Sunday, October 27, 2013

Garden

Ada kawan bagi sejenis pokok kaktus ini, dah lebih setahun baru berbunga ... 
very rare..tak pernah tengok bunga sebegini ..

Sudah lama tidak ber"gardening" ..sejak memegang jawatan di fakulti .. pokok-pokok bunga banyak terbiar tanpa belaian ..hanya jirus sambil nak gi kerja ... dua tiga minggu lepas baru teringat nak letak baja...kesian pokok-pokok ku... rindu sangat nak santai-santai ke Sungai Buloh pergi tengok pokok-pokok di nurseries yang berderet-deret tepi jalan tu ...hurrrmmm... How I wish...! tapi tak ada masa langsung ...
 

Thursday, October 10, 2013

Hana' 11 tahun

29th September 2013

Hana, anak ke-8 dan bongsu ku, sudah genap 11 tahun pada 29hb September yang lalu, tetapi baru kini ku berkesempatan hendak menulis di blog ini mengenainya. 
Super duper busy ibunda ini!!! bukan sahaja weekdays, tetapi weekends juga..ada sahaja agenda yang hendak dan perlu dilakukan..Ummi minta maaf Hana' sayang ... (Dia dah tanya banyak kali, bila Ummi nak update pasal birthday dia di blog Ummi...hehe)

Birthday Hana jatuh pada hari Ahad, mmg plan nak ajak Hana celebrate kat luar..dan juga hendak melawat anak ke-6 ku, Mu'adz yang akan menjalani peperiksaan PMR nya, di asrama di Jeram., tapi nak dijadikan cerita, Atok dan Wan Hana' (iaitu ayahanda dan bonda ku) , minta tolong saya hantar mereka balik kampung minggu itu juga... Wan dah lama duduk di rumah MakLong, jadi dah tak sabar2 nak balik kampung...
Jadi saya terpaksa beralah...lagipun kenalah utamakan ibu bapa kan... akhirnya saya balik kampung ditemani Wafa (anak k-5) dan Anas (anak ke-4).  Abi tak dapat balik kerana kerja pada hari Sabtu dan melawat Mu'adz pada hari Ahad...
Birthday girl, si Hana pula, sebenarnya sejak balik sekolah hari Jumaat, telah bermalam di rumah bff (best friend forever) dia di Bukit Jelutong...so, bila di tanya, dia tak mahuikut balik kampung...akhirnya ambil package 3 hari 2 malam (ahaks...) terus tidur di rumah bff dia...
so, bonda bff dia rajin tolong buatkan kek dan celebrate birthday di sana ... advance terus ...

Hana' dan bff, Aisyah dan adik2 Aisyah

Tuesday, October 8, 2013

PMR Terakhir

Assalamu'alaikum wrt wbt, peperiksaan PMR hampir selesai, setelah seminggu ia di jalankan ... anak ke-6 saya sedang berjuang di medan peperiksaan sekarang,,, apa yang terdaya kami lakukan sekarang hanyalah berdoa dan terus berdoa ke Hadrat ALlah agar anak kami dikurniakan oleh Allah ketenangan dan kelapangan fikiran dan boleh berfikir dengan tenang dan baik semasa menjawab soalan peperikaan..InsyaAllah.. Segala usaha sudah dilakukan sebaik mungkin, sekarang hanya perlu hadapi peperiksaan dengan tenang ..semoga Allah melancarkan kata-kata dan fasih semasa menjawab soalan peperiksaan ..dan akhirnya Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang dan terbilang...Ameen..

Terus-terang kami nyatakan, anak-anak kami di asrama tidak pernah menghadiri tusyen... sememang nya saya dan suami sependapat, tusyen tidak diperlukan kerana apa yang anak-anak harus lakukan hanyalah memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas...

Dikatakan juga PMR 2013 ini adalah yang terakhir... selepas ini hanyalah Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS)... yang akan merupakan satu percubaan atau trial bagi pelajar sekolah menengah rendah ini...mudah-mudahan apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar...Ameen


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....