Tuesday, March 11, 2008

EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2008

EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2008

Semua orang masih lagi memperkatakan mengenai keputusan PU-12. Keputusan telah pun diumumkan dan masing-masing telah sedia maklum, rakyat sekarang menunggu apakah tindakan selanjutnya yg akan dijalankan oleh calon-calon yang telah memenangi pilihanraya.

Now it's time to start the ball rolling. Kerja perlu diteruskan, mana yang baik diteruskan, yang nyata tidak membawa kebaikan kpd rakyat jelata sepatutnya dihentikan. Ekonomi negara perlu dijana.

Esok, 12 Mac 2008 keputusan peperiksaan SPM 2007 akan diumumkan. Saya kurang pasti berapa ribu calon yang menduduki peperiksaan ini, namun yang pasti, mesti ada lulus cemerlang, yang lulus average dan yang gagal. Kepada yang lulus pula, mesti tercari-cari dan sudahpun membuat homework institusi pengajian tinggi yang manakah hendak dipohon sesuai dengan cita-cita dan kelulusan masing-masing, samada di dalam ataupun diluar negara.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mewar-war kan kpd pembaca blog ini, jika ada anak-anak, anak saudara , anak rakan dll yang berminat untuk memohon masuk ke UiTM untuk sesi akan datang. Begitu juga bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat pasca-siswazah.

EKSPO SELANGKAH KE-UiTM 2008
14 - 15 Mac 2008
Stadium Malawati Shah Alam
9:00 pg - 5:30 ptg

(ekspo ini juga ada diadakan di cawangan-cawangan UiTM di seluruh negara. Sila rujuk website UiTM www.uitm.edu.my)

Jom beramai-ramai selangkah ke UiTM!!!

Wednesday, March 5, 2008

Amazon.com & MPH Sale

Have you ever buy something online? Well .... actually even though I'm from IT background, I still like to do my shopping (groceries, etc) manually. I don't feel satisfied if I cannot touch or try or test or compare any item that I want to buy. eee....tak puas rasanya kan... beli barang tak dpt pegang dan rasa ataupun cuba...

kecuali ........... buku!!! (itupun selalu jugak pergi MPH, since I've become the member, every time beli buku dapat diskaun at least 15%, kalau ada sale seperti pada minggu lepas, di mana member dapat additional 5% diskaun = 20%)

Wbgmnpun, tak semua buku yang saya nak beli ada di MPH atau kedai2 buku yg sewaktu dgn nya.
Terutama buku-buku akademik yang diterbitkan oleh penerbit2 luar negara, seperti Kluwer, Cambridge Uni Press, Springer-Verlag, Oxford Uni Press.... etc. Jika saya betul2 berkehendak dan sudah puas mencari di MPH, Kinokuniya etc...tapi tak ada, maka saya akan order melalui Amazon.com ....

Semalam saya menerima satu bungkusan dalam mail. tengok kpd bungkusannya sahaja sudah sudah tahu apa isi kandungannya....
buku lagi......... kali ini bukan novel, tapi buku berkaitan kerja / research saya... (pB...haa... ini barulah bahan bacaan heavy metal (nih pinjam kata-kata pB)...hehehe..!!!)

tetapi berhati-hati apabila order buku(atau barang lain) secara online... kerana anda perlu membuat bayaran terlebih dahulu menggunakan kad kredit... masa order sedap aje ... klik...klik... klik... tekan tetikus.... tapi bila datang bil kad kredit... haaa....!!! mahu nak terkeluar biji mata tgk bil .... seperti buku di atas.... harga buku + postage & handling = UK pound sterling 26. haa... convert lah ke RM.... ??? Pernah suatu ketika dahulu, order sebuah buku utk research jugak... USD150.00 ..... kalau convert ke RM...??? nasib baik utk research and I really needed it for my reference and work, dan Alhamdulillah ada dpt grant (jadi boleh claim lah)... fuhh... legaa.... kalau tidak... mahu bocor poket....hehehe.... itulah satu2 buku yang paling mahal pernah saya order.

MPH sale (27th February - 2nd March 2008)

Jom shopping buku. ................................(melayang RM200++ after discount) couldn't resist the temptation seeing all those novels written by authors whom I knew from blogging...



What's in those begs....???



Haaaaa..........apalagi.... buku lah..... Ini baru bawa 4 orang anak (yang lain ada hal, tak dapat ikut) ...masing-masing ambil buku ikut selera masing-masing...
"Extreme Sudoku" - ini utk Ammar dan Zaid.. Zaid mmg suka main Sudoku online... testing his brain ... logic and mathematical thinking ...trying to beat the fastest time to solve the puzzle...





