Hari ini Selasa 9hb Oktober 2007, satu pelancaran buku bertajuk Travelog Haji yang ditulis oleh Prof Mohd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sbg Prof MKI di kalangan bloggers. Pada awalnya walau pun kami sebenarnya berkerja ditempat yg sama, namun kami saling tidak mengenali kerana beliau dari fakulti yg berlainan dan kami tidak pernah bertemu dalam apa jua majlis. Namun begitu alam maya telah menemukan kami seperti juga bloggers yg lain. Saya bloghopped ke blog prof mki dari blog zlaa, rakan sekerja saya yg kini berada di UK.
Apabila mengetahui bahawa prof mki akan melancarkan buku terbaru beliau ini melalui n3 beliau, saya tidak melepaskan peluang untuk membaca buku tersebut, kebetulan jika diizinkan Allah swt, saya dan suami akan menjadi tetamu Allah pada hujung tahun ini. Oleh itu buku ini mungkin akan memberi pengajaran yg berguna buat kami nanti.
9:30 pg saya pun bertolak dari fakulti saya ke Dewan Annexe, UiTM. Sampai di sana kelihatan sudah ramai orang hadir memenuhi dewan lalu saya segera mengambil salah satu tempat duduk yg kosong. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Aminudin Sarul, diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Ar-Rahman oleh Ust Md Idris Abdullah. Sungguh sebak rasa hati mendengar bacaan beliau apatah lagi membaca terjemahan surah Ar-Rahman, di mana intipati surah ini ialah ayat yang diulang-ulang , "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
...............
Selepas itu ucapan pelancaran oleh penaja buku ini iaitu YB Dato' Dr Mohd Zaini Mohd Arief. Beliau telah membeli sebanyak 700 nashkah utk di berikan sbg hadiah etc. Apabila tiba giliran Prof MKI memberikan ucapan, airmata tanpa disedari meleleh keluar apabila mendengar 'deklamasi' Jamratul Aqabah Mengubah Segalanya. Meremang bulu roma saya. itulah perasaan saya. Sesungguhnya saya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah sebelum ini walaupun utk membuat umrah. Tetapi apabila mendengar deklamasi Prof dan membaca buku itu sekembalinya ke pejabat saya (baru sempat baca sehingga bab 19), terasa seperti berada di sana, dan hati terasa sungguh dekat. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga aku dan suami akan dapat menjadi tetamuMu Ya Allah pada tahun ini. Amin.
Akhir sekali semua yang hadir mendapat buku ini secara percuma seorang satu... dan selepas majlis saya sempat mendapatkan tandatangan prof dan juga Dato' Zaini iaitu orang yg menaja buku tersebut.
