Sunday, June 17, 2012

Majlis Kahwin Maisarah&Mus'ab

Hari Sabtu 16/6/2012
mendapat jemputan kenduri kahwin anak kawan dan juga rakan sekolah Kak Long Asma'. Kak Long Asma' tidak dapat datang kerana menghadiri program, jadi sekali lah ummi, abi dan Hana' menjadi wakil Asma'...
Sekarang ini setiap kali menghadiri kenduri kahwin, samada kenduri anak saudara, anak rakan sekerja, kawan-kawan Asma' kahwin ke,  nampaknya kena bersedia dengan soalan klise yg PASTI akan ditanya.  Apakah soalan-soalan itu? 
1.  Bilakah anti nak terima menantu?
2. Asma' dah habis belajar kan? Bila pulak dia nak kenduri?
3. Awak bila lagi?
4. Bila giliran awak pula nak buat kenduri?
...
...
...
...
...
...
...
...
Bersama Mus'ab & Maisarah

Thursday, June 7, 2012

2hb Jun 2012

Syukur Alhamdulillah .... Allah masih memberi peluang bagi hambaNya ini untuk menghirup nafas menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini... 
2hb Jun 2012, bertambah lagi umurku melewati angka 47 tahun... 3 tahun lagi sudah boleh dipanggil WARGA EMAS! Walaubagaimanapun tidak perlu takut menghampiri ke usia senja ... masa berlalu, semua orang akan meningkat umur mereka, TIDAK ada seorang pun yang terkecuali ... sudah tertulis di Lauh Mahfuz, berapa lama kita akan hidup di dunia ini... Apakah kita ambil peduli? 

Tidak perlu risau muka akan berkedut, pipi tidak lagi tegang...tidak perlu mengambil BOTOX, tidak perlu menyuntik colagen, vitamin C. Hakikatnya, umur kita sudah begitu...apa yang kita perlu jaga adalah kesihatan kita. Itu yang penting. Bagaimana hendak menjaga kesihatan agar kita tidak ditimpa penyakit ? 

Sebenarnya kita hendaklah menjaga pemakanan kita. Hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa semua penyakit berpunca dari perut. Maksudnya kita hendaklah menjaga apa yg kita makan kerana makan berlebihan juga memudaratkan.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki mesjid, Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” 

 Membaca ayat Allah ini, satu peringatan buat diri ini juga... agar sentiasa menjaga apa dan berapa banyak yang kita makan..kadang-kala kita terikut-ikut sehingga tidak menyedari kita telah berlebih-lebihan dan membazir.. Ya Allah! Engkau ampunilah dosa-dosaku, jika aku termasuk dalam orang-orang yang lalai...
Amin.

Monday, June 4, 2012

Seminggu sudah berlalu

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah seminggu cuti sekolah berlalu... bermacam-macam perkara telah berlaku dalam masa seminggu cuti sekolah ini ...menyiapkan kerja rumah yang tertangguh, balik kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sedara, dan lain-lain lagi ...
Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik agar kami semua dapat mengisinya dengan perkara-perkara yang baik ...
Perkara yang paling tidak digemari selepas balik kampung...4 hari punya pakaian yang belum dibasuh X 10 orang!!!  huhu..bolehkah anda bayangkan? dah jadi macam kedai dobi pun ada rumah nih....
Syukur sekali ke Hadrat Sllah SWT kerana mengurniakan cuaca yang panas dan terang-benderang hari ini...semasa balik sekejap tadi ...semua baju yang kujemur telah kering ...
tugas seterusnya............ melipat dan menggosok !!..ehem..ehem...ada sesiapa nak tolong lipat dan gosok baju?

heehhe
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....