Wednesday, December 1, 2010

Madah Sumayyah

Madah Sumayyah

Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur...
Cinta kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku baru belajar
Menjadi seorang mujahidah...

Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya...
bukan aku sebagai Sumayyahmu!

Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim

Biarlah kita berpisah
selalu derita
Kerana Syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!

nukilan: Pahrol Mohamed Juoi
Solusi(26)

Pengunjung ke - 50,000 ?


 Pagi tadi apabila saya lihat counter para pengunjung dan pembaca blog saya yang tidak seberapa ini, tak disangka hampir mencapai 50,000. Saya tahu ini mungkin tidak dianggap perkara besar bagi blogger terkenal yang boleh mencapai angka tersebut dalam masa beberapa hari atau mungkin sehari sahaja! 

Sebagai menghargai anda semua, 
ada hadiah menanti pengunjung bertuah yang ke-50,000!

(counter terkini semasa saya taip sekarang ialah 49,977)

 

 Apa yang anda perlu buat? Sila lihat di counter yang tertera di blog ini... jika ia adalah yang ke-50,000 maka anda perlu ambil snapshot, atau print screen (seperti gambar di atas) dan buatkan satu entri di blog anda(jika anda ada blog).  Jika anda tiada blog, maka save print screen tersebut sebagai image dan emel kan kepada saya di nurazzah8@yahoo.com

Kita tunggu siapakah pengunjung bertuah itu?
update:
Angka kaunter sudah mencecah angka 50,004
Pengunjung bertuah ke-50,000 sila tinggalkan link anda di bhgn komen entri ini.

RON97 naik lagi 15sen

TAHNIAH 1MALAYSIA : RON97 naik lagi 15sen

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. 
 

Adakah kenaikan ini akan memberi kesan kepada budget saya?

Saya jarang menggunakan petrol Ron97, sekali sekala bila nak balik kampung jalan jauh baru isi Ron97, selalunya pakai Ron95 sahaja...

Anda bagaimana?
 
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....