Monday, January 31, 2011

Hujan

Sepanjang perjalanan bermula dari Shah Alam hingga ke Port Dickson, pagi tadi..hujan tidak berhenti-henti. Sehingga lah membawa ke malam sewaktu kami selesai berbengkel, masih lagi hujan...Malah hingga saat ini masih kedengaran rintik-rintik hujan diluar tingkap.

Keputusan pilihanraya DUN Tenang juga sudah diketahui, dimana ramai pengundi terpaksa keluar mengundi dalam keadaan banjir. Begitu juga Le Tour De Langkawi juga hari ini menyaksikan penunggang-penunggang basikal terpaksa meneruskan perlumbaan dalam keadaan hujan. 

Ramai orang merungut bila hari hujan...hujan sejuk, basah ..tak dapat buat aktiviti luaran...para surirumah pula kelihatan susah hati, kerana pakaian di jemuran tidak kering...berdoa agar segera matahri muncul kan diri...

Namun semasa saya berada di Kota SUci Mekah sewaktu menunaikan haji... beberapa kali imam Mesjidil Haram mengimami solat sunat meminta hujan, kerana Kota suci Mekah sudah beberapa tidak menerima hujan... 

Sewaktu saya mencari hadis berkenaan hujan di webhadis MUTIARA HADIS, saya menemui beberapa potong hadis yang menyatakan tentang hujan, dan doa Rasulullah sewaktu hujan turun

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0541.
Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1563.
Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hudaibiyah. Kami kehujanan pada suatu malam. Rasulullah solat Subuh bersama kami, kemudian beliau menghadapi kami lalu bersabda: "Tahukah kamu apakah yang difirmankan Tuhan kamu?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui!" Beliau bersabda: Tuhan berfirman: "Di pagi hari ada di antara hambaKu yang beriman dan yang kafir dengan Aku. Barangsiapa yang turun berkata: Kami dihujani dengan rahmat Tuhan, rezeki Tuhan dan dengan kurnia Tuhan, maka dia beriman dengan Aku dan kafir terhadap bintang-bintang. Adapun orang yang berkata: Kami dihujani kerana bintang itu, maka dia beriman kepada bintang dan kafir kepadaKu".
 

Saturday, January 29, 2011

Tabung

Bagaimana kita menanam sikap suka menderma dalam diri anak-anak kita?
Ada banyak cara, salah satu cara yang saya lakukan dengan anak-anak saya...
saya akan letak sebuah tabung derma Palestin di rumah... 
saya selalu ingatkan anak-anak saya... agar memasukkan duit lebihan belanja sekolah (walaupun 5 sen) ke dalam tabung tersebut... sikit-sikit, lama- lama menjadi bukit...

Saya akan bercerita kepada mereka, berapa kita bertuah kerana apa kita hendak makan, semua ada... ada duit umi dan abi beri untuk belanja ke sekolah..sedangkan ada ramai lagi orang yang kurang dari kita... sebab itu mereka kena kurangkan membeli "jajan" selepas sekolah... jika ada duit lebih, bawa balik dan simpan dalam tabung ini...
Sebentar tadi saya rasa tabung itu sudah berat... 
Alhamdulillah..boleh lah di beri kepada pihak yang berkenaan...

Thursday, January 27, 2011

Mu'adz Al-Hafiz 14 tahun

 Alhamdulillah, hari ini anak ke-6 saya, Mu'adz Al-Hafiz telah berumur 14 tahun. 
Beliau juga telah bergelar Al-Hafiz...Syukur Alhamdulillah..
Semoga terus menjadi anak yang soleh...dan terus istiqomah dalam perjuangan mu..
Bersama abang Ammar, juga seorang Al-Hafiz.
Dua orang Al-Hafiz... Amin..
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....