Wednesday, November 20, 2013

Pak Latip @ Abdul Latip Talib

Kenangan tahun 2007


Saya mula mengenali Pak Latip @ Abdul Latip Talib, seorang novelis Sejarah Islam yang tersohor di tanah air sejak tahun 2007 di dunia blogger.  Pada waktu itu, ramai orang mula berblogging termasuklah saya sendiri.. Pak Latip juga baru naik bermula menjadi seorang penulis novel sejarah Islam bernaung di bawah PTS.  Membaca novelnya yang pertama membuatkan saya tertarik kerana perbezaan dari segi olahan dan penyampaian cerita.. Berlainan dari buku-buku sejarah Islam yang biasa kita baca, novel sejarah Islam Pak Latib mempersembahkannya seperti kita sedang membaca sebuah novel biasa, membuatkan kita tidak rasa mengantuk hendak membacanya..malahan kita akan tidak sabar-sabar hendak menyudahkan pembacaan sehingga ke helaian yang terakhir...

selepas 6 tahun berlalu, Pak Latip telah menjadi seorang penulis yang tersohor ...dan baru-baru ini beliau telah mencoretkan sesuatu di wall fb beliau mengenai kisah tersebut...
 
(Dari wall fb Pak Latip 7 November 2013)

Novel sejarah yang saya tulis mula terbit pada tahun 2007. Saya mempromosikannya dalam blog. Antara rakan blog yang mula-mula tertarik untuk membelinya ialah Prof Madya Nurazzah.

Beliau berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka beliau membeli dari saya dalam jumlah yang banyak lalu mempromosikan kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Itulah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya. Terima kasih Prof Madya Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

Buah Betik buah Bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.


Nukilan~
Abdul Latip Talib @ Pak Latip - Novelis Sejarah Islam yang tersohor di seluruh dunia

Tuesday, November 19, 2013

Kek Simple Hana

Kebelakangan ini, Hana sangat rajin membuat kek. Kek ini sangat mudah dan simple resepi dan cara membuatnya, itu yang menjadikan Hana suka membuatnya.  Apatah lagi sebaik sahaja kek masak, sekelip mata dah habis! macam piranha...hehehe... semua abang dan kakak Hana suka makan kek yang Hana masak ... Rasanya dalam 2 minggu ini, sudah lebih 5 kali Hana bake cake ini ..!



Hana kata resepi dia dapat rancangan TV, lepas tu dia bandingkan dan confirmkan dengan resepi belajar dalam kelas Kemahiran Hidup...mmg simple dan mudah sungguh ... saya biarkan dia buat sendiri..cuma tolong dia panaskan oven dengan suhu yang sesuai..
Alhamdulillah..satu lagi pencapaian Hana pada tahun ini..

Sunday, November 17, 2013

Hari Ihtifal SRI HIRA' 2013

Tinggal Hana seorang sahaja di sekolah rendah. Tahun depan Hana akan naik darjah 6, setahun sahaja lagi, InsyaAllah. Selepas itu masuk sekolah menengah pula. Ini bermakna setahun lagi, tiada lagi anak yg bersekolah rendah.
Semalam 16hb November 2013, Hari Ihtifal SRI HIRA' telah diadakan.  Ini seperti Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah kebangsaan atau sekolah lain. Alhamdulillah berkat usaha gigih tanpa jemu, Hana berjaya juga meraih kedudukan top 3 dalam kelas, dan top 5 keseluruhan kelas darjah 5.  Walaupun keputusan pertengahan tahun Hana agak menurun, tapi cabaran yang saya berikan kepada Hana' agar meningkatkan keputusannya pada akhir tahun telah disahutnya dengan bersungguh-sungguh.  Sehingga merayu kepada saya sebelum peperiksaan berlangsung agar membenarkan beliau tidur di rumah sahabat baik baik beliau, Aisyah, untuk belajar bersama-sama.  Aisyah adalah pelajar yang sangat pandai, setiap kali peperiksaan penggal dan akhir tahun akan mendapat nombor SATU dalam kelas dan keseluruhan.

Hana' menerima hadiah kecemerlangan

Top 3 in the class 5 Zaid Harithah

Tahniah juga diucapkan kepada Puan Mazni dan suami kerana anak beliau telah mendapat Anugerah Tokoh Murid (Lelaki) 
Puan Mazni adalah rakan pensyarah di fakulti yang sama dengan saya.

Alhamdulillah, semoga semua anak-anak yang belajar di mana-mana sahaja akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan yang paling penting ilmu yang diperolehi akan di menafaatkan dan dijadikan panduan di dalam kehidupan.  Ameen
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....