Tuesday, March 15, 2011

Angin Ahmar - Siri 2

sambungan dari entri lepas: 

Perkembangan seterusnya dikisahkan bahawa pada suatu hari cucu Rasulullah SAW ditimpa satu penyakit yang menyebabkan darah keluar dari rongganya.  Kemudian Malaikat Jibril turun dan memberitahu kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Saidina Hasan telah terkena penyakit angin ahmar.  Lalu baginda Rasulullah SAW menanyakan kepadanya adakah ubat penawarnya.  Jibril pun menjawab bahawa angin ahmar itu ada ubat penawarnya dan tidak lama kemudian iapun menghilang.

Sebentar kemudian Jibril datang kembali dengan memberitahukan kepada Baginda SAW bahawa Allah SWT telahpun mengurniakan doa yang sangat mustajab.  Bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali dalam seumur hidup. Seterusnya Nabi Muhammad SAW membaca satu doa yang dibawa oleh Jibril itu dan dibacakan kepada Hasan r.a. dan tidak berapa lama sembuhlah beliau dari penyakit di atas. Dari peristiwa tersebut Baginda SAW mengajarkan do'a itu kepada para sahabat dan mengarahkan agar mereka yang ada menyampaikan do'a itu kepada sahabat yang lain yang tidak hadir pada kesempatan itu.  Perkembangan seterusnya do'a tersebut diajarkan dari generasi ke geenrasi berikutnya sehinggalah sampai kepada zaman kita sekaran  .

Orang yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan bacaan do'a ini seberapa yang kerap terutama setelah selesai solat fardhu. Bagaimanapun syarat utama bagi orang yang mengamalkan do'a ini adalah keyakinan hati yang sangat tinggi terhadap kemustajaban do'a yang dibacanya bahawa Allah SWT tiada menurunkan sebarang penyakit melainkan Dia SWT akan memberikan ubat penawarnya pula

Saturday, March 12, 2011

Angin Ahmar - Siri 1

Tiba-tiba dapat tahu, pembantu rumah sahabatku dah tak boleh buat kerja rumah lagi..sebabnya? kerana semasa dia sedang membuat kerja, tiba-tiba tangan sebelah kanannya tak berasa apa-apa...rasa ringan dan melayang aje...terus dia dah tak rasa apa-apa...
Selepas berjumpa doktor dan buat pemeriksaan, tekanan darah tinggi dia sangat tinggi sehingga mencecah 200...mmg sangat tinggi! Erti kata lain, beliau kena 'mild stroke'!
Lalu semasa kami mengadakan majlis usrah semalam, kami sama-sama turut membacakan doa penyembuh penyakit Angin Ahmar...namun saya baru mengetahui sejarah angin ahmar ini...

(rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008)
Sesungguhnya penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia telah ada sejak zaman baginda Nabi Sulaiman a.s. Awal kisahnya adalah ketika baginda Nabi SUlaiman a.s. mengumpulkan segenap rakyatnya dari segala jenis bermula dari bangsa jin, manusia, haiwan dan makhluk halus yang lain maka secara tanpa disedari beliau berasa bangga atau 'ujub diri'.  Dalam lintasan fikiran dan hati kecilnya tersirat satu kenyataan.  "Siapakah makhluk Allah SWT yang enggan tunduk dan taat kepadanya?"
Seketika itu juga menjelmalah satu makhluk Alah SWT seperti lembaga manusia, yang besar, gagah, hebat dan garang. Nabi Sulaiman dengan serta-merta terkejut dan menggeletar, lalu bertanya kepada lembaga tersebut tentang siapa dia dan untuk apa ia datang. Lembaga itupun memperkenalkan dirinya bahawa namanya adalah al-Raihul al-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu suatu penyakit yang amat merbahaya dan susah untuk diubati. Katanya juga ia diberi satu kuasa oleh Allah SWT untuk mendatangkan kesakitan kepada anak-cucu Nabi Adam a.s. termasuklah mampu merasuk ke dalam tubuhnya melalui urat saraf dan aliran darah. Sekiranya ia bersarang di dalam otak ia juga boleh menyebabkan hilang akal dan gila.
Tanpa membuang waktu Nabi Sulaiman a.s. segera menitahkan kepada seluruh panglimanya untuk membunuh dan membinasakan lembaga tersebut. Malangnya lembaga tersebut segera menghilang sambil berkata bahawa tiada sesiapa yang akan dapat membunuh dan membinasakannya dan bahawa Allah SWT telah memberikannya kuasa kepada dirinya dan memanjangan umurnya sehingga batas waktu yang telah ditetapkan kelak. Dengan demikian Angin Ahmar tetap masih ada sampai sekarang.

...... (bersambung ke Siri 2)

Rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008. Doa Penyembuh Penyakit Angin Ahmar. Al-Hidayah, pp. 14-17.

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia 2011

Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia 2011
di raikan setiap tahun pada 8hb Mac
Kepada semua wanita yang teristimewa dalam hidup saya... anda kalian terpahat kejap dalam hatiku..
Semoga Allah MemBerkati semua..
Ameen.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....