pun...malah tidak mempercayai pun ramalan angka 8 sebagai angka "ong" 
..bak kata mereka yang mempercayainya ... tetapi suka tengok nombor tu cantik kalau semua menjadi
88,888
...
...
...
bermakna lagi 6,000 visitors baru boleh menjadi angka tersebut

agak-agaknya berapa lama lagi ya? 
Saya bukan lah seorang blogger yang popular, yang boleh mencapai angka ribu-ribuan pengunjung ke blog saya ...hanya seorang blogger yang biasa-biasa sahaja ...
sesekali menulis meluahkan rasa hati dan peristiwa yang berlaku di sekitar perjalanan hidup ini..
sedang berfikir-fikir..............hurmmm..
sudah lama tidak membuat GIVEAWAY...
(ok..nantikan pengumumannya tidak lama lagi...!)

Wednesday, May 30, 2012

Cuti Sekolah dan Majlis Perkahwinan

ALhamdulillah ..kali ini cuti sekolah pertengahan tahun, menyaksikan semua anak-anakku berkumpul ..semua 8 orang... tetapi keadaan itu hanya bertahan sehari! Sabtu ..anak bungsu ku Hana telah mengikut ibu saudaranya, iaitu kakak ku yang dipanggil Mak Long pulang ke kampung.  Ini adalah kerana anak ke-2 kakakku akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu 2hb Jun nanti ...

Hari Ahad pula, anak ke-6 Mu'adz telah menyertai program rehlah bersama-sama kumpulan usrahnya ke Port Dickson... 
InsyaAllah esok kami akan pulang ke kampung untuk sama-sama menyiapkan persiapan perkahwinan ..huhu..sudah lama tidak menghadiri kenduri sebegini... selalunya kenduri perkahwinan di bandar sekaranag sangat berlainan dari dahulu. Semuanya catering... persiapan makanan, dan lain-lain ...sanak-saudara hanya datang jemputan makan sahaja ...tiada lagi suasana seperti sewaktu aku kecil...beberapa minggu sebelum hari berlangsungnya, sanak-saudara sudah mula datang ke rumah menolong membuat persiapan perkahwinan..orang Johor panggil acara ini "rewang" ...
ada yang datang menolong mengupas bawang, memilih beras, dan lain-lain...suasana sungguh meriah sekali ...

semua itu hanya tinggal kenangan ...

Faizah, anak ke-2 kakakku akan menjadi CUCU PERTAMA kepada ibu bapa ku yang berkahwin... TAHNIAH FAIZAH !!

oleh sebab itu ibuku sangat teruja ... walaupun ibu sudah tua, tapi dia berkeras juga hendak memasak sendiri makanan untuk jemputan (sudah tentu ibu hanya jadi PENGARAH! ..sebab ibu yang tahu resepi memasak) ...anak-anak saudara dan sepupu2 yang akan bertungkus lumus menolong di dapur dan menjadi penyambut tetamu ...

InsyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar...

Tuesday, May 29, 2012

Kezaliman

Petang pukul 6:30 sudah berada di Mesjid Negeri Shah Alam ... bersolat maghrib dan terus mendengar ceramah berkenaan kekejaman dan kezaliman pemimpin Syria ke atas rakyat mereka sendiri ... sedih melihat video yang ditayangkan ... rakyat ditanam hidup-hidup ...diseksa, di sembelih ..tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak dan wanita ! meleleh juga air-mataku ... 

Kanak-kanak kecil ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Bashar jika mereka mempunyai sifat perikemanusiaan. Tetapi Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Bashar.
 (sumber: di sini)

Apakah ikhtiar kita? Apa yang dapat kita tolong? mungkin dari segi kudrat tiada, tetapi jika ada kelebihan dari segi kewangan, apa salahnya kita menghulur ...semoga yang sedikit itu dapat menolong saudara seagama kita di sana ...Amin ...

"Siapa yg bersedia utk infaq RM100,000 utk Syria?" tanya Syeikh Dr Khalid Hindawi kpd jemaah hadirin yg berada di Mesjid Negeri Shah Alam. Tiada bersambut.
Beliau terus bertanya 'Siapakah yg mahu mengikuti jejak Abu Bakar As-siddiq r.a.? Umar ?
Syeikh kemudian menurunkan kpd RM90k, RM80k, turun lagi..70K, RM60K.. sehingga RM50K ... akhirnya seorang pemuda bernama Anas (mewakili ibunya) ....ALLAHU AKBAR ...! selepas itu seorang demi seorang bangun untuk meyahut seruan Syeikh Dr Khalid menginfaqkan dengan jumlah tertentu dari maksimum RM50K hinggalah serendah RM300 ...
update: baru mendapat berita bahawa yang menginfaqkan RM50K itu adalah Ummu Anas @ Dr Ruziaton,  ahli IKRAM daerah Kuala Langat.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....