Monday, June 22, 2015

MRSM Kepala Batas

Selepas menghantar Wafa' ke MMU pada hari Sabtu, kami menghantar anak bongsu, Hana' pula ke MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Ahad..cuti sekolah selama dua minggu sudah sampai ke penghujungnya...seorang demi seorang sudah balik ke sekolah dan kolej ...sedih juga kerana rumah akan kembali sunyi...
Sejak pagi ummi bertungkus lumus di dapur... memasak apa-apa yang patut sebagai bekalan ke sana. 
Lebih kurang pukul 10 lebih kami memulakan perjalanan ke utara.
Perjalanan kali ini ditemani cucu kami, Aisyah Humaira' ..dan adek Zubair.

Sampai di Maktab hari sudah petang ... 
 Bye Bye Cik Su Hana'...InsyaaAllah nanti kita jumpa lagi cuti Hari Raya ya ..

Adek Zubair tak ada kawan nak gaduh dan usik-mengusik ...

Sunday, June 21, 2015

MMU

Entri yang tertunda ...
13 Jun 2015
Seharian dari pagi menguruskan pendaftaran dan kemasukan anak ke-lima ke Universiti Multimedia di Cyberjaya.  Alhamdulillah Wafa' berjaya diterima masuk ke Universiti Multimedia mengambil jurusan Bachelor of Engineering (Honours) Electronics majoring in Telecommunication.

 Aisyah Humaira; tidak ketinggalan hendak menghantar
Cik Wafa' masuk MMU

Doa ummi dan abi agar Wafa' akan diPermudahkan dalam segala urusan sepanjang pembelajaran di MMU dan Semoga diberi Rahmat dan Hidayah sepanjang masa di sana. Semoga Wafa' sentiasa bijak dan waspada dalam membuat segala keputusan sepanjang masa, menjaga adab dan akhlak sepanjang pergaulan dengan kawan-kawan satu bilik dan sekelas, mematuhi dan menghormati pensyarah2 dan pekerja di MMU dan yang paling penting dan utama Semoga Wafa' sentiasa menjaga agama dan tidak meninggalkan solat setiap waktu, dan sentiasa menumpukan perhatian didalam kelas agar mendapat keputusan yang cemerlang ...
AAmeenn

Friday, June 12, 2015

Anak Ketujuh


Hampir setahun berlalu ... Zubair anak ketujuhku, berkelana ke bumi Afrika Selatan dengan tujuan menuntut ilmu dalam bidang agama, hafazan, tajwid dan sanad di Darul Uloom ZakariyyaJohannesburg, Afrika Selatan.
(gambar Ihsan Internet)

Pada masa itu Ummi dgn berat hati melepaskan anak ketujuh berkelana hingga ke South Africa demi menuntut ilmu, beranggapan beliau masih muda, waktu itu beliau berumur 15 tahun. Hati ibu mana yg tidak risau, anak pergi jauh beribu batu nun jauh di benua lain. Tapi kecekalan hati beliau membuktikan beliau boleh. Alhamdulillah, sentiasa berdoa agar beliau dilindungi Allah sentiasa. 

Zubair

Sedar tidak sedar sudah setahun berlalu...Pagi Selasa 9hb Jun 2015 Ummi dan 3 orang anak yang lain bergerak menuju ke KLIA untuk menjemput Zubair pulang bercuti sempena Ramadhan  ke tanah air..


Alhamdulillah anakanda Zubair telah selamat tiba ke tanahair ..

Tuesday, June 2, 2015

Setengah Abad @ Lima Dekad

Here I am
at 2 am...  2nd June 2015
just looking at the blank new post
Don't know where to start ....
writer's block? No ....Lots of things just keep on scrolling in my minds..
so I have a hard time to choose which one to write first ...
but one thing I'm so sure is

Alhamdulillah ...Syukur Alhamdulillah ke Hadrat ALlah SWT 
kerana dengan Rahmat dan Hidayah Nya
Dengan Kasih Sayang Mawaddah WaRahmah Nya..
Diriku masih di sini
Alhamdulillah diKurniakan Kesihatan yang baik
Keluarga yang sempurna dan bahagia
Dikelilingi oleh sahabat dan jiran tetangga yang baik
Pekerjaan yang baik juga
Alhamdulillah ALhamdulillah Alhamdulillah

Di saat ini
kala diri ini sudah 
Setengah Abad @ Lima Dekad

Tua? Veteran? Matang? 
It is just a number!
 Namun satu perkara aku berdoa kepada Allah di dinihari ini
sihatkanlah tubuh badanku 
agar diriku masih dapat melakukan amal ibadat kepadaMU 
buat bekalan ku di akhirat kelak
Semoga segala apa yang aku lakukan
dapat dijadikan sebagai amal ibadatku
InsyaaAllah

Maka Nikmat TuhanMu yang manakah yang Kamu Dustakan? (Ar-Rahman)


Updating this post on the 4th of June 2015

Ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua sahabat-handai, saudara-mara, rakan-rakan bloggers, fb, rakan sekolah, rakah seuniversiti, rakan sekerja yang tidak henti-henti mengucapkan Ucapan Selamat Hari Jadi, Hari Lahir, Happy Birthday dan dan
doa-doa yang tidak kunjung padam .,,
Tidak terbalas semua ucapan dan Amin Amin Amin di atas doa kalian semua...

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....