Friday, August 16, 2013

RAYA SMILE

RAYA SMILE @ SENYUMAN HARI RAYA!

Awal Syawal seorang blogger terkenal yang bermastautin di Arab Saudi dan juga seorang rakan FB, Pak Pin,  telah menganjurkan sebuah peraduan RAYA SMILEs @ SENYUMAN HARI RAYA ..
Caranya senang saja, kita hanya perlu post sebuah gambar yang diambil pada Hari Raya yang memaparkan senyuman orang di dalam gambar .. jadi saya pun ambil peluang meletakkan sebuah gambar lapan orang  anak-anak saya plus seorang menantu ..yang diambil di kampung saya pada Hari Raya pertama.
   Gambar inilah yang menjadi taruhan ..

Alhamdulillah sehingga tarikh dan masa tamat, akhirnya bilangan LIKEs utk gambar tersebut menjadi 299, iaitu yang kedua terbanyak..Terimakasih saya ucapkan kepada semua rakan, sahabat, saudara-mara yang turut sama memeriahkan pertandingan tersebut ..

Mesej dari Pak Pin di FB:
It is my pleasure to announce
The Final Result for the Raya Smile / Senyuman Raya contest as follows:

First place, winning RM1000, Rafi Harumin
Second place, winning RM500, Nur Azzah
Third place, winning RM300, Mior Azhar

Consolation prizes, winning RM150 each,

Mahasuria Idris
Mohd Firdaus Zakaria
Ghazali Abd Aziz
Noor Lubna
Raja Sarinah Aziz
Yahaya Daud
Mran Hassan

CONGRATULATIONS TO ALL WINNERS. THANK YOU TO EVERYONE WHO HAS PARTICIPATED EITHER AS CONTESTANTS OR AS VOTERS.

Thursday, August 15, 2013

Puasa Enam & Bertadarrus belum khatam

Hari ini sudah masuk hari ke-8 dalam bulan Syawal..... 2 perkara masih belum dapat ku tunaikan ...
Pertama, masih belum dapat mula berpuasa 6... InsyaAllah ...Nurazzah, tanamkan azam, pasti boleh mula berpuasa secepat mungkin sebelum bendera Jepun naik lagi!  ..masih bercuti tetapi setiap hari ada sahaja rakan anak-anak hendak datang berhari raya, so, ummi kena masak dan menyiapkan segalanya ...cubaan betul hendak berpuasa... rasanya akan mula berpuasa apabila mula bekerja pada minggu hadapan.

Kedua, Tahun ini tidak dapat mencapai apa yang dihajati. Walaupun tadarrus di pejabat dapat khatam sepenuhnya sebelum Syawal bermula, tetapi tadarrus di rumah bersama keluarga masih belum khatam lagi. Ini kerana semasa Ramadhan, ramai anak2 masih di asrama dan kolej, selalunya tinggal hubby, saya dan anak bungsu Hana yang dapat bertadarrus bersama-sama selepas pulang dari Solat Terawikh. Oleh itu, progress sangat perlahan. Di tambah lagi diri ini ABC (Allah Bagi Cuti - istilah anak-anak) selama 1/3 Ramadhan, lalu lama lah tak dapat mengaji ...namun tidak mengapa, sambung lagi di bulan Syawal sehingga khatam kelak ... betapa malunya apabila teringat kisah Imam Shafie yang boleh khatam Al-Quran 2 kali sehari @ 60 kali dalam bulan Ramadhan! Ya Allah, sedangkan diri ini sekali sepanjang Ramadhan pun tidak dapat !!! Ya Allah...Ampunkan daku Ya Allah ...

Terasa sungguh lemah dan kerdilnya diri ini ...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....