Monday, September 7, 2015

Kematian

Bangun pagi ini dikejutkan dengan bunyi wassup .. dalam hati tertanya-tanya siapakah yang menghantar wassup pepagi hari ... 
namun terbaca "Innalillahi wainnailaihiraajiuunnn."
Ya Allah! Siapakah yang telah dipangggil pulang mengadap Ilahi? Siapakah yang yang telah meninggal dunia? 
Apabila terbaca sahaja wassup tersebut.. airmata ku mengalir laju... tanpa dibuat-buat ...bagai empangan pecah memuntahkan segala takungan air di dalamnya ...
sahabat baik ku Nadzrah Yunos ... telah kembali ke Rahmatullah ... beliau sudah beberapa lama disahkan mengidap kanser payudara, dan telah beberapa kali ke negara China membuat rawatan susulan .. namun masa beliau sudah tiba ... 
sesungguhnya bersemadilah dengan tenang wahai sahabat ku ...
tatkala kami meziarahi jenazah di Mesjid Al-Huda Seksyen 19, Shah Alam tengahari tadi... 
begitu tenang wajah mu sahabatku ..senyuman terukir di bibir mu ..
tenang sekali dikau pergi mengadap PeciptaMu
Bertuah sungguh sahabatku
dan detik itu aku terbayang bagaimana pula waktu ku nanti ..

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya lah kita kembali ..

Semoga rohmu ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang solehah dan beriman ...
Ameen

Perkahwinan Ammar & Wijhan - Siri 2


Sekitar majlis di sebelah pihak perempuan 
25 Julai 2015

 
Alhamdulillah telah bertambah seorang lagi ahli keluarga kami...daripada 8 orang anak, kini kami telah mempunyai 10 orang anak (termasuk 2 orang anak menantu) dan seorang cucu.
Dalam gambar di atas, anak keempat, iaitu Anas tidak dapat hadir majlis kenduri di sebelah perempuan atas tugasan kerja.  InsyaaAllah semoga tahun hadapan akan bertambah lagi ahli keluarga kami...

Semoga Allah Memberkati dan MeRahmati ahli keluarga kami semua.... Ameen
  
 Rombongan Pengantin lelaki


 Ammar & Wijhan
 Maryam & Aisyah Humaira'


 
 Pengantin Lama
Di pelamin nan indah

Friday, September 4, 2015

Perkahwinan Ammar & Wijhan - Siri 1

Alhamdulillah majlis pernihakan anak lelaki ketiga, Ammar bersama pasangannya Asral Wijhan telah berlangsung dengan selamatnya di sebuah villa di Country Heights Kajang
pada 25hb Julai 2015 
 Imam @ tok kadi sedang briefing bapa pengantin perempuan sebagai wali

 Sedang mengucapkan akad
Pengantin perempuan
 
anak-anak bersama menantu
 Alhamdulillah ..sah? sah!
 Ammar bersama abi ...pesanan seorang ayah kepada anak lelakinya
Telah bertambah tanggungjawab, semoga menjadi seorang suami yang baik dan soleh..Ameen
bertambah sudah ahli keluarga ku
Bersama besan baru
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....