Buku untuk si-kecil Hana'. Dapat diskaun 50% . Good bargain...
Ini pun dah puas pujuk, (penuh satu bakul buku dia saja! rambang mata... ! ) saying that she can only take 3 books.... selepas setengah jam memilih... hahaha... sekejap ambil buku ni, letak buku tu, kemudian tak jadi pulak... ambil buku itu letak buku ini... akhirnya.......







Buku untuk anak lelaki.........Mu'adz yang pilih.... lebih suka buku bercorak fiksyen dan ada unsur-unsur sains...







Lagi buku untuk anak-anak ..... minggu depan kan sudah mula cuti sekolah.........
Kusyi Hirdan....akak dah beli "Rahsia Terbongkar", tapi lagi satu tak jumpa......





Novel nukilan Umi Khaltum Ngah.... untuk bacaan ummi ..... Kak Umi Khaltum, lagi satu novel "Lavender untuk Insyirah" tak jumpa lagi...maybe kena tunggu Pesta Buku Antarabangsa 2008 ada jual kot....nih mesti beritahu bila datang pesta buku, so, I boleh bawak novel2 nih dan minta you sign kat dalam tuh....




Lagi novel untuk ummi dan abi .......

SilverSarina.... I got 30% discount for "Growing Up In Trengganu" .....belum start baca lagi...

aA + bB - another novel from Hlovate (what a name, and title..!!!) author who wrote "5 tahun 5 bulan" using bahasa basah + santai .
Dah habis baca...couldn't put down the novel once you start reading it...I finished reading it at 1:00am that same day I bought the novel.

Also finished reading "Dalam Mihrab Cinta" from Habiburrahman El-Shirazy. Author of "Ayat-ayat Cinta".

hurm.... ini belum lagi pergi Pesta buku antarabangsa 2008 yang akan diadakan pd bulan April nanti..............wahh...kena simpan fulus .... pernah satu tahun tu, kami berbelanja (buku lah..) hampir 1K..!! Suami dan saya mmg tidak kisah berbelanja utk buku, tapi jika utk barang mainan ke... mmg berkira....

TANAMKAN SIFAT MEMBACA DI KALANGAN KELUARGA SENDIRI..........

Tuesday, March 4, 2008

Hadiah dari Rakan Blogger..

Beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci Mekah, saya menerima satu bungkusan... dan di dalamnya ialah buku ini. Kerana kesibukan dengan persiapan hendak ke tanah suci, buku ini ku tangguhkan membaca sehingga selepas kembali ke tanah air.

Buku ini dikirimkan oleh seorang lagi penulis baru yang saya kenali di alam maya ini, iaitu Hazia. Sebenarnya buku ini ialah koleksi cerita-cerita pendek oleh 3 orang penulis baru iaitu Chua Kok Yee, Shih-Li Kow and Rumaizah Abu Bakar (Hazia).

News from Home will also be the first Silverfish Book to carry the 'Malaysian Literature in English' sticker, a series designed to promote precisely that.
Imprint: Silverfishbooks
Format: Paperback (B), 140 pp, Short stories, 2007
Price (Malaysia): RM 30.00


Seminggu selepas pulang dari tanah suci, mendapat sebuah lagi bungkusan. Kali ini daripada seorang lagi blogger yang juga baru berjinak-jinak menulis buku, Pokcik Mersik. Tak sangka juga Pokcik Mersik ni berbakat... "Pokcik... sambil ngeteh cicah sekut kering kat beranda teratak Pokcik tu, byk idea yang keluar ye...!!!"

Dol Leman ialah sebuah novel kanak-kanak/remaja .... Terimakasih byk Pokcik...anak-anak saya suka baca berkenaan Dol Leman dan telatahnya hendak menjadi penyiasat...

Minggu lepas pula saya menerima satu lagi bungkusan... kali ini dari penulis tersohor iaitu seorang novelis sejarah, Abdul Latip Talib.

Novel ini mengisahkan tentang pembangunan negeri Sarawak, membawa isu pertanggungjawaban politik dan konflik pembangunan kepada masyarakat desa. Membawa kita memahami budaya negeri Sarawak,terutama penduduk rumah panjang. Baca Ulasan sepenuhnya dari panel hakim di sini.
Saya belum habis lagi membaca novel ini, kerana membaca novel ini perlukan perhatian yg sepenuhnya (tidak boleh secara santai seperti membaca bahan bacaan ringan atau majalah), kerana bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, ini adalah satu cara utk memahami budaya mereka.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....