Subuh tadi selepas solat dan menunggu suami pulang dari surau, terdengar kuliah subuh di TV (tak ingat channel berapa) oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah mengenai Rahsia Murah Rezeki.
Oleh itu saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekelian dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini.
Dato' juga menerangkan tentang konsep rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta kekayaan spt yg selalu kita anggapkan. Tetapi rezeki adalah lebih luas definisi nya. Beliau memberi contoh seperti: Mendapat anak itu rezeki, mendapat anak dan isteri yang solehah itu rezeki, mendapat jiran yang baik dan bertolerensi itu rezeki, mendapat rakan2 yg baik itu rezeki dan macam2 lagi....
Beliau mengatakan sebelum kita hendak mengetahui apakah Rahsia Murah Rezeki, kita hendaklah mengenal pasti apakah punca-punca masalah rezeki menjadi sempit.
Punca masalah Sempit rezeki:
- Tidak mengingati Allah swt
- Meninggalkan solat 5 waktu
- Enggan membayar zakat
- Derhaka kepada ibu-bapa
- Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
- banyak dosa besar
- Makan harta riba
- Makan harta anak-yatim
- Suka berbohong/ menipu
- Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
- membiarkan ahli keluarga derhaka
- Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki - jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc...dan beliau menambah..."burung2 susah nak terbang" - ini kata-kata beliau sendiri ya...kalau tak faham tanyalah Dato'...hehehe)
- Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)
- Suka mengadu-domba
- Suka menabur fitnah
- Patuh perintah Allah & banyakan berdo'a
- Banyakkan bermunajat kepada Allah - di waktu malam
- Taat/patuh kpd orang tua
- Banyakkan membaca Al-Qur'an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur'an dan bertafakur mengingati Allah)
- Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
- Melakukan Solat sunat Isra' dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang)
- Tawakkal kepada Allah
- Banyak bersedekah dengan ikhlas
- Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
- memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
- Menunaikan haji dan umrah
- Membentuk silaturrahim
- Berumahtangga (bagi yg belum)
- Berhijrah ke Jalan Allah
- Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat...)
