Saturday, June 25, 2016

Nakai Ochiai Shinjku-ku

Nakai Ochiai Shinjku-ku - itulah nama kawasan di mana suamiku tinggal ... masih dalam Tokyo area Shinjuku, tetapi kawasan perumahan ini seperti agak perkampungan di dalam bandar Tokyo yang besar ini...di tengah-tengah kotaraya yang menempatkan 13.51 juta penduduk dalam kawasan seluas 2191 km persegi, kawasan perumahan ini agak sunyi dari hiruk pikuk kenderaan dan orang ramai.

Our arrival in Shinjuku was greated by a bed of flowers in-front of the dorm's building...it's the end of spring and the beginning of summer in Japan. so, we are lucky to get to see all the beautiful flowers because by the end of our holiday, the flowers are all gone ..


 In front of the dorm's building
Flowers are well kept by the house owners, Lots of Hydrangeas ...my favourite flowers !

                 Really loved the smell of flowers and the fresh air of spring

 Lavender !! Love the smell of Lavenders !!!

 We enjoyed our stroll along the vicinity's street ...

 Very clean city and country



Wednesday, June 22, 2016

30th Anniversary!

22nd June 1986 - 22nd June 2016

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah kerana dengan kasih sayang dan RahmatNYA telah meminjamkan umur hingga ke saat ini...kerana masih dapat menghirup oksigen ini untuk bernafas dan mengecapi rencah-rencah kehidupan bersama-sama sehingga mencapai ulangtahun perkahwinan yang ke-30. Hari ini 22 June 2016, genaplah 30 tahun perkahwinan saya dan suami. 

Doa kami di pagi hari dan bulan yang mulia ini, 17 Ramadhan, dan seluruh Malaysia bercuti kerana Nuzul Quran.
Alhamdulillah...... Subhanallah....... Syukur pada Mu.... Ya ALLAH..... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini sehingga ke-30 tahun agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti......

Ya ALLAH...... kami mohon pada Mu......berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, Syukur di atas rezeki anak-anak yang telah Engkau Kurniakan kepada kami, Asma' Mohd Haslan,Zaid Mohd HaslanAmmar Mohd HaslanAnas HaslanWafa Mohd HaslanMu'adz Mohd HaslanZubair Haslan dan Hana Haslan, Engkau masukkanlah anak-cucu dan keturunan kami dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah, iaitu -golongan orang-orang yang Engkau Beri petunjuk, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna......
Ya ALLAH, berilah kami kebahagiaan kami di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat. Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana.....

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku Haslan AbdRahim sehingga kesaat ini, 30 tahun usia perkahwinan ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah...contoh teladan yang baik bagi manusia. Lembutkan hati-hati mereka agar menghormati ibu-bapa, saudara-mara dan orang-orang yang lebih tua dari mereka, agar mereka mempunyai akhlak dan budi-pekerti yang baik.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang terang dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, tubuh kami dan keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Semoga pengakhiran kami dalam keadaan khusnul khaatimah bukannya Suul Khatimah...

Ameen Ya Rabbal 'Alameen.

Tuesday, June 14, 2016

Impian 36 tahun

1980 - Sewaktu umur ku 15 tahun, Ucu, panggilan kepada ibu saudara bungsu sebelah ibu dihantar berkursus untuk beberapa ketika (sebenarnya daku sudah lupa berapa lama) ke negara Jepun. Sekembalinya dari negara matahari terbit itu, Ucu telah memanggil anak-anak saudarany berkumpul di rumah induk, rumah peninggalan datuk dan nenek,  Masih ingat Ucu telah membahagi-bahagi cenderamata yang dibawa pulang dari Jepun, dan aku telah mendapat sehelai blouse lengan panjang berwarna biru. Tidak terkita gembiranya hati mendapat pemberian tersebut.
Namun yang paling tidak aku lupa adalah Ucu telah memasang layar putih besar di ruang tamu rumah, dan menunjukkan slide-slide yang mengandungi gambar-gambar Ucu di sana.. Kagum juga dengan diri ini kerana masih mengingati satu-persatu keadaan semasa itu. Yang paling aku ingat, bgmn Ucu telah diajar memakai pakaian kebangsaan orang Jepun, iaitu KIMONO.
Sejak dari saat itu, aku telah menanam satu cita-cita dalam diri ini bahawa suatu hari nanti, aku mesti juga sampai ke negeri matahari terbit itu... mendengra cerita-cerita Ucu telah membangkitkan lagi semangat untuk ke sana, yang aku tidak pasti samada tercapai atau tidak...namun di hati kecil seorang remaja belasan tahun ketika itu, aku berdoa ke hadarat Allah semoga memurahkan rezeki dan memanjangkan umur ku jika berkesempatan untuk ke sana.
Masa berlalu, tahun berganti tahun ... perjalanan hidup menentukan aku mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat selepas SPM... bermulalah pengembaraan menuntut ilmu di negara Uncle Sam itu .. namun jauh di sudut hati masih tersimpan cita-cita hendak menjejakkan kaki ke negara matahari terbit. Belajar, berkahwin, melahirkan anak, seorang demi seorang ... menghadkan perjalanan untuk ke mana-mana...
1997 - Suami dihantar berkursus selama 3 bulan ke Jepun. Jika diikutkan hati mahu saja turut serta ke sana. Namun dengan anak-anak yang masih bersekolah dan masih kecil-kecil...niat tersebut terpaksa di pendam dan ditunda ...entah bila ..sedih juga ...

2016 - Sekali lagi syarikat suami bekerja menghantar suami untuk berkursus sambil bekerja di HQ di Tokyo, Jepun. Kali ini, aku tidak mahu melepaskan peluang untuk ke negara tersebut...anak-anak juga sudah besar-besar semuanya...mendapat peluang bercuti, dengan segera aku membuat tempahan tiket kapalterbang dan akhirnya Alhamdulillah, pada 31 Mei 2016.aku dapat menjejakkan kaki ke bumi Nipon itu... walaupun suatu ketika dahulu, Jepun pernah menjajah Malaya, dan negaranya pernah hancur dek bom atom di Hiroshima dan Nagasaki,  namun aku kagum dengan semangat Nipon yang bangkit membangunkan negara mereka semula dalam sekelip mata, negara mereka boleh maju setanding dengan USA ...

Dalam flight bersama Hana'
 telah sampai di Haneeda Airport, Tokyo

 Dalam train dari airport ke rumah abi

Malam pertama sampai di Jepun 

Saturday, June 11, 2016

Kembali ke tanahair

Alhamdulillah akhirnya selamat kembali ke tanah air tercinta ...betullah bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri...walau bagaimana bagus dan baiknya negeri orang, lama kelamaan kita akan rindu hendak kembali ke negeri sendiri juga ..

Sepuluh hari yang lepas saya dan anak bungsu telah berkelana ke negeri matahari terbit, negeri Jepun, atau Nihon...Ini adalah kali pertama buat kami berdua hendak menjejakkan kaki ke situ ..
sempena cuti sekolah ini atas tujuan bercuti dan juga menziarahi suamiku yang bekerja di sana.

InsyaaAllah akan ada lebih banyak post yang akan saya tulis berkenaan pengalaman kami di sana...
setiap hari penuh dengan perkara baru, tapi saya tidak berkesempatan mengupdate blog selama di sana..keluar dari pagi hingga malam baru balik ke tempat penginapan ... dan balik sudah keletihan hendak mengadap laptop ... lalu banyak cerita tersimpan di memori ku ini, di harap ia tidak akan hilang ditelan masa ...


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....