Friday, January 13, 2012

Bangun Malam

Dikala membaca novel sejarah Islam SALAHUDDIN AL-AYUBI karya Abdul Latip Talib, saya sangat kagum membaca kejayaan Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib.  

Beliau dapat mengalahkan tentera musuh yang ramai dengan bilangan tentera yang terhad. Dalam keadaan kelengkapan perang yang tidak setanding, tentera Islam pimpinan Salahuddin berjaya mengucar-ngacir dan menumpaskan tentera musuh.

Di sebalik kekaguman itu mungkin ramai yang tidak mengetahui rahsia kejayaan Salahuddin dan tenteranya.  Ahli sejarah mencatatkan bahawa setiap malam Salahuddin akan meronda khemah-khemah tenteranya untuk memerhati apa yang mereka lakukan.  Jelas pada keesokkan harinya beliau akan memilih tentera di kalangan mereka yang menghidupkan malam dengan qiamulaill seperti solat sunat, membaca Al-Quran , berzikir dan sebagainya untuk berperang menghadapi  musuh.  Sebaliknya tentera yang tidur, rehat, berbual-bual kosong dan sebagainya akan ditinggalkannya.

Kejayaan Salahuddin AL-Ayubi menjinakkan Richard The Lion Heart kerana beliau memimpin tentera yang memiliki ciri-ciri :

Ibarat abid pada malam hari
Ibarat singa pada siang hari.

Inilah ciri-ciri yang dimiliki oleh sahabt, tabiin, tabi tabiin dan orang-orang yang soleh sejak zaman dahulu.  Mereka hebat berjuang pada siang hari tetapi menghidupkan malam dengan qiamulaill.  Inilah yang dapat mereka contohi daripada peribadi Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud: 

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.
(Surah Al-Ahzab: 21)

Walaupun beliau seorang yang maksum, tetapi tetap mendirikan qiamulaill hingga bengkak kaki. 


(Rujukan: 2007, Nik Abd Rahim, Zahazan Mohamed, Indahnya Saat BersamaMu Panduan Praktikal Qiamulaill, Telaga Biru)
  
Namun pabila merenung kembali diri ini..betapa terasa kerdilnya daku kerana tidak istiqamah dalam mengerjakan solat malam ini... kadang kala buat kadang kala tidak ... (tolak waktu yang memang dapat cuti khas dari Allah). Tapi seperti kata Prof Kamil, semuanya dari dalam diri kita sendiri.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  

Kalau kita kata susah nak bangun malam, siapa yang membuatnya susah? kalau susah nak bangun, pergi beli jam loceng paling besar yang boleh dengar satu rumah ... kunci jam... 
kalau dah beli jam loceng pun tak boleh bangun, apa sebabnya? mungkin kita selalu tidur lewat..jadi...tidurlah cepat..supaya boleh bangun nanti ..


Sebelum tidur, berdoalah supaya Allah gerakkan kita agar terjaga...

InsyaAllah saya rasa sekarang "body clock" saya sudah di diberi latihan ... setiap jam 3 pg atau 4 pagi, saya pasti terjaga.  Cuma, sekarang ialah bagaimana diri ini berusaha melawan godaan bisikan syaitan agar tidur semula ...bukan tidak tahu...namun acapkali...diri ini terhasut dek bisikan syaitan ...
tarik selimut dan tidur semula...lalu terjaga kali kedua..sudah masuk Subuh ... terlepas lah peluang untuk beribadah malam ...alangkah ruginya...

Jadi di antara azam tahun baru ini, cuba sedaya upaya untuk 


menjadi abid pada malam hari


seperti junjungan besar Rasulullah SAW
seperti tentera Salahuddin al-Ayubi

Ya Allah Ya Tuhanku... Berkatilah usahaku ini..
Amin.


p/s: Saya sarankan semua bacalah buku yang saya tulis sbg rujukan di atas...sangat berkesan di hati ..

Thursday, January 12, 2012

Simpul Biawak@Tarik Mengkarung

Assalamu'alaikum sahabat alam maya sekelian... pernah tak anda mendapat simpul biawak atau ada yang panggil 'Tarik Mengkarung"? Apa tu "Simpul Biawak" ? Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil "Varicose Vein".  Adakah biawak itu disimpul-simpul? hehehe... entah lah ya...kenapa ia dipanggil simpul biawak? Apa kena-mengena binatang Biawak dengan kejadian ini? .. Ia bukanlah suatu penyakit, tetapi apabila berlaku  sangat sakit sekali ...

 Dinihari tadi sewaktu hendak bangun tidur saya diserang simpul biawak... sakitnya bukan main lagi..... selalunya ada cik abang tolong tolakkan ibu jari kaki ke arah kita... tapi malam tadi cik abang pergi out station, terkial-kial lah saya seorang diri menahan sakit dan pada masa yang sama menegakkan ibu jari ke atas dan berpusing ke dinding agar saya dapat meletakkan tapak kaki saya ke dinding dan menekannya ke arah kita...

Alhamdulillah, selalu nya cara ini berjaya mengurangkan sakit dan menguraikan "simpul" yang berlaku dalam waktu yang singkat...

Simpul Biawak ini biasanya sering berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung...mengikut rujukan, terdapat 20% wanita yang mengalami Vericose Vein dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung. 


Tetapi sudah 8 kali saya mengandung, tapi jarang kena sewaktu mengandung pulak ...

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan. 

Hurmm..patutlah sekarang beberapa kali juga mengalami nya walaupun saya TIDAK mengandung,,, (hehe) tapi disebakan pekerjaan saya yang menuntut diri ini berdiri lama berjam-jam ... jalan turun naik tangga dari satu bangunan ke bangunan yang lain ..mungkin menyumbang ke arah sakit ini...

( http://www.sihatselalu.com.my/2011/04/punca-dan-kesan-urat-simpul.html)

Wednesday, January 11, 2012

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